Bab 2

40 1 0
                                    

"Tujuan saya mahu berjumpa dengan kamu berdua ialah kerana minggu depan Caesar High School akan datang buat lawatan ke sekolah kita. Jadi. Saya mahu kamu berdua yang buat tentatif tentang hari itu dan uruskan segalanya." Terang Puan Fatimah.

"Tapi puan. Kami ni hanya Exco disiplin pengawas sahaja. Bukankah ketua dan penolong pengawas yang lebih berhak menguruskan semua ni?" Soal Adrian. Bukan apa. Dia tak mahu nanti timbul isu rampas kuasa pula.

"Ouh. Mereka ada kem latihan pada tarikh Caesar High School buat lawatan di sekolah kita, lagipun mereka yang sarankan kamu berdua untuk ambil alih" terang Puan Fatimah

Adrian dan Laila hanya membulatkan mulut menandakan huruf 'O'

"Emm. Boleh.. boleh.. Nanti bila kami dah siapkan kami tunjuk pada puan ye" ujar Laila. Puan Fatimah hanya mengangguk.

Kringggg!!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu harian sekolah sudah tamat.

"Kamu bincanglah mana yang patut ye. Saya balik dulu. Kamu berdua ni terus balik. Jangan terus melencong kemana-mana" nasihat Puan Fatimah.

"Baik puan" kata Adrian dan Laila serentak..

"Wey.. umi ada dekat rumah aku jadi aku tak hantar kau balik rumah" Kata Adrian sambil mengemas alat tulisnya.

"Macam mana kau tau umi ada dekat rumah kau? Entah-entah umi dah balik rumah. Umi tak cakap dekat aku pun" Laila memandang Adrian.

"Iye umi ada dekat rumah aku. Pagi tadi mama cakap. Umi lupa nak bagitau lahtu. Takpun kau yang lupa. Kau kan nenek. Asyik makan semut je. Semua benda lupa" Adrian mengutuk Laila lalu dia terus melulu keluar. Karang tak pasal-pasal ada yang tidur dekat hospital malam nanti.

"Muhammad Adrian Naufal Dato' Azmir! Biadap! Kau sini kau!" Laila terus mencampakkan alat tulisnya ke dalam bag sekolahnya. Yang penting, telinga Adrian harus dipiatnya sampai capang!

///

"Kau memang nenek pun. Getah rambut pun sampai tertinggal dekat rumah aku lepastu sibuk tanya dekat mana getah rambut" Adrian menjelirkan lidahnya ke arah Laila.

"Eeeee! Umi! Mama! Tengok Adrian ni!" Laila berlalu ke dapur dengan hentakkan kaki.

"Nak mengadu lah tu" Adrian mengusik lagi.

"Eh ni apa anak dara muka masam-masam ni. Haaa kenapa pulak ni?" Soal  umi kepada Laila. Datin Azizah aka mama hanya menggelengkan kepalanya.

"Ad tu haa. Ada ke patut dia cakap anak dara umi yang lawa ni dia kata macam nenek. Eee tak patut betul"  Laila membebel sambil tangannya ligat mengelap pinggan-pinggan yang baru dibasuh. Selepas itu, dia meletakkan pinggan-pinggan di atas meja untuk makan tengah hari.

"Mama kahwinkan kamu berdua nanti baru tahu" kata kata Datin Azizah sudah mampu untuk membuatkan Laila dan Adrian terdiam.

"Papa tak balik ke ma?" Soal Adrian.

"Tak. Dia ada lunch meeting dengan client." Balas Datin Azizah.

"Lepas makan nanti mandi lepastu solat" kata umi

"Umi bawa baju Laila tak?" Soal Laila

"Allah! Umi lupa bawak. Alah takpelah. Lepas mandi pakai je baju tu balik. Pukul 5 nanti kita balik rumah" Balas umi.

"Alah takpelah Kak Yam. Baju Dira pun ada. Pakai je baju Dira tu. Saiz kamu berdua pun tak adalah beza mana kan" kata Datin Azizah.

"Eh takpelah maa. Laila boleh je pakai baju sekolah tu balik." Laila menolak perlawaan Datin Azizah secara baik.

Laila IsabellaWhere stories live. Discover now