3 | detention

74.3K 4.5K 198
                                    


" And I never had someone to call my own "

** 🌙 **

BELLA ROSALLES [ POV ]

" jangan masuk campur hal orang dewasa " pelajar lelaki berambut coklat tadi pandang aku dengan reaksi muka yang aku tak dapat nak tafsirkan . Tiada senyuman yang menghiasi muka kacaknya.

'Cis, orang dah tolong, tak nak ucap terima kasih pun' . Rungut aku. Dah la tolong dengan penuh ikhlas, bukan macam dia yang cuba-cuba ambil duit aku dekat depan pagar sekolah tadi.

Dia datang mendekat lalu berdiri di hadapan aku, terasa diri ini kecil sahaja. Ketinggian aku langsung tidak mencapai bahunya. Hanya setakat paras dada sahaja. Ah lelaki dengan ketinggian mereka selalu tak masuk akal.

" aku sesat." Beritahu aku sambil larikan anak mata sebab dia cuba buat aku makin gugup bila dia tunduk dan samakan paras matanya dengan aku. Aku yang memang tak biasa dengan lelaki ni cepat sahaja rasa takut.

Heh yang pergi selamatkan orang tak fikir panjang tadi tak takut pula.

" bagi balik duit aku " aku memecahkan kesunyian, meminta wang aku kembali . Itu sahaja duit yang aku bawa hari ini untuk rehat nanti. Sudah lah dari semalam tidak makan. Lagi pula duit itu untuk satu bulan. Mama biasanya bagi wang belanja secara bulanan.

" bukan kau bagi aku ke ?" Lelaki itu tersenyum senget menampakkan sisi jahatnya. Aku dah boleh nampak ada tanduk setan muncul di atas kepala.

Tak ada masa nak cair ke apa, memang dia handsome tapi aku lagi takut silap silap dia bantai aku macam dia bantai lelaki-lelaki tadi. Oh ye, lelaki-lelaki tadi masih ada disini cuma pengsan.

Aku macam tak tahu nak balas apa. Terus aku lupakan duit aku dan cuba untuk lari buat kali kedua. Hari ni kerja nya marathon sahaja.

" woi minion " jerit lelaki tadi membuatkan aku menoleh. Dia panggil aku minion ? Kurang ajar betul ! Tahulah ketinggian aku sangat lah tidak setanding dengan dia !

"Kau kelas apa ?" Soalnya sambil menyalakan api rokok. Dia menyedut batang rokok tersebut tanpa segan silu dan membiarkan asap tersebut keluar dari hidung dan mulutnya.

" Haaa bagitahu cikgu kau hisap rokok " aku dengan selamba berkata. Bila perasan dah terlepas cakap, aku cepat-cepat tutup mulut.

Ah Bella.. kau dah kenapaa ? Nak mati awal ke ?

Tapi aku dapat dengar suara dia ketawa. Aku terkejut. Bukan apa, suara dia bila gelak, macam melodi yang tengah menari-nari di telinga aku.

So calm and beautiful. I can listen to it everyday.

" 4 Beta " barulah aku jawab pertanyaan dia selepas beberapa minit terkesima dengan suara tawanya.

" tingkat 3, bangunan A, hujung sekali " ucapnya lalu beredar sambil menghisap rokok yang berada di mulutnya.

Tak tahu la ini boleh dipanggil gentleman atau pun tidak tapi terima kasih.

Aku kembali meneruskan langkah ke kelas tersebut.

**🌙**

" excuse me young girl, why did you late for my class ? " soal perempuan yang mungkin dalam lingkungan 40-an yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu sudah mula memandang aku, hairan.

" Im so sorry madam. I'm new here and do not know the way to this classroom. " ucap aku sambil menggaru belakang kepala. Terkejut tengok jam di dinding kelas yang nak dekat pukul 9. Lama betul aku melencong sampai dua masa belajar aku ponteng.

" All new students are usually given a school map, takkan tak tengok apa yang sekolah dah sediakan? " soalnya lagi seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

Kalau la peta tu membantu, tak adanya aku sesat sampai ke belakang sekolah tu haa.

" Im so sorry. I wont repeat my mistake again, madam. " aku mengalah. Malas nak berperang mulut kerana orang tua memang selalu nak menang. Lagi-lagi insan yang bernama cikgu. Lagi pula, tiada guna aku melawan. Biarkan dia menang dan perbalahan akan tamat disini sahaja.

Namun wajah bengisnya memandang aku dengan tajam.

Ahh pulak.

" detention room, now !" Jerkahnya membuatkan bahu aku terhinjut kerana terkejut. Biar betul mak cik ni.

Tak adil betul lah ! Ni first day and first time kot aku datang sekolah ni. Lepas tu sesat lagi. Kene buli. Duit kene ambil. Masuk detention room pulak tu. Rosak imej pelajar cemerlang aku. Taguna betul orang tua beruban ni.

Aku sumpah jadi Batu baru tahu.

" what are you waiting for? Detention room now !" dia tengking aku lagi bila lihat aku dah termenung jauh. Ah habis satu kelas tengok aku.

Aku mengeluh perlahan.

" yes madam.  " akur. langkah aku dibawa ke detention toom berpandukan peta yang diberi. Nasib baik tidak jauh dari kelas aku. Jadi senang sajalah aku untuk pergi ke sana.

Sampai sahaja di sana, aku menguak pintu tersebut lalu terpacul seorang guru lelaki muda. Dia menaikkan sebelah keningnya. Mungkin tertanya-tanya akan kehadiran aku ataupun mungkin muka aku tidak familiar baginya.

" What brings you here young girl ? "
Soalnya sambil berpeluk tubuh.

" A teacher gave me detention room on my first day here, I got lost and late for her class and she was really pissed off." beritahu aku sambil mengeluh. Cikgu tadi langsung tidak memberi peluang pun dekat aku. dia terus jerkah aku dan bagi aku detention room.

" you may take a seat " lalu dia berganjak ke tepi membenarkan aku masuk ke dalam bilik tersebut.

Tidak semena-mena semua pelajar yang di tahan dalam bilik itu mengangkat kepala mereka untuk melihat aku.

5 orang pelajar.

Aku perhati je muka-muka diaorang. Okay aku rasa ada perasaan lain macam. Muka diaorang nampak macam penyangak. Takut tho.

Dan paling teruk..

Hanya aku sahaja perempuan dekat dalam bilik ni.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now