Bab 3

29 1 0
                                    

"Okey. Cikgu Darwish baru cakap dekat aku yang diorang dah sampai dekat traffic light depan hospital tu. Semua dah ready?" Soal Adrian. Masing masing hanya mengangguk tanda sedia.

"Okey bagus. Sekarang buat barisan untuk sambut diorang. Ingat! Kita pengawas yang cekap. Kalau boleh jangan bagi ada kesilapan langsung" Adrian mengingatkan. Dirinya juga gementar. Pertama kali menyambut kedatangan pengawas daripada sekolah lain. Fuh! Relaks!

Tu dia! Seorang demi seorang pengawas daripada Caesar high school turun daripada bas sekolah mereka. Jika pengawas Baiduri High School lengkap dengan blazer hijau lumut yang tersarung di badan. Caesar High School lengkap dengan vest biru tua yang tersarung di badan.

Kedatangan mereka disambut dengan kawad kaki unit Kadet Remaja Sekolah Baiduri High School. Tepukan gemuruh daripada mereka membuatkan semua tersenyum. Selepas itu, mereka bersalaman sesama sendiri. Yang perempuan bersalaman dengan perempuan manakala lelaki bersalaman dengan lelaki.

"Baiklah. Selepas ini, bolehlah kita bergerak menuju ke Dewan Auditorium Baiduri" ujar Cikgu Aminah dengan suara serak basahnya.

Masing masing bergerak menuju ke dewan. Selepas masing masing sudah mengambil tempat duduk. Persembahan zapin dipersembahkan kepada mereka.

"Assalamualaikum saya Muhammad Adrian Naufal bin Azmir"

"Dan saya, Laila Isabella binti Mokhtar"

Mereka memperkenalkan diri mereka berdua.

"Kami berdua ialah Exco Disiplin di sekolah ini. Jadi, untuk setengah jam ini kami akan menceritakan serba sedikit tentang Pengawas Baiduri High School." Kata Adrian. Kelihatan beberapa orang pengawas perempuan yang tersenyum senyum apabila melihat Adrian dan yang lelaki pula tersenyum senyum melihat Laila.

"Baiklah. Untuk 10 minit yang pertama saya akan menceritakan tentang organisasi pengawas. Kami memohon maaf kepada anda semua kerana Ketua dan Penolong Pengawas serta Pengawas Tingkatan Lima yang lain tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana mereka dikehendaki untuk pergi ke kem motivasi...." Laila terus menerus bercerita sambil para Pengawas Caesar High School mendengar dengan teliti sehingga tamat 10 minit yang diberikan.

"Untuk 10 minit yang kedua pula, saya akan menceritakan tentang tugas yang dilakukan oleh kami iaitu para Pengawas Baiduri High School. Sama sahaja seperti sekolah lain. Kami menjadi tulang belakang guru guru di sekolah di samping turut membantu menjaga keamanan dan nama sekolah. Untuk pengetahuan anda, jika ada antara kamu yang mahu meletakkan jawatan dengan alasan tidak boleh fokus dalam pelajaran mohon pertimbangkan balik. Ramai para pengawas sekolah kami yang dapat mengimbangi waktu mereka dengan berjaya. Bukan mahu puji pengawas sekolah kami tetapi ada di antara kami yang berjaya mengharumkan nama sekolah seperti mendapat tempat pertama dalam pertandingan Zapin peringkat antarabangsa. 3/4 daripada kumpulan zapin sekolah kami terdiri daripada pengawas..." Adrian meneruskan ceritanya juga sehingga habis 10 minit.

"Baiklah. Dan untuk 10 minit yang terakhir. Kami membuka soalan kepada sesiapa sahaj yang mahu bertanya sebelum Exco pengawas kami yang lain mengambil alih tugas" Soal Adrian.

"Bagaimana para pengawas kamu menguruskan hal hal yang berkaitan buli dan gaduh?" Soal seorang lelaki yang berkaca mata.

"Untuk buli. Kami akan mengambil nama mereka dan masukkan ke dalam rekod disiplin dan seterusnya kami akan hantar mereka ke bilik kaunseling untuk dikaunselingkan. Trust me. Our kaunseling teacher is the best. Sekali dah masuk bilik kaunseling mesti nak masuk lagi berkali kali" ujar Laila. Mereka hanya ketawa kecil mendengar jawapan yang diberikan.

"Untuk kes bergaduh pula. Kadang kadang kami akan biar mereka bergaduh sampai puas. Ada juga yang pergaduhan membawa maut." Adrian berhenti bicara untuk melihat reaksi mereka. Ternyata mereka tercengang dan terdiam.

Laila IsabellaWhere stories live. Discover now