Bab 2: Azran Amzar

1.4K 143 14
                                    

Negara Pelentur,
Planet Elemen.

Azran Amzar berjalan-jalan pada laluan yang dibina sepanjang Tembok Tinggi yang merupakan sempadan bagi Negara Kota Pelentur. Tidak lama kemudian, Amzar berhenti sebelum bersandar ke hadapan pada palang yang dibina untuk tujuan keselamatan

Cahaya matahari yang mula terbenam di balik bebukitan jauh di luar jajahan Negara Pelentur menjadi satu santapan rohani yang menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk. Saat yang sama, dia menanti kehadiran seseorang.

Ketenangan baru hendak dia kecapi terganggu sebaik sahaja dia ditegur oleh salah seorang tentera yang sedang berlari anak ke arahnya. Bersamanya seorang gadis yang tak lain dan tak bukan adalah Ketua Menteri Angkasa Lepas, Bunga Isliryn.

"Tuanku Amzar! Ada berita gembira!"

Amzar menoleh.

Tentera dan Bunga segera memberi hormat sebaik sahaja sampai.

"Patik sudah dapat mengesan keberadaan Tuanku Avalians Ketiga. Baginda memang berada di Bumi, tuanku."

Beritahu Bunga terus tanpa menunggu lama. Amzar gembira.

"Benarkah Bunga?"

Bunga mengangguk kepala.

"Bagaimana pula dengan Avalians Kedua? Adakah dia bersama saudara Ezami?"

Kegembiraan yang terpancar pada muka Bunga serta-merta kembali redup. Dia menggeleng.

"Maafkan patik tuanku. Baginda Avalians Kedua masih tidak dapat dikesan. Tapi kemungkinan besar, dia berada di planet yang sama."

Amzar datang mendekat. Bahu gadis yang lengkap dengan pakaian pahlawan yang berwarna kuning itu dipegangnya.

"Tidak mengapa Bunga. Adanya berita baik dari Ezami, sudah memadai bagi beta. Pasti saudara Ezami bersama dengan pelindungnya, Laila Alya bukan?"

Bunga mengangguk. "Benar tuanku. Patik juga dapat mengesan keberadaan Laila di sana."

Amzar mengangguk faham. Bunga dan pengiringnya diarahkan pergi.

Dia kembali ke posisi asal. Wajah diraup dengan penuh rasa terbeban. Bukan beban kerana banyak tanggungjawab yang harus dia lakukan semenjak ketiadaan dua saudaranya tetapi bebanan mencari cara untuk menyelamatkan mereka berdua.

"Tuanku Azran Amzar Amron."

Satu suara kedengaran sopan menyebut nama penuh Avalians Pertama itu dari sisi. Amzar tidak menoleh tetapi dia sudah tahu siapa gerangan itu.

"Kau terlambat sampai Afiji." Balas Amzar tersenyum kecil, menyembunyikan bebanan fikirannya tadi.

"Setidaknya aku datang sahabat. Tidak senang nak datang dari Atlantur."

Amzar tertawa kecil.

"Kau memang pandai buat aku gembira Afiji."

"Kau tu je yang senang terhibur. Aku tak melawak pun lagi." Komen Afiji lalu menumbuk lembut bahu Amzar.

Amzar tersengih kecil. Dia lalu memanjat naik palang tembok lalu duduk melunjur kaki atasnya. Afiji mengikut.

"Ada apa kau memanggil aku ni sahabat. Tak pernah kau memanggil aku seawal ini. Paling tidak harus 50 tahun barulah kau memanggil aku. Sekarang baru 15 tahun. "

"Aku dalam masalah Afiji. Aku tak tahu nak buat apa. Kau dah tahu soal Ezami dengan Irhadi?"

Afiji mengangguk.

"Aku tak tahu bagaimana nak selamatkan mereka berdua."

Afiji mengangkat tangannya lalu memanipulasi cahaya membentuk satu ilustrasi yang sangat diketahui oleh Amzar.

Three Avalians Of Magical Country  [C]Where stories live. Discover now