26 | hangover

52.6K 3.6K 192
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Bunyi bising di luar bilik membuatkan aku terjaga dari tidur yang lena. Bila buka mata sahaja dan ingin bangun, kepala aku diserang sakit. Tekak terasa loya bagai mahu mengeluarkan segala isi yang ada di dalam perut.

Aku cuba tenangkan diri sendiri dan tutup mulut aku menggunakan tapak tangan. Bila lihat sekeliling, aku baru perasan yang ini bukan bilik tidur aku. Bilik ini jauh lebih luas dan cantik dari bilik aku.

" aku janji aku tak buat lagi Rafael ! Jangan bunuh aku ! " kedengaran suasana kecoh di luar bilik masih belum  berhenti. Suara Luke jelas berbunyi. Tapak kaki orang sedang berlari-lari di sekeliling rumah terdengar kuat.

Tiba-tiba peristiwa yang jadi petang tadi menerjah kotak fikiran aku. Alcohol ! Aku terminum sebotol alcohol yang Luke bagi !

Dan-dan pipi aku mula memerah apabila teringat apa yang telah aku buat dalam keadaan mabuk. Aku melalut bagai orang gila dan masih aku ingat aku pergi peluk Keith dan cium-cium pipi dia sebab lembut sangat macam gula-gula kapas.

Damn, Im dead.

Aku tumbuk katil tersebut beberapa kali. Malu usah kata, dah merah dah pun muka. Jatuh martabat aku sebagai seorang wanita !

Kepala aku berpusing hebat. Sakit dan pening ! Lalu dengan tidak sengaja aku termuntah di atas tilam tersebut mengeluarkan segala isi di dalam perut yang telah aku makan.

Rafael menerjah masuk ke dalam bilik yang aku diami. Mungkin dia dengar aku muntah kut sebab yelah kuat kot suara aku tadi.

Dia berlari ke arah aku dan memegang lengan aku. Dia lap mulut aku dengan hujung baju oversizenya. Aku dah tak mampu untuk berbuat apa-apa terasa bagai lemah satu badan. Aku tak boleh bayang macam mana orang boleh minum benda alah tu. It taste like shit.

" Rafael aku pening " aku pandangnya dengan mata kuyu aku. Kepala aku tersandar di dadanya.

" baju kau dah kotor, kau kene tukar baju " dia memberi sokongan kepada aku untuk bangun dengan menarik lengan aku. Kemudian, dia pegang kedua belah bahu aku dan menolak aku lembut ke arah bilik mandi yang berada di sebelah kanan bilik.

" tapi.. aku mana ada bawak baju " aku pegang bajunya untuk menambah kestabilan aku supaya mampu untuk berdiri. Sumpah kaki aku sendiri tak mampu nak tanggung badan aku sekarang. Rasa hangover untuk kali pertama sangatlah teruk !

" duduk sini kejap, aku pergi cari baju dekat atas " dia menyuruh aku duduk dahulu di atas kerusi kecil yang berada di dalam bilik air tersebut. Lalu dengan sepantas kilat, dia berlari ke tangga untuk naik ke atas.

Tidak sampai lima minit, dia kembali ke dalam bilik. Sehelai baju hoodie berwarna biru dihulurkan kepada aku. Aku menyambutnya.

" kau boleh tak tukar baju sendiri ? " aku mengangguk lemah. Entah boleh ke tidak aku tak tahu. Kalau tak boleh pun takkan nak suruh Rafael tolong tukarkan baju aku ? Kau gila ?

Tiba-tiba dengan tidak sengaja aku termuntah di hoodie yang Rafael pakai. Mata aku membulat sebab terkejut. Ianya berlaku secara spontan. Aku tak dapat kawal.

" Rafael sorry ! Aku tak sengaja ! " aku menangis sebab tak boleh tahan rasa malu.

"Muntah je lah. Kau ada rasa nak muntah lagi ke ? " dia usap kepala aku. Langsung tidak terkesan dengan perbuatan aku. Langsung tidak membuat muka jijik mahupun marah malah suruh dimuntahkan lagi.

" rasanya aku dah muntahkan semua " aku dapat rasakan yang perut aku seakan-akan tiada isi. Terasa tekak aku sangat tidak selesa. Kering.

Rafael keluar dari bilik seketika untuk menukar pakaiannya yang telah kotor akibat daripada muntah yang aku hasilkan di atas bajunya tadi kemudian dia masuk ke dalam bilik semula.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Donde viven las historias. Descúbrelo ahora