1 | start

109K 5.6K 846
                                    




" I'd rather be a lover than a fighter.
Cause all my life, I've been fighting "

** 🌙 **


BELLA ROSALLES [ POV ]

7 tahun kemudian,

Hari ini, hari pertama aku ke sekolah baru.

Lion Heart Highscool

Indeed, nama sekolah yang sangat pelik tapi tak apalah, author dah tak ada idea. Terpaksa rembat tajuk lagu Kpop.

Siapa sangka, sekolah yang mempunyai nama pelik ini adalah sebuah sekolah yang menempatkan ramai pelajar-pelajar bijak. Ya, ini sekolah swasta. Malah pelajar dari oversea pun ada yang bersekolah disini memandangkan ianya mempunyai asrama. aku dah tengok template yang mereka bagi dan asrama dekat sini memang bukan main-main. macam private apartment pun ada, yang pasti lagi mewah dari rumah kecil aku. tapi, tak apalah. Hidup ini kene bersyukur. Tambahan pula, nak masuk sekolah ni bukan senang. Kau kena jadi kaya dulu baru boleh daftarkan diri.

Tapi dalam kes aku pula, Entah macam mana surat tawaran untuk masuk ke sekolah ini sampai di peti surat rumah aku walaupun aku tak pernah mohon. Paling best bila biasiswa juga ditawarkan. Pelik. Tapi aku malas nak fikir. Mungkin ini adalah peluang untuk aku ubah kehidupan aku yang dah macam neraka selama ini di sekolah lama. Mama bukan main happy lagi bila baca surat tawaran tu.

Tanpa perlu berfikir dua kali, aku terima. Mama hanya ikutkan kehendak aku dan sanggup berpindah ke rumah baharu yang berdekatan dengan sekolah baharu aku. Nak duduk asrama yang disediakan tu memang tak la. Sebulan kene bayar mahal. Lagi mahal dari sewa rumah yang aku dan mama duduk sekarang.

Aku menghembuskan nafas lega. Akhirnya, kehidupan baru, tempat baru dan mungkin aku akan dapat kawan baru. Sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar pintar ini mesti tak ada pembuli kan ? lagi pula, mereka dah kaya. Aku pasti tiada adengan peras ugut minta duit nanti.

Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 7:15 pagi. Loceng akan berbunyi pada pukul 7:30. Masih ada beberapa minit lagi. Aku masih berjalan untuk sampai ke pagar sekolah. Memandangkan rumah aku tidak lah jauh sangat, aku tak nak susahkan mama jadi aku gunakan kaki sendiri untuk sampai ke sini.

Dari jauh, aku dah nampak dua orang pelajar lelaki berpakaian kemeja putih dan berkot maroon di pagar utama sekolah. Mungkin mereka pengawas. Baru pukul 7:15 tapi dah terpacak dekat situ. Okay, aku boleh puji mereka. Sangat bertanggungjawab.

Kaki aku melangkah dengan penuh yakin. Dalam diam, aku mengumpul semangat dan keberanian aku yang baharu. Aku akan mulakan hidup baru. Bebas daripada dibuli oleh setan setan di sekolah lama itu.

Tetapi, tanpa aku duga. Belum sempat kaki aku sampai di pagar sekolah, langkah aku terhenti apabila tiga orang lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah Lion heart menghalang jalan aku. nak bagi aku warming welcome ke apa?

Aku mendongak sedikit melihat lelaki itu memandangkan dia sangat tinggi daripada aku yang pendek ini. Aku melihatnya sambil menaikkan sebelah kening aku. Tertanya-tanya apa yang dia tengah buat.

" um boleh tepi sikit ?" Pinta aku sambil cuba untuk pergi ke kiri namun di halang oleh salah seorang daripada mereka. Aku memandang sekilas pada tanda nama mereka bertiga.

Jay, Harris dan Ben

"Nak apa ?" Tanya aku sedikit pelik kerana mereka tidak menghiraukan permintaan aku.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now