RED LIGHTNING.

1.6K 123 3
                                    


TING!TING!TIIINNGG!!

Noar melibas katananya putih berkali-kali, dia memukul pusaran angin yang Aila hasilkan. Betapa keras Noar memukul tetap di tangkis oleh pusaran itu.

"Gunner!!" Noar melompat ke belakang meminta bantu Gunner.

Gunner mengacukan pistolnya ke arah Aila. Setiap peluru yang dilepaskan di potong dua oleh pusaran angin juga.

"Tsk...aku tak boleh nak sentuh dia..." keluh Gunner menghentikan tembakannya.

"Aku akan bunuh kau semua...." ujar Aila dengan raut wajah bengis.

>>>>>>>>>>

Luqman yang baring tiarap mulai sedar. Perlahan-lahan dia buka mata,melihat dirinya dia bunia lain. Dunia yang berlatar belakangkan putih sepenuhnya.

"Mana aku...argh!!" Luqman cuba untuk bangkit tetapi rebah semula ke tanah, luka parah di belakang badan menghalangnya.

"Kau tak apa-apa.." suara Kirin menyahut Luqman.

"Kirin..?" Balas Luqman melihat Kirin duduk di sebelah Luqman.

Kirin yang meyerupai Luqman, melihat Luqman yang tidak mampu bangkit.

"Dunia apa ni...?" Soal Luqman,nada suaranya seperti tidak terdaya.

"Dunia apa ni..? Maaflah..aku pon tak tahu macam nak terangkan.." balas Kirin tersenyum.

"Boleh aku balik..?" Soal Luqman lagi.

"Boleh tu tak ada masalah...cuma kecederaan kau tu...parah.." ujar Kirin menuding ke arah luka yang besar di belakang Luqman.

"Ah...kau tahu tak ia masih sakit..."

"Maaf...aku tak boleh nak tolong kau.. Joule aku dah habis semasa kau lepaskan Dragon Cannon tadi..jadi aku tak boleh sembuhkan kau.." jelas Kirin panjang lebar,Luqman tersenyum pahit sahaja.

"Jadi ni soalan aku yang sebenar...apa yang aku buatkan sini..?" Ujar Luqman yang masih tiarap di tanah.

"Aku tak boleh nak tolong kau....mungkin itu boleh.." senyuman Kirin terpadam,nada suaranya menjadi serius. Dia menuding jari ke arah satu pintu yang tidak jauh di hadapan Luqman.

Luqman melihat pintu itu seperti pintu biasa. Luqman memerhati dengan lebih lama sedikit, aura yang sedikit berlainan daripada Kirin.

"Apa tu..?" Soal Luqman cuba untuk berdiri perlahan-lahan.

"Dia boleh tolong kau...cuma kau... terima atau tidak.." tambah Kirin.

"Dia..?" Luqman perlahan-lahan bangkit, dia berjaya berdiri,dan menuju terus ke arah pintu itu.

"Kau pasti ke..?" Kirin berdiri melihat Luqman berjalan berdengkut-dengkut ke arah pintu itu.

"Ah...aku cuma nak keluar dari dunia pelik ni..." ujar Luqman tersenyum sinis.

"Dunia pelik ni pon kat dalam kepala aku.."

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Where stories live. Discover now