Bab 1: Efhan Ezami

1.6K 168 23
                                    

Hutan pedalaman Kinabatangan.
Bumi.

MALAM yang semakin larut masih diterangi oleh cahaya api-api kecil yang masih membakar tumbuhan sekitar yang musnah akibat hempasan meteor.

Di tengah-tengah kemusnahan itu, terdapat sebuah kawah beradius hampir 70 meter dan berkedalaman 10 meter terhasil. Tanah terbongkar hebat membuktikan hempasan yang berlaku bukanlah biasa.

Dalam kawah itu, terdapat dua sosok tubuh yang terbaring lengkap dengan pakaian seragam asing. Seorang gadis seorang pula pemuda.

Tiba-tiba, gadis itu terjaga. Matanya terbuka luas sambil tercungap-cungap menarik oksigen lalu diakhiri batuk kecil kerana tersedut asap yang masih mengelabui kawasan kejadian.

Gadis itu menoleh ke sebelahnya setelah perasan keberadaan seseorang. Pantas dia menghampiri.

"Tuanku! Tuanku Ezami! Tuanku tak apa-apa ke?"

Badan pemuda itu digoyang laju. Bila usahanya tidak berkesan, pergelangan tangan pemuda itu pula diperiksanya. Terasa sedikit denyutan tetapi agak lemah.

Gadis itu menarik nafas lega. Dia melihat kawasan sekitar. Perasaan cemas dan risau menguasai. Keberadaan dia dengan pemuda itu, ditengah-tengah kawah yang dikelilingi kawasan terbakar adalah sesuatu yang asing baginya.

Kemudian, dia dikejutkan dengan bunyi aneh dari jauh. Semakin lama semakin jelas menunjukkan punca bunyi itu sudah dekat.

Gadis itu dilanda rasa takut. Dia menoleh ke arah pemuda itu.

"Maafkan patik tuanku."

Segera dia memapahnya, sebelum bergerak pergi dengan batu yang dimanipulasi sebagai kenderaan untuk bergerak pergi meninggalkan kawasan asing itu ke dalam hutan masih utuh kerana diluar dari radius kemusnahan.

•••

Tubuh pemuda yang masih terpasang zirah perang yang sudah rosak, disandarkan perlahan pada sebatang pokok kayu sebesar pemeluk. Zirah yang rosak ditanggalkan menyisakan pakaian pangkat tertinggi melapisi baju pemuda itu.

Kemudian, si gadis mengambil tempat duduk beberapa meter jauh dari pemuda itu. Baju zirahnya yang rabak ditanggalkan menyisakan pakaian pahlawannya yang berwarna jingga keemasan. Ikatan rambut dibetulkan sebelum dia mengunyah beberapa helai daun yang sempat dikutip lalu menempel kunyahan itu pada luka yang ada pada tangan dan kakinya. Dahi berkerut menahan sakit.

Usai mengubat luka, dia memanipulasi bebatuan yang ada berdekatan lalu membentuk dua buah pedang yang tajam. Tidak utuh tapi cukup untuk mempertahankan diri daripada musuh.

Gadis itu duduk pada sebatang kayu yang tumbang sambil melihat langit yang sudah menampakkan cahaya pagi.

"Ini bukan planet Elemen. Langitnya terlalu biru." Gumamnya lalu mengimbas kembali ingatan terakhirnya sebelum tersedar di tempat yang begitu asing sekali.

Dia menggenggam erat pedang batu yang dibuatnya.

"Angkara Khizrak.." Sambungnya menahan amarah.

Tiba-tiba terdengar batuk seseorang di belakangnya. Gadis itu pantas menoleh. Amarahnya hilang bila melihat pemuda yang disandarkannya sudah sedarkan diri.

Segera dia menghampiri.

"Tuanku Ezami!"

Pemuda yang baru terjaga, meredup mata melihat punca suara.

"Siapa kamu?" Soalnya sekaligus membuatkan si gadis terhenti langkah.

"Patik Laila, Tuanku. Laila Alya. Pelindung tuanku, Avalians Ketiga." Jawabnya memperkenalkan diri.

Three Avalians Of Magical Country  [C]Where stories live. Discover now