:: chapter 7 ::

200 9 11
                                    

"Tuan Jeon, apa khabar? Sudah lama kita tidak bertemu.. Saya Pengerusi Han.."

"Saya Pengerusi Kang dari Syarikat Khan Construction."

"Saya Edward Smith dari..."

Jungkook hanya melemparkan senyuman sambil menjabat tangan mereka. Begitulah rutinnya setiap kali menghadiri majlis sosial, berpura-pura ramah. Sebagai CEO syarikat perkapalan utama di Korea, kehadiran Jungkook di mana-mana majlis sosial sering menjadi tumpuan. Semua orang ingin berbaik dengannya, semua orang ingin rapat dengannya. Semua orang ingin mengambil kesempatan. Manusia memang tak guna, bisik Jungkook. Lihatlah sekarang ini semua orang cuba untuk mendekatinya. Apabila dia melakukan kesilapan nanti, semua orang akan cuba menjatuhkannya. Dasar ular, desis Jungkook lagi. 

Jungkook yang akhirnya sudah letih dengan tumpuan manusia-manusia itu meminta izin untuk mengambil minuman di sudut dewan. Di situ dia mengambil tempat di salah sebuah sofa yang disediakan. Sambil meneguk wine yang diambil tadi, dia menghayati muzik yang dimainkan. Pembantu Kim Namjoon yang setia mengekorinya dari tadi, berdiri di sebelahnya, memerhatikan isi dewan itu.

"Kalau kau nak pergi bersosial, pergi sajalah," Kata Jungkook tiba-tiba membuatkan Namjoon sedikit terkejut. "Aku tak kisah. Lagipun ada ramai wanita cantik di sini..." tambah Jungkook lagi sambil mengenyitkan matanya. Namjoon yang tersipu-sipu malu hanya menunduk hormat tanda berterima kasih sebelum hilang dalam kesesakan orang ramai. Laju... Nampak benar dia tidak sabar, hahaha...

Jungkook baru sahaja ingin meneguk minumannya lagi apabila ada satu suara menegurnya. Dari suara lunak lemah lembut gemalai bagai sotong itu, Jungkook kenal benar pemiliknya. Matanya diputar ke atas tanda jengkel. 

"Tuan Jeon, saya tak sangka boleh bertemu dengan Tuan Jeon di sini," tegur Kim Aera sebelum duduk di sebelah Jungkook. Sambil dia merendahkan badannya, Kim Aera berpura-pura meletakkan tangan di atas dadanya yang terdedah, acah-acah wanita Korea terakhir. Senyuman manis sengaja dilemparkan ke arah Jungkook supaya lelaki itu jatuh hati dengannya. Sayangnya Jungkook hanya jatuh meluat sahaja. 

"Ya, saya pun tak sangka..." balas Jungkook acuh tak acuh. Matanya meliar ke arah orang ramai yang bersesak di tengah dewan. Menyesal pula dia menyuruh Namjoon pergi tadi.

"Tuan Jeon, datang seorang je ke? Mana pembantu tuan?" soal Aera cuba berbasa-basi. Mata cantiknya yang dihiasi dengan pembayang mata dan bulu mata palsu dikelipkan beberapa kali untuk menarik perhatian Tuan Muda itu. Sayang sekali Jungkook masih memandang ke arah orang ramai menyebabkan lelaki itu tidak dapat menghayati kecantikan Kim Aera. Tak sudi pun sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila teringat akan kelakuan gadis itu dan keluarganya terhadap Jiwoo. 

"Ada. Awak cari pembantu saya ke? Biar saya panggil dia..." Jungkook yang baru sahaja bangun terduduk semula apabila Aera menarik lengannya. Tidak mahu melepaskan peluang, gadis itu terus memeluk erat lengan lelaki itu sambil kepalanya dibaringkan di atas bahu Jungkook.

"Aera sakit kepala sangat. Mungkin mabuk. Boleh Tuan Jeon temankan Aera sebentar," pujuk Aera dengan suara lunaknya. Dia menggeselkan tubuhnya ke arah Jungkook untuk menggoda, membuatkan lelaki itu semakin tidak selesa. Dalam masa yang sama, beberapa tetamu sudah mula berbisik sambil memandang ke arah mereka. Pastinya ini akan menimbulkan khabar angin nanti.

"Aera... boleh ke tepi tak?!" Jungkook menolak tubuh gadis itu dengan sekuat hatinya sebelum segera berjalan pergi. Aera yang terkejut dengan tindakan Jungkook itu hanya mampu mendengus tanda tidak berpuas hati. Jungkook selalu begitu. Dingin!

Jungkook baru sahaja berjalan beberapa tapak apabila langkahnya terhenti. Badannya terpaku seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ya, benar itu! Memang ada sesuatu yang mengganggu fikirannya dan ia semestinya bukan Kim Aera. Semestinya juga bukan Presiden Han yang menawarkan tiket kapal pelayaran ke Maldives tadi. Jungkook mengerutkan dahinya, cuba untuk fokus kepada suara yang didengarinya itu. Suara sayup-sayup lemah yang berjaya meredamkan kebingitan parti itu. Suara seorang perempuan dan semestinya bukan sebarang perempuan. Ianya suara Jiwoo!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Enchanted :: JJKWhere stories live. Discover now