Prolog

2K 198 46
                                    

12 Ogos 2015.
Bumi.
Sandakan.

Kesibukan para penduduk tempatan tetap berlangsung walaupun matahari sudah ingin melabuhkan sinarnya di ufuk barat. Deretan kedai sederet di setiap sisi bangunan masih lancar beroperasi seakan masih berharap ada tambahan rezeki untuk hari itu.

Tidak kurang terpalitnya kesibukan sama kepada pengusaha jualan makanan dimasak segar yang terbina sebaris menghadap muara Sandakan. Muara yang terhubung langsung dengan Laut Sulu.

Ting! Ting! Ting!

Loceng mini ditekan berkali-kali oleh seorang pekerja yang terpasang apron pada badannya.

"Meja 5! Nasi Goreng Kampung dan Milo pink! Boleh sudah kau hantar!"

Laungnya kepada salah seorang pelayan yang bergegas mendekat. Terserlah jelas loghat tempatan dari pertuturannya. Pelayan mengangguk semangat.

Segera dulang berisi pesanan itu, dibawa untuk dihantar. Sambil melintasi meja-meja makan yang dipenuhi pelanggan dan disibukkan dengan para pelayan yang ralit memberikan khidmat yang sepatutnya, dia rancak melayan muzik yang terpasang pada radio besar.

"Ini odermu bosku."

Pinggan dan cawan yang berisi diletak hemat atas meja. Senyuman mesra diberikan kepada dua pelanggan di situ sebelum pergi untuk tugas yang lain.

Salah seorang menarik pinggan dan gelas ke arahnya. Sudu dan garfu diambil dari bekas.

"Kau pasti tak nak pesan apa-apa, Alisya?" Sesudu nasi disuap ke dalam mulut sambil menoleh pandangan kepada gadis usia hampir 20 an itu.

"Tak. Aku masih kenyang lagi. Kau makan sajalah Afzan." Balas Alisya yang melempar pandangan ke arah laut yang berombak tenang. Rambut panjang yang diikat ekor kuda, terbuai disapa angin sepoi-sepoi.

"Berita Terkini. "

Muzik yang terpasang tiba-tiba berganti dengan suara penyampai berita. Suasana meriah terus bertukar sunyi.

"Malam ini dijangka akan adanya fenomena hujan tahi bintang yang akan merentasi atmosfera bumi. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas pada beberapa kawasan setempat diantara pukul 8 malam hingga pukul 9 malam. Kepada yang berminat untuk melihat, dinasihati untuk berhati-hati dan berwaspada pada sebarang kemungkinan yang berlaku."

Afzan melirik sebentar jam tangan di tangan kanannya.

"Lagi seminit." Ulasnya sebelum meneguk air Milopink kegemarannya.

"Kau pasti kita boleh nampak dekat sini?" Tanya Alisya tiba-tiba.

"Seratus peratus." Sahut pemuda itu yang juga berusia sebaya dengannya. Alisya tersenyum dengan jaminan itu. Tak sabar dia rasa. Melihat fenomena tahi bintang adalah perkara yang sangat diminati.

"Tengok tu!" Jerit salah seorang pelanggan penuh gembira menarik perhatian orang sekitar. Tidak ketinggalan Afzan dan Alisya.

"Fenomena tu dah kelihatan!" Tambah pelanggan tu membuatkan semua orang lekas menoleh ke arah langit.

Kelihatan berpuluh-puluh cahaya melintas di dinding langit membuatkan semua orang terpesona melihat fenomena itu.

Alisya berdiri dari tempat duduk sebelum bergerak keluar menuju ke jeti yang tersedia diikuti Afzan yang terkejar-kejar dengan gelas Milopinknya.

"Sangat menakjubkan!"

Alisya memuji. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia melihat secara langsung, dia tetap kagum dengan kejadian semula jadi itu. Bagaimanapun, kekagumannya hanya seketika apabila melihat sesuatu yang aneh kepada fenomena itu.

Three Avalians Of Magical Country  [C]Where stories live. Discover now