:: chapter 5 ::

821 69 20
                                    

Bunyi air mengalir menemani Jiwoo ketika gadis itu duduk termenung di sinki dapur. Span yang dipegang entah berapa kali ditonyoh ke permukaan pinggan yang sudah terlebih berkilat itu. Sungguhpun begitu, Jiwoo kelihatannya tidak menyedari akan hal itu apabila dia terlalu hanyut dalam lamunannya. Fikirannya asyik melayang entah ke mana... atau lebih tepat lagi ke arah Jungkook!

Sejak dari semalam, walaupun jasad fizikal lelaki itu sudah lama pulang, tetapi Jungkook kelihatannya seperti tidak mahu pergi dari minda Jiwoo. Gadis itu tidak dapat berhenti dari memikirkan Jungkook dan lamaran mengejutnya itu. Bahkan semakin lama masa berlalu, rasa kesal semakin memuncak dalam dirinya. Patutkah aku terima sahaja lamaran dia semalam? Tapi... mana boleh!!

Jiwoo menampar-nampar pipinya.

Cuba fikir logik! Seorang lelaki kacak yang tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumah kau, pandang kau tanpa henti dan melamar kau secara tiba-tiba. Takkan kau nak kahwin dengan orang macam tu, kan?! Tak masuk akal langsung!!

"Tapi..." Jiwoo melepaskan keluhan berat, " tawaran dia tu..."

##

"Jadi, macam mana?" soal Jungkook lagi apabila Jiwoo hanya memandangnya dengan mulut melopong. Fikiran gadis itu benar-benar kosong sekarang ini. Dia bagaikan tidak dapat mencerna apa yang baru didengarnya tadi. Biar betul?! Takkanlah lelaki ini melamar aku?!

Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya seperti ada salah faham di sini.

"Tuan Jeon..."

"Please drop the title! Just call me Jungkook!" pinta lelaki itu.

"... Emmm,baiklah! Jungkook! Maafkan saya! Tapi saya rasa awak dah salah faham dekat sini! Kita tak pernah bertemupun sebelum ni! Nak kata kita pernah terserempak dekat mana-mana dan awak jatuh cinta dengan saya macam dekat dalam drama tu pun, saya tak pernah keluar rumah! Jadi, saya rasa awak mungkin dah salah orang! Tak mungkin..."

Jungkook segera menggelengkan kepalanya. "Tak, saya tak salah orang! Saya memang nak lamar awak, Choi Jiwoo! Lagipun siapa kata kita tak pernah bertemu? Kita pernah bertemulah!"

Jiwoo menaikkan keningnya. "Pernah bertemu? Bila?"

"10 tahun, 7 bulan, 23 hari, 9 jam, 7 minit 16 saat yang lepas..." jawabnya sambil tersenyum lebar.

Jiwoo mengelipkan matanya beberapa kali. Apakah...?

"Sorry, Jungkook! Saya memang tak ingat!" Jiwoo menggaru belakang kepalanya dengan kekok. "Kalau boleh saya tahu... kita bertemu di mana...? Bagaimana...?"

Jungkook ketika itu terus menundukkan pandangannya. Wajahnya bertukar lembut, seolah-olah sesuatu yang sangat menyenangkan sedang bermain di mindanya. Jiwoo menjadi semakin tertanya-tanya.

"Mungkin awak tak ingat! Tapi... 10 tahun, 7 bulan, 23 hari, 9 jam, 8 minit, 20 saat yang lepas, awak sudah menyelamatkan saya dari satu tragedi yang boleh membunuh saya. Saya tak akan sesekali lupakan apa yang awak buat untuk saya! Tak akan! Tanpa awak, saya mungkin sudah mati! Sebab itulah... Saya ingin membalas jasa awak... Saya ingin melindungi awak... Saya nak awak menjadi isteri saya!"

Wajah Jiwoo kemerahan. Namun dalam masa yang sama, fikirannya menjadi semakin bingung. Bila masa aku pernah selamatkan nyawa dia ni? Dan kalau betul aku selamatkan, takkanlah aku boleh lupa aku selamatkan nyawa orang! Ke dia ni menipu aku sebenarnya? Dia ada niat buruk ke? Gadis itu kemudiannya merenung Jungkook dalam-dalam, cuba mengimbas tingkah lakunya yang mungkin mencurigakan.

Jungkook yang menyedari tindakan Jiwoo itu terus sahaja membalasnya dengan senyuman. Entah kenapa wajahnya kelihatan naif pula, seperti kanak-kanak yang suci. Rasa bersalah mula menerpa ke dalam diri Jiwoo ketika itu. Lelaki ini nampak begitu baik sekali, takkanlah dia nak menipu aku... kan?

Enchanted :: JJKOn viuen les histories. Descobreix ara