Bab 2

11 1 0
                                    

"Terima kasih bang untuk hari ni." Ujar Zarah sebaik kereta Zahim parkir dihadapan rumah sewanya. Fahim memandang tepat ke anak mata Zarah. Hatinya bahagia mempunyai tunang yang memahami walaupun kadang-kadang perangai tunangnya itu tidak tentu emosi.

"Asal abang pandang Ara macam tu?" Zarah pelik dengan cara pandangan Fahim pada ketika itu. Fahim mengukir senyuman.

" alaa saja je nak tengok muka pujaan hati abang ni." Kata Fahim sambil jari telunjuknya pantas mencuit hidung Zarah. Wajah Zarah merona merah mendengar kata-kata itu sehingga tidak mampu menepis tangan Fahim yang tadi mencuit hidungnya.

"Kenapa muka merah ni?" Usik Fahim. Serta merta cubitan hingga dilengan kiri Fahim. Fahim mengaduh sakit.

"Sehari tak usik Ara boleh tak?" Tanya Zarah lantas ketawa bahagia.

"Tak bolehlah. Abang tak boleh kalau sehari tak tengok muka Ara blushing." Rengek Fahim.

"Dah pula perangai budak-budak dia datang."

"Hoiii!!!" Belum sempat Fahim menjawab kata-kata Zarah kerana mereka berdua serentak memandang ke arah suara tersebut.

"Aku dah kebuluran tunggu kat dalam. Tak reti balik ke?" Liza yang tengah bercekak pinggang dari dalam halaman rumah memandang tepat ke dalam arah kereta.

Zarah dan Fahim terus ketawa melihat Liza.

"Singa dah marah. Ara balik dulu." Kata Zarah senyum memandang ke Fahim. Fahim mengangguk.

"Shopping nanti jangan lewat balik tau." Pesan Fahim kerana dah masak dengan perangai Zarah apabila keluar berjalan dengan Liza pasti tidak ingat dunia.

"Ye Ara tidak balik lewat." Kata Zarah lalu menyalami tangan Fahim. Kepala Zarah terus diusapnya tapi dengan kasar. Sejak dulu Zarah memang suka menyalami tangannya walaupun mereka berdua dulu masih bersahabat.

"Abang ni! Rosak rambut Ara." Tepis Zarah dengan laju. Fahim ketawa lagi. Zarah mengatur rambutnya sebelum keluar dari kereta.

"Baik-baik drive. Sampai rumah whatsapp Ara."

Zarah melambaikan tangan sebaik kereta Fahim mengundur. Fahim membalas lambaian tangan Zarah lalu memecut pergi meninggalkan kawasan perumahan Zarah. Zarah termenung memandang kereta Fahim yang kian hilang dari pandangan.

"Oii cik kak! Sampai bila nak menung tu?"

Zarah yang tersedar segera memalingkan tubuh.

"Kacau daunlah kau ni!" Tempelak Zarah sambil membuka pagar rumah.

"Kacau daun konon. Tunggu kau balik tu dah buat aku nak separuh nyawa." Bebel Liza sambil masuk ke rumah. Zarah membuntuti langkah Liza masuk ke rumah.

"Asal kau tak masak sebelum kau keluar?" Tanya Liza sebaik Zarah melabuhkan punggung di sofa.

"Aik?? Ingat aku ni bibik kau ke?"

"Dah tu aku nak makan apa sekarang? Kau sedap-sedap makan ngan encik tunang."

"Aku takda selera makanlah tadi." Keluh Zarah.

"Kenapa pula?" Muka Zarah jelas kelihatan keruh. Liza tahu pasti ada yang tak kena.

"Kau pergilah siap sekarang. Kata nak shopping. Aku nak isi perut ni." Ucap Zarah sambil mengusap perutnya.

"Cerita dulu lah."

"Nantilah. Aku lapar." Zarah sengaja membuat muka manja bagi mengelak terus disoal Liza.

"Yelah." Cebik Liza lalu pergi menuju ke biliknya.

Zarah mengeluh lagi. Hatinya runsing. Entah mengapa dari tadi dia tidak dapat mengusir kekacauan di hatinya itu. Telefon bimbit miliknya dikeluar dari beg tangan. Belum ada tanda-tanda whatsapp dari tunangnya itu. Jam tangan dikerliling. Baru pukul 2 petang. Zarah mengambil kesempatan melelapkan mata sementara menunggu Liza selesai bersiap.

Tanpa sedar , ada seseorang sedang memerhati dari jauh ke arah rumah Zarah dan Liza. Matanya penuh dengan kebencian. Stereng kereta digenggam kuat lantas dia memecut pergi dek hatinya yang terlalu sakit dan penuh dengan dendam. Deruman kereta yang lalu dihadapan rumah membuatkan Zarah yang baru hendak nyenyak terlelap terus terjaga.

"Tak guna betullah." Rungut Zarah kerana lelapnya terganggu sebentar.

(Done!😘thanks for reading.. Agaknya sapa lh yg brdendam tu kan? Yg suka intip dan mengikut kemana Zarah dan Fahim pergi.. Klau nak tahu.. Truskan baca story yg author updated nanti ye💕)

#604 words

Vote!vote!vote!

Terindah Kedua KaliWhere stories live. Discover now