Bab 4

8 0 0
                                    

Zarah duduk di kerusi yang disedia khas di luar kedai sementara Liza sibuk memilih baju-baju. Hilang moodnya untuk berbelanja seperti selalu. Fikirannya runsing. Tidak pernah dia terlalu takut ketika Gahim bertugas ke luar kawasan. Hatijya gelisah.

"Ehh termenung pula dia." Liza mencuit lengan Zarah. Zarah memandang Liza yang berdiri di sebelahnya.

"Dah beli baju?" Liza menayangkan beg yang mengandungi baju yang dibelinya tadi.

"Kita g makan." Zarah bangun lalu membetulkan pegangan beg tangannya.

"Nak makan kat mana ?" Tanya Liza.

"Makan kat restoran Ria ?"

"Taknak lah."

"Habis tu kau nak makan kat mana?" Namun matanya meliar memandang sekeliling. Dia merasa seolah-olah dari radi dia diperhatikan.

"KFC nak?" Tanya Liza dengan lagak kanak-kanak.

"Boleh juga. Dah jom kita pergi." Zarah menarik tangan Liza cepat-cepat untuk beredar segera dari tempat mereka berdiri.

Keadaan restoran KFC ketika itu tidaklah ramai pelanggan maka sekejap saja giliran mereka berdua memesan makanan. Selesai membayar , mereka berdua memilih tempat di hujung restoran tersebut yang jauh dari pelanggan-pelanggan lain.

"Kau makan gelojoh sangat ni kenapa? Macam tak makan setahun." Kerut dahi Zarah melihat Liza yang makan seolah-olah orang yang lama tidak makan.

"Aku laparlah. Lunch pun tak sempat. Ni dah petang mak oii tunggu kau balik dating. Kebuluran aku tau!" Liza tidak mempeduli jika orang memandangnya. Yang penting perutnya kenyang.

"Kau yang taknak masak. Aku pula yang kena." Bantah Zarah. Bab memasak ini memang Zarah yang uruskan sebab dia tahu jenis Liza memang berat kaki nak jejak dapur kalau disuruh memasak.

"Jangan salahkan aku okay? Tugas kau memang masak untuk aku."

"Lawa nampak. Ingat orang gaji ke?"

"Memang sah!" Liza menjelirkan lidahnya. Zarah hanya senyum mngelengkan kepalanya. Mereka berdua menghabiskan makanan dengan berkongsi pelbagai cerita.

"Syukur. Perut dah kenyang." Kata Liza dengan lega seraya menyandarkan tubuh ke kerusi setelah menyedut minumannya separuh. Zarah turut menyandarkan tubuh ke kerusi. Terisi juga perut dia perut itu.

"Ehh kau ada hutang dengan aku." Liza baru teringat yang Zarah masih belum cerita lagi masa tengah hari tadi.

"Hutang apa?" Dahi Zarah mengerut.

"Laaa tak kau lupa pula."

"Lupa apa? Hutang pun tak ada .. Apalagi kalau lupa."

"Muka kau monyot je tadi apasal?"

"Ooo tu.." Zarah baru teringat. Muka Zarah terus berubah.

"Laa sedih pula."

"Yelah. Fahim aku." Jawab Zarah perlahan.

"Kenapa?" Soal Liza.

"Dia oustation nanti."

"Elehh macam kau tak biasa." Liza mengangkat tangannya seperti lagak orang India.

"Kali ni lainlah." Zarah mendaratkan lengannya ke meja lalu menongkat dagu nya dengan tangan kanannya. Jelas keluhannya seperti orang yang mempunyai masalah besar.

"Lain?" Liza semakin binggung dengan Zarah.

"Aku rasa macam ada sesuatu yang buruk akan terjadi." Keluar juga apa yang terpendam dalam hatinya.

"Cuba doa baik-baik."

"Aku dah try think positive but seriously aku tak dapat."

Liza mengeleng kepalanya.

"Kalau boleh , aku taknak dia pergi oustation."

"Cik kak , doa je baik-baik. Tu setan nak hasut biar kau fikir negatif."

Ting! Bunyi telefon Zarah menandakan ada pesanan. Zarah mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya. Pesanan whatsapp dari Fahim.

"Abang dah sampai rumah. Jalan jem tu lambat sampai."

Lega hati Zarah mendapat pesanan dari Fahim.

"Abang tunanglah tu." Bodek Liza dengan gaya gedik yang sengaja dibuatnya. Zarah tersenyum. Hanya kepada Liza semua yang terpendam dihatinya dapat dikeluarkan. Beban yang tersimpan dapat dilepaskan dengan hanya berkongsi dengan Liza. Baginya , walaupun Liza malas memasak tapi dia mengakui Liza seorang sahabat yang memahami segala perasaannya bahkan Liza seorang pendengar yang setia tiap kali dia resah dan mempunyai masalah. Beruntung dia mendapat sahabat seperti Liza. Dia dan Liza bersahabat selama 4 tahun sehingga kini. Ketika itu , Zarah dan Liza sama-sama memohon kerja disebuah restoran. Maklumlah baru lepas graduasi diploma katakan. Kini mereka berdua sama-sama bekerja di bangunan syarikat terbesar namun berbeza aras berdasarkan diploma yang diambil masing-masing. Sekampung tapi baru kenal ketika masing-masing nak memohon kerja. Zarah tersengih mengenangkan kisah mereka berdua dahulu.

(Done! Buntu sgt cari idea utk part ni...serious takde idea langsung... Hmm hope next part dapat idea menariklah.kbye!)

Vote!vote!vote!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terindah Kedua KaliWhere stories live. Discover now