Bab 5

23 1 0
                                    

"Miss. How do you feel when you are in the flight?" Soal salah seorang wartawan perempuan di hadapanku ini. Tertulis nama 'Lauren' pada tag nama di bajunya.

"What happen?"
"Did you scream?"
"Can you explain to us what is happening?"
"Do you feel excited or scared?"

Ya. Soalan terakhir itu aku terasa mahu menyumbat mulutnya dengan tayar kapal terbang.

Para pengawal keselamatan terus membawa kami ke salah satu bilik untuk membuat rawatan lanjut.

Aku terduduk dan termenung. Masih terngiang-ngiang kejadian sejam yang lepas.

///

BOOM!

Aku memandang ke arah kananku. Mencari kelibat Adrian. Adrian memandangku. Tetapi mataku lebih fokus kepada luar tingkap yang kelihatan beberapa kepulan asap.

Sekali lagi. Kapal terbang seperti menjunam kebawah dan juruterbang berusaha untuk menstabilkan badan pesawat.

"Please remain sit at your seat. We will try our best to save your life." Sekali lagi pengumuman dibuat. Ya. Dan itu adalah pengumuman yang mengerikan. Save your life?!

"Allahuakhbar!" Ucapku kuat. Sudah tidak dihiraukan apa yang berlaku. Lengan Izmeer ku paut dengan kuat. Otak tidak dapat mencerna hukum hakam pada waktu itu. Takut? Ya takut. Tersangat takut. Sudah terngiang-ngiang di kepala kejadian kapal terbang terhempas yang sering ditayang pada kaca tv. Adakah kejadian itu juga akan berlaku pada dirinya? Terhempas pada had ketinggian tiga ribu meter dari paras laut?

"Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim. " Bukan pengumuman yang dibuat tetapi istighfar yang dilaungkan oleh juruterbang untuk menenangkan hati. Aku turut mengikut istigfar itu. Perlahan-lahan tangan aku lepaskan daripada lengan Izmeer. Izmeer memandangku dengan pandangan kosong. Mungkin dia juga takut dan terkejut.

Setelah hampir setengah jam bertarung nyawa di dalam kapal terbang. Dengan izin tuhan, kapal terbang MAS, Boeing 777 selamat mendarat di Heathrow Airport. Beberapa biji lori bomba dan kereta polis sudah bersiap sedia di luar. Tidak dilupakan, para wartawan juga berada bersama kamera dan mikrofon di tangan. Berita tersebar dengan cepat.

Pintu kecemasan dibuka. Seorang demi seorang turun daripada gelongsor kuning. Hari ini baru aku menghargai tatacara keselamatan yang selalunya para pramugari dan pramugara tunjukkan.

///

"Laila" tegur Adrian perlahan.

"Ye"

"Umi nak cakap dengan kau" Adrian menghulurkan telefon pintarnya kepadaku.

"Hello" kataku sepatah

"Lailaa! Ya Allah.... Laila macam mana? Laila okey ke tidak? Laila ada cedera ke?" Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut umi.

"Laila sihat umi. Okey je ni. Tak. Anak umi tak cedera pun." Aku menjawab soalan umi satu per satu.

5 minit kemudian...

"Iya umi. Waalaikumussalam" aku mematikan perbualan. Selepas itu, aku menyerahkan kembali telefon kepada Adrian.

"Nah." Adrian menghulurkan secawan teh kepadaku. Aku menyambutnya dan menghirup sedikit. Terasa tenang apabila air suam panas masuk ke dalam tubuh.

Kemudian, rambut yang serabai aku ikat kembali agar kelihatan kemas.

Aku mencari-cari kelibat Izmeer tetapi tidak kelihatan. Entah kenapa rasa untuk melihatnya membuak-buak walhal dia dan Izmeer tidak kenal rapat pun.

"Laila!" Panggil Adrian dengan nada suaranya yang sedikit kuat.

"Ye" balasku apabila tersedar daripada lamunan.

"Jom."

///

Aku memandang ke arah kananku. Mencari-cari kelibat Izmeer namun hampa.

"Laila. Kau buat apa lagi tu. Jom" tegur Adrian yang sudah berada di tangga bas.

Aku menapakkan kaki ke atas tangga pertama. Rasa mahu melihat ke arah kananku kembali lagi. Aku melihat si dia yang memakai topi hitam, jaket kulit hitam dan cermin matanya sambil diiringi oleh beberapa pengawal peribadi yang sasa badannya.

"Thank you" kataku walaupun mustahil untuk didengari oleh Izmeer.

Aku melihat Izmeer hanya menganggukan kepalanya lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Uish. Seperti tahu je apa yang aku cakap.

'Salam perkenalan yang tidak seberapa mungkin tiada makna bagi yang lain tapi bukan bagiku. Izmeer Naufal, semoga kita berjumpa lagi. Aku pasti!

17April'

Aku menutup rapi diari merahku lalu menyimpannya di dalam beg kulit hitamku.

Aku duduk bersandar pada kerusi bas dan memandang persekitaran negara ini.Adrian yang berada di sebelahku sudah selamat berada di alam mimpi. Aku mengalihkan mataku menghadap ke tingkap. Perlahan-lahan mataku juga semakin memberat.

///

"Oh Allah! My grandson! I am really worried about you. Are you okay?" Soal Maria dengan nada kerisauannya. Dipeluknya cucunya berkali-kali.

"Nanny. I am okay. Look at me. Still handsome and charming." Izmeer mengeyitkan mata kanannya kepada Maria. Walaupun muka tua itu sudah berkedut masih nampak cantik di mata Izmeer.

"Ouh! Nanny risaukan Izmeer. Only you that I have in this world" ujar Maria.

Izmeer ketawa kecil. Rasa comel bila neneknya bercakap bahasa melayu. Dicampur lagi dengan slang britishnya.

"Ya nanny. Me too. I only have you. Janganlah risau, Izmeer dah ada depan nanny kan." Pujuk Izmeer. Pipi Maria dicubit perlahan.

"Okay okayyyyy. I baked a chocolate cake and your favourite cinnamon cookies" ujar Maria.

"MashaAllah. Where are they? I want to eat them right now" Izmeer seperti tercari-cari akan kek dan biskut yang dikatakan Maria.

"Lets go! I show you" balas Maria. Lalu mereka berdua ketawa suka.

///

Aku melihat diriku lengkap berpakaian seperti puteri. Tidak ubah seperti Sofia dalam cerita Sofia The First tetapi versi remaja.

"Putera raja sudah menunggu tuan puteri di taman bunga mawar" ujar seorang perempuan yang memakai baju kurung berwarna kuning.

Aku terus berlari menuju ke arah taman bunga mawar seperti yang dikatakan oleh perempuan berbaju kurung kuning tadi.

Aku berhenti berlari apabila terasa ada sesuatu di mukaku. Basah. Selepas itu, aku mendengar seseorang memanggil namaku.

"Laila"

Aku memandang sekelilingku untuk mencari orang yang memanggilku.

"Lailaaa!"

Mataku terbuka luas. Aku melihat Adrian dengan muka sebalnya. Pada tangan kanannya terdapat sebotol air mineral yang sudah terbuka penutupnya. Aku memegang mukaku. Basah.

"Ye aku yang renjis air dekat muka kau. No. No. Jangan buat muka bengang tu. Abang tak suka tau." Ujar Adrian dengan jari telunjuknya bergerak ke kiri dan ke kanan apabila melihat muka Laila berona merah.

"Kalau aku tak kejut kau tadi. Kau dah boleh check in tidur dalam bas ni dah" sambung Adrian.

"Oookayyyyy. Thank you bubybluuu" ucap Laila dengan nada yang meleret. Adrian ditolak ke tepi untuknya berjalan turun daripada bas.

"Welcome sunshineeeee" balas Adrian.

P/n : what a bored part😪

Laila IsabellaWhere stories live. Discover now