MORE TROUBLE

1.6K 128 3
                                    

"Apa yang kamu semua buat di sini?" Stella menyoal dengan memerhatikan setiap pelajar yang berada di hadapannya,kemudian pandangannya tertumpu pada Luqman yang sedang memeluk tubuhnya.

"Ha...awak,ikut sekejap.." Stella menarik lengan Luqman dan membawanya jauh sedikit,Aila memerhatikan sahaja namun dia terasa sedikit cemburu.

"Hey....aku je yang rasa yang Aila ni macam tengah marah?" Siddiq menyiku lembut lengan Nazryn.

"Baik ko diam....kang dengar nanti..." balas Nazryn menggelengkan kepalanya.

"Oi...ni dah jauh sangat..." kata Luqman apabila menyedari dia ditarik jauh oleh rakannya yang lain,Stella segera melepaskan pegangannya dan menghela nafas pendek.

"Apa yang korang buat di sini?" Soal Stella memeluk tubuhnya.

"Bukan dah soal ke soalan tadi..?" Luqman berdalih dengan selamba.

"Luqman Reezal putera sulong negara Mentari...." Stella merenung dengan menyebut nama penuhnya.

"Okay...okay,jangan cakap kuat-kuat...Natasha tak tahu identiti sebenar aku..." kata Luqman sambil merapatkan kedua tangannya.

"So...apa yang korang buat di sini..?"

"Aku di tugas untuk mencari sepasang belati lagenda yang berusia ratusan atau ribuan...apa je la...daripada ayahanda aku raja Reezal..." ujar Luqman dengan bangga sambil dadanya di buka.

"Jangan la poyo sangat..." usik Stella membuat Luqman tertawa kecil.

"Putera Am dah balik..?" Ujar Stella lagi menyoal tentang Aminudden.

"Belum...kenapa kau tentang dia..?"
Luqman mengaru pipinya yang tidak gatal.

"Saja tanya khabar..."

"Um...mungkin dia akan balik dalam satu ke dua minggu lagi aku rasa.." ujar Luqman mendongak ke langgit.

"Ouh... kalau macam tu tak mengapa... lebih baik kita balik semula...mereka sedang tunggu awak" ujar Stella.

Mereka kembali semula di mana tempat mereka bertemu, apabila tiba Aila segera menarik lengan Luqman merapatkan mereka,lalu merenung tajam ke arah Stella.Stella hanya tersenyum melihat Aila.

"Oi...apa ni main tarik-tarik..." ujar Luqman melihat Aila yang merenung tajam ke arah Stella.

"Not really..." Aila seperti tidak mengendahkan Luqman tetapi dia masih memeluk lengan Luqman.

"Huh..?" Keluh Luqman mengaru belakang kepalanya.

Natasha muncul tiba-tiba selepas menghilangkan diri. Stella hanya terdiam dan tersenyum.

"Luqman...saya balik dulu...ada kerja kat atas..." ujar Stella memalingkan badannya.

"Ah...students council work..?" Balas Luqman dengan soalan.

"Hmm...it never done..." keluh Stella membuatkan Luqman tersenyum melihatnya.

"Natasha mari.!!" Ujar Stella lagi.

"Nope...saya nak ikut..." balas Natasha tersenyum. Luqman,Siddiq dan Nazryn hanya mengeluh.

"Sure..?"

"Yep.." balas Natasha senyum.

"Ah...apa aku nak cakap kat miss Najwa..lepas ni.." ujar Stella beransur pergi.

Luqman,Siddiq.dan Nazryn terganga dan menoleh perlahan ke arah Natasha.

================================

England Manchester

Malam singgah di sebuah rumah sewa. Ikhwan terduduk di atas kerusi, keletihan kerana memandu sepanjang hari. Alisa mendekati Ikhwan dari belakang.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum