Bab 3

6 0 0
                                    

(Kali ni author nak cerita pasal "seseorang" .. Sapa pula dia tu kn?? Nnti author updated psal Zarah ngn Liza shopping pula okyy😘)

Kereta dipandu laju. Hatinya sakit. Dia masih belum dapat terima semuanya. Lelaki yang dia nak telahpun menjadi milik orang. Enam bulan dia berusaha mendapatkan lelaki itu namun usaha dia tidak mendapat hasil. Deringan telefon bimbit di tempat duduk penumpang dipandangnya. Nama yang tertenra membuatkan dia segera menjawab.

"Helo"

"Helo bos!"

"Apa yang kau dapat?"

"Dia oustation rabu nanti bos." Senyuman terukir di bibir mulusnya. Panggilan ditamatkan. Kereta dipecut ke kondonya. Dia malas pulang ke rumah ayah dan ibunya. Dia mahu tenangkan diri.

Tubuh dihempas ke katil. Helahan nafas panjang jelas kedengaran. Dia buntut. Mata dipejam. Terasa air mata mengalir. Hatinya kecewa teramat. Dendamnya tumbuh saat mendengar khabar Fahim bertunang. 6bulan dia berusaha namun semua gagal setelah Fahim bertunang. Setahun dia mengintip gerak geri Fahim dan tunangnya. Ingatannya kembali ketika dia berusaha memujuk Fahim.

"Kau khianat aku!" Tengking Fahim.

"Aku minta maaf." Emilia merayu sambil memaut lengan Fahim. Tangan ditempis kuat oleh Fahim.

"Minta maaf?" Fahim tersengih sinis mendengar ayat itu.

"Minta maaf kau cakap?" Ulang Fahim tapi dengan gaya mengejek. Fahim memandang tepat anak mata Emilia. Tiada kasih lagi dihatinya ketika memandang wajah perempuan yang pernah disayangnya sepenuhnya sebelum sini setelah dia mendapat tahu Emilia curang. Fahim nekad tidak mahu memaafkan Emilia. Hatinya terluka dengan dalam. Mendengar Fahim seolah mengejek permaafan dia , Emilia tidak berani bersuara.

"Aku percaya kau sepenuhnya tapi apa aku dapat?! Kau tipu aku! Kau curang! Kau musnahkan kepercayaan aku!" Bola mata Fahim merah menahan amarahnya.

"Aku mengaku aku salah tapi please bagi aku peluang." Air mata mengalir deras. Dia amat mencintai Fahim. Fahim lah lelaki yang membuatkan dia berubah. Berubah dari jadi perempuan yang suka berfoya-foya kemana saja dengan lelaki. Namun perangainya kembali kerana dia bosan setiap kali Fahim oustation.

"Kau minta jantan lain untuk bagi kau peluang!" Kata-kata pedas Fahim membuatkan penyesalannya memuncak sehingga menyebabkan dia terduduk menerima kata-kata itu.

"Sedikitpun kau taknak maafkan aku?"

"Kau baliklah. Aku taknak tengok muka kau lagi. Aku jijik!" Fahim terus berpaling tubuh menghadap ke tingkap.

"Fahim..." Lemah suaranya dek menangis tidak berhenti. Dia cuba bangun namun kakinya lemah.

"Sebelum aku heret kau , baik kau blah!" Emilia terkedu mendengar suara Fahim yang semakin meninggi.

"Aku minta maaf Fahim! Aku sayangkan kau!" Raung Emilia dengan esakan yang masih bersisa. Hatinya perit namun dia tahu semua itu tidak setimpal dengan apa yang Fahim rasa sekarang.

"Aku taknak kau datang dalam hidup aku lagi. Aku tak kenal kau."

"Tolong maafkan aku!" Emilia memaut kaki Fahim. Ketika itu dia sudah tidak peduli apa-apa pun. Dia mesti membuat Fahim memaafkannya. Fahim menarik tangan Emilia lalu melepaskan dengan kasar. Fahim menuju ke arah pintu pejabatnya. Dia memegang tombol pintu.

"Baik kau pergi." Ujar Fahim dengan tenang seraya memulas tombol pintu.
Emilia bangun perlahan.

"Aku akan dapatkan kau balik!" Katanya dengan tangis yang masih bersisa setelah berdiri. Fahim hanya sekadar tersengih. Hati Emilia sakit melihat sergihan Fahim.

Sebelum keluar , Emilia cuba meraih jari Fahim namun Fahim sempat menepis. Melihat keadaan seperti itu , Emilia segera membawa diri. Hatinya hancur. Air mata masih belum ada tanda-tanda berhenti.

Pintu kereta dihempas kuat. Emilia meraung lagi. Dia menyesal dengan semuanya namun Fahim tidak mahu maafkannya. Emilia nekad. Fahim hanya miliknya.

Deringan telefon mengejutkannya. Air mata di pipi dilapnya.

"Helo?"

"Helo , Emi tak balik rumah?"

"Emi tak balik malam ni. Emi malas nak drive ke rumah." Lemah suaranya menjawab ibunya.

"Ye lah. Jangan lupa makan tau."

"Ye mommy."

"Baiklah kalau macam tu. Bye."

Talian ditamatkan. Hati Emilia sakit mengenang semua yang terjadi. Usahanya semua sia-sia sehinggalah Fahim tunang. Gallery dibuka. Dia masih lagi menyimpan semua gambar dia bersama Fahim. Emilia tersenyum namun akhirnya dia ketawa seolah-olah ada sesuatu yang lucu didepannya.

(Done! Kali ni maybe hambar.. Btw buntu sgt2 cari idea utk part ni. For this part.. Knpa pula Emilia blh ktwa sorg2... Gila kha dia?? Tnggu next updated oky!💕)

#665 words
Vote!vote!vote!

Terindah Kedua KaliWhere stories live. Discover now