Bab 1

9 1 0
                                    

"Abang hati-hati sana nanti." Ujar Zarah pada tunang kesayangannya itu. Fahim menghentikan suapan lalu mendongak senyum memandang wajah Zarah yang sedikit keruh itu yang duduk bertentangan dihadapannya. Dia faham tapi dah tugas dia untuk oustation. Zarah masih memandang makanannya yang dari tadi hanya sekadar dikuis-kuisnya.

"Ara.." Panggil Fahim dengan nada lembut. Zarah lebih selesa dipanggil Ara oleh orang sekelilingnya. Fahim tahu dia perlu ada teknik yang betul untuk pujuk Zarah. Jika tidak , haihh habislah akan ada pertumpahan air mata oleh Zarah. Zarah perlahan-lahan mengangkat muka dan memandang tepat ke anak mata Fahim.

"Abang kan dah cakap , Ara jangan risau pasal abang. Ara macam tak biasa pula abang pergi oustation." Mendengar kata-kata itu , Zarah menarik muncung panjang lalu menyandarkan tubuh ke kerusinya.

"Lagipun bukan baru kali ni je abang oustation. Dah berkali-kali dah." Tambah Fahim lagi.

"Abang, kali ini Ara betul-betul bantah abang nak pergi oustation." Entah mengapa hatinya tetap mengatakan ada sesuatu yang tidak elok akan terjadi pada tunangnya itu nanti. Hatinya tidak tenang sejak dari semalam selepas Fahim menelefonnya untuk memberitahu perkara itu. Sebab itu dia mengajak Fahim berjumpa di kafe pada tengah hari ni.

"Kenapa pula? Sebelum ini tidak pula Ara perangai macam ni." Dahi Fahim berkerut mendengar kata-kata Zarah.

"Entahlah. Ara rasa macam ada tak kena." Muka Zarah jelas kelihatan kelat.

"Ara fikir abang ni nak curang?"

"Bukan macam tu bang. Ara percaya ngan abang. Cuma.." Zarah melepaskan keluh. Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa isi hatinya sekarang ni.

"Cuma apa?" Geram pula Fahim dengan perangai Zarah hari ini. Entah apa yang merasuk sampai Zarah jadi macam ni.

"Abang boleh tak jangan pergi?" Zarah membalas soalan Fahim dengan soalan.

"Dah pula kenapa?"

"Abang!" Zarah pula yang geram sekarang.

"Kenapa pula ni tiba-tiba?"

"Tak ada apalah bang. Hati-hati jelah." Zarah malas memanjangkan perkara ini. Biarlah yang diatas sana menentukan semuanya nanti. Namun dia berharap tidak apa yang menimpa buruk terhadap tunangnya.

"Jangan risau. Abang pergi sana atas urusan kerja." Ujar Fahim sambil senyum bagi mengelakkan suasana jadi tegang.

"Yelah." Jawab Zarah acuh tak acuh. Fahim terus menjamah makanan yang masih tersisa dipinggannya. Zarah sekadar diam melayan perasaannya. Makanan dihadapannya sekadar dipandang sepi.

Deringan telefon di dalam beg tangan mengejutkan Zarah. Segera dia mencari telefon bimbitnya. Nama yang tertera menandakan sahabat baiknya menelefonnya.

"Helo?" Katanya sebaik panggilan dijawab.

"Helo Ara , kau kat mana sekarang?" Tanya si pemanggil.

"Aku tengah lunch dengan Fahim ni. Ada apa?"

"Laaa patut aku tak nampak kau kat rumah. Kau tak bagitahu pun."

"Dah kau tidur nyenyak sangat , aku tak jadi nak bangunkan kau."

Fahim sekadar memandang Zarah berbual dengan si pemanggil di hujung talian. Dia baru selesai menghabiskan makanannya.

"Kau lambat tak balik?"

"Tak rasanya. Kenapa?"

"Nak bawa kau pergi shopping."

"Nantilah."

"Okaylah." Talian ditamatkan. Telefon bimbitnya diletak kembali ke dalam beg tangan miliknya.

"Siapa?" Tanya Fahim.

"Liza. Dia cari Ara sebab tiba-tiba Ara tak ada kat rumah. Ara tak mok kejutkan dia tadi masa Ara nak keluar ngan abang." Fahim mengangguk.

"Nak?" Zarah menunjukkan makanan di hadapannya.

"Abang dah kenyang ni. Makanan tu banyak sangat tadi." Tolak Fahim.

"Abang ada pergi mana-mana lepas ni?"

"Rasanya tak ada. Abang nak rehat sebelum abang uruskan kertas kerja yang nak dibawa nanti."

"Kalau macam tu , abang hantar Ara baliklah. Ara dah janji nak jalan ngan Liza." Mendengar kata Zarah. Fahim terus memanggil pelayan untuk menghantar bil makanan.

Fahim dan Zarah serentak bangun keluar dari kafe itu seusai Fahim selesai membayar makanan mereka berdua tadi. Semasa mereka berdua menuju ke parkir kereta , Fahim nampak seseorang yang sedang memerhati mereka berdua. Muka orang itu tidak jelas sehingga Fahim mengenal siapa orang itu. Fahim mengabaikan siapa itu setelah masuk ke dalam kereta.

(Done😘 thankyou for reading Part 1... To will update next part. Jangan lupa untuk terus baca part seterusnya tau? Ahaahah loveyouall)💕

#640 words

Vote!vote!vote!

Terindah Kedua KaliWhere stories live. Discover now