Pengenalan

3.5K 244 54
                                    

Asal usul Negara Pelentur,

Negara pelentur adalah satu satunya negara yang dihuni oleh manusia yang berevolusi dengan persekitaran mereka seperti api , angin dan sebagainya.

Menurut lagenda, negara ini asalnya diduduki oleh manusia biasa yang tersesat dari Planet Bumi ke planet ini yang dikenali sebagai Planet Elemen.Sejak itu mereka membiak dan populasinya bertambah.

Namun, mereka sering menghadapi serangan dan sering ditindas oleh penghuni asal di planet itu.Mereka sering di bunuh dan dijadikan hamba abdi oleh penghuni asal dari empat Negara yang besar dan kuat pada masa itu.

Setelah beberapa tahun menjadi jajahan , mereka di selamatkan oleh tiga butir permata ajaib yang berasal daripada alam ghaib di planet itu yang dikenali sebagai Atlantur.

Dengan adanya tiga butir permata ajaib itu , mereka mampu berevolusi dengan alam serta mampu melenturkan 6 elemen iaitu api ,angin,air,tanah,alam dan batu.Dengan adanya kelebihan yang dimiliki mereka telah membentuk sebuah negara yang di gelar Negara Pelentur.

Negara itu bukan sahaja didiami oleh para pelentur tetapi turut didiami oleh penghuni asal seperti puak bidadari dan puak bunian yang mana turut ditindas.

Namun, mereka tetap menghadapi masalah dan serangan dari empat negara yang kuat kerana ingin merampas tiga butir permata ajaib dan berkuasa tinggi yang di kenali sebagai Magical Gems dengan singkatannya Magiems.

Oleh kerana tidak ingin dijajah sekali lagi,mereka bersepakat untuk melantik tiga orang pelentur yang berkelebihan luar biasa dan istimewa dari kalangan mereka untuk dijadikan ketua.Mereka mengelar ketiga tiganya sebagai Avalians yang membawa maksud Avatar dan Guardians yang digabungkan.

Setelah dilantik, para Avalians terus menyimpan Magiems itu ke tempat asalnya dan tempat itu hanya di ketahui oleh Avalians sahaja.Magiems itulah yang menjadi pelindung dan membentengi Negara Pelentur dari negara yang lain.Benteng itu dikenali sebagai Tembok Tinggi yang tingginya 3000 meter.

Oleh kerana cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Negara Pelentur, keempat empat negara itu melancarkan perang untuk tujuan merampas Magiems yang disimpan rapi oleh Avalians.Perang ini dinamakan sebagai Perang Pentagon kerana perang ini di sertai oleh empat negara yang bermusuhan merampas Magiems dan Negara Pelentur terkait kerana ingin mempertahankan Magiems dari tangan musuh.

Perang tersebut terus berlangsung hingga 7000 tahun kemudiannya...

Three Avalians Of Magical Country  [C]Where stories live. Discover now