TARGET

1.9K 149 9
                                    

Kereta jenis Mazda RX8 meluncur laju dan memintas setiap kereta yang perlahan,Ikhwan tenang memandu dan menjeling ke arah cermin sisi pandang belakang.

"Dia buat apa?" Soal Ikhwan kepada Alisa yang melihat Aminudden di tempat duduk penumpang belakang yang sedang tidur

"Ah...dia dah tidur..." Balas Alisa tersenyum melihat Aminudden yang berdengkur,tersengih seperti bermimpi sesuatu yang menarik.

"Tak ada kerja la ke budak ni? Tidur je.." berang Ikhwan

"Pffh.."Alisa menahan gelak

"Apa?.."soal Ikhwan

"Saya cuma hairan,biasa awak jarang terlupa" jelas Alisa dengan teliti

"Maksud awak?" Ikhwan kurang mengerti.

"Tadi baru sahaja jumpa sepupu awak,maklumat mengenai cpu-biology di Jepun...takkan dah terlupa sayang..." Alisa tersenyum dan memegang tangannya.

"Mana ada..." muka Ikhwan sedikit merah

Mereka meneruskan perjalan sehingga ke sampai ke destinasi. Perjalanan yang panjang membuatkan Alisa tertidur

Tiba di Tokyo Ikhwan meletakkan keretanya di perkarangan tempat letak kenderaan di sebuah pantai

"Dah...sampai..aku nak rehat pulak..." rungut Ikhwan yang penat memandu lalu meletakkan kepalanya di atas steering kereta.

Huargh!!

Kedengaran teriak kuat dari tempat duduk belakang,Ikhwan segera menoleh ke arah suara berteriak.

"Apa masalah kau ha budak....?" Ikhwan yang tersentak mula hilang sabar.

"Hehe,mengigau kena bakar dengan cik...."

"Ouh itu mimpi? Nak rasa yang betul punya tak?" Ujar Ikhwan menjeling dari cermin pandang belakang.

"Tak..tak..tak..bukan tu saja nampak seorang gadis memerhati dari jauh dan semuaya terbakar"

Suasana dalam kereta terdiam seketika lalu kedengaran sairen polis melepas kenderaan mereka mengejar sebuah kereta laju

"Min..." Ikhwan meletakan kepalanya di atas steering semula

"No problem..." Aminudden membuka pintu dan mula mengejar kenderaan itu

"Are you sure?" Soal Alisa membuka mata perlahan-lahan

"Ha..."

"Saya dapat rasayang ia ada di bandar ni"

"Yup..saya pun dapat rasa" Ikhwan yang kepala di steering menoleh ke arah Alisa

"So...apa seterusnya?" Soal Alisa

"Tidur..."

Alisa meletakkan tangannya di cermin hadapan kereta

"Kereta awak memang cantik,kalau dalam bentuk ais macam mana rupanya?" Alisa mula bengang dengan reaksi Ikhwan

"Tolong jangan..." Ikhwan mendesah.

"Jadi kita ikut anak buah kita tu..."

"Yelah...yelah" enjin kereta dihidupkan,dan bergerak ke arah Aminudden tuju.

************************************

Aminudden melompat ke satu kereta ke satu kereta sehingga mendarat diatas kereta polis

Aminudden memerhatikan kereta yang di kejar oleh polis,kereta yang dikejarnya telah di ubah suai seperti kereta tempur

"Wow kereta yang hebat aku nak satu" ujar Aminudden teruja.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Where stories live. Discover now