Bab 1

61 1 0
                                    

"Ni semua kau punya pasal lah ni!" Ujar budak lelaki yang berketinggian hampir 170 cm itu merenung tajam gadis di sebelahnya.

"Eh apsal aku pula?! Kau yang buat hal lepastu dengan aku sekali yang kena. Apahal kau ni!" Balas budak perempuan itu dengan keadaan tudung sekolah hijau lumutnya yang lencun akibat disiram air.

"Kalau tak kerana kau yang letak lipas dalam beg aku, tak ada maknanya lah aku kena berdiri dekat padang tengah panas macam ni. Berdiri pula sebelah kau, lagilah aku rasa nak bakar je sekolah ni" budak lelaki itu memandang gadis di hadapannya lalu dia mendengus geram.

"Eh eh tuduh orang sedap mulut kau je kan. Aku dah cakap bukan aku yang buat. Bukan aku lah! Yang kau ni tak faham faham bahasa dah kenapa?!" Melengking budak perempuan itu apabila dituduh sebegitu rupa.

"Dah kalau kau tak buat kenapa kau gelak kan aku?! Haaa kenapa?! Selama ni kerja kau memang pedajal kan aku je kan?! Siapa lagi nak buat kalau bukan kau?!" Balas budak lelaki itu.

"Kalau aku lempang muka kau rasa rasanya otak kau dah boleh berfungsi balik tak?. Aku dah kata aku tak buat aku tak buatlah! Apa pasal aku nak pedajal kau time cikgu tengah mengajar dekat dalam kelas?!" Budak perempuan itu sudah melipat lengan baju kurung putih sekolahnya.

"Haaa apa? Nak tampar aku? Haaa tamparlah. Tampar!" Cabar budak lelaki itu.

Budak perempuan itu sudah berura-ura menghayunkan tangannya tetapi ada suara yang menghalang. " Adrian! Laila! Saya dah jemur kamu berdua dekat padang tu pun masih nak bergaduh lagi ke?! Apa masalah kamu berdua ni?! Bilik disiplin sekarang!" Arah cikgu yang bertubuh tinggi seperti wanita arab di hadapan bilik disiplin. Bergema satu sekolah mendengar suara Cikgu Aminah!

Dengan langkah longlai mereka berdua berjalan menuju ke bilik disiplin.

"Apa nak jadi kamu berdua ni? Kamu berdua kan pengawas. Sepatutnya jadi contoh kepada pelajar. Kenapa bergaduh pula? Dari kamu tingkatan satu lagi kalau tak bergaduh tak sah kalau tak masuk bilik disiplin. Apa masalahnya?! Tak kesian dekat Cikgu Maziah yang semangat nak mengajar kamu tiba-tiba masuk saja ke kelas tengok kamu berdua bergaduh?" Cikgu Aminah menyandarkan dirinya pada sofa sambil mengurut kepalanya. Pening!

Belum sempat mulut comel Laila membuka cerita. Cikgu Darwish datang dengan sebilah rotan di tangan kanannya. Okay yang ni takut. Tertunduk mereka berdua kerana takut melihat muka garang Cikgu Darwish.

"Haaaa kau berdua ni apa pasal lagi?! Bergaduh sebab apa pulak?! Tu tudung basah tu kenapa?! Prihatin sangat nak bagi tudung tu minum air ke?!" Soal Cikgu Darwish bertalu-talu. Puas dah marah anak murid dua orang ni. Tapi masih sama keadaannya.

"Anak murid cikgu ni lah yang buat" kata mereka serentak lalu menundingkan jari telunjuk ke arah masing masing.

"Eh kau dah buat masih taknak mengaku?" Kata Adrian tegas.

"Kau nak aku buat surat akuan sumpah ke baru kau nak percaya yang aku tak buat?" Bidas Laila. Nak tuduh orang pula!

"Kau..." kata kata Adrian dipotong laju oleh Cikgu Darwish.

"Sudah.. Sudah! Pergi kemas barang-barang kamu lepastu pergi bilik Dahlia Gemilang. Pengetua ada hal nak bincang dengan kamu berdua." Arah Cikgu Darwish.

"Bincang apa cikgu?" Soal Laila

"Entah cikgu pun tak tahu" balas Cikgu Darwish.

"Dah pergi. Tak baik buat orang menunggu" arah Cikgu Darwish sekali lagi.

"Jangan lupa nak salin tudungnya pulak Laila oi" kata Cikgu Aminah ketika Laila menyarungkan kasut talinya ke kaki kanannya.

"Baik cikgu" balasnya.

Laila IsabellaWhere stories live. Discover now