part 4

992 15 2
                                    

"Tapi makanan pasti membawa kebahagiaan, until jannah kot"..

"Aifa!!!!! Aku ketawa seraya menuju ke pantri."

Baik, aku cepat nanti kena cubit lagi.

Sejak dari hari tu aku cuba sebaik mungkin menjauhi zafran. Aku bukan apa, aku kan tunang orang.

Zafran pun dah tahu aku da bertunang. Siapa lagi kalau bukan si Husna yang bagi tahu. kalau tengok muka zafran masa tu. Rasa nk tergelak pun ada,kasihan pun ada...hahha

Bagus jugak, tak adalah aku bagi harapan palsu. Harapan??? Ish, aku ni Zafran bukan minat aku pun, perasan je lebih.

Hmm..Wan??? Aku tak pernah pun jumpa dia lagi selepas majls pertunangan tempoh hari. Mungkin dia jenis yang jaga batas pergaulan kot. Perasaan aku bercampur baur Entah.Aku tak pasti betul ke keputusan aku menerima dia dalam hidup aku. Tapi aku yakin, dengan restu mak aku, in sha allah semuanya berjalan lancar.

Hari ini, sudah dua bulan aku pergi belajar mengaji dengan Ustazah Hasnita. Umur dah 24 tahun baru nak pergi mengaji. Betapa rasa jahilnya diri ini. Ya, memang aku jahil bab mengaji al-quran ni. Sebab jahillah aku pergi mengaji , nanti dah kahwin, ada anak siapa nak ajar diorang kalau bukan aku. Kan.

Ustazah Hasnita ni seorang yang sangat baik. Kalau jadi mak mentua aku kan senang, boleh aku  mengaji dengan percuma, kan pakej tu jimat pun jimat. Aish, Aifa. Benda baik pun berkira macam mana hidup nak dapat keberkatan.

"Aifa, da kenapa tepuk dahi tu, ada  nyamuk ke? Aku hanya mampu tersenyum je pada ustazah.

"Ehh. Tak ada apa  ummi, kita sambung balik bacaan," kata  aku sambil meneruskan bacaan aku.

Setahu aku, ummi ada anak laki seorang, tapi kenapa aku tak pernah bertembung ngan dia? Takkan selama 2 bulan dia tak jenguk mak dia kot?  Aku ni suka sangat sibuk pasal orang, diri sendiri tak sedar. Sebulan kot aku tak balik Penang. Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, kedengaran bunyi mesej masuk.

"Aifa, jom jumpa esok"-tunangmu tersayang

Jika Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now