KATIL

990 47 1
                                    

May, Delilah dan Noraina tinggal sebilik dalam asrama mereka. Mereka telah dipindahkan asrama kerna mereka suka membuat bising dan mengacau pelajar lain dalam asrama sebelumnya. Sebelum mereka masuk ke dalam asrama itu, warden asrama itu telah berpesan kepada mereka bahwa melarang mereka semua untuk meniduri salah sebuah katil dibawah dua katil berkembar dalam bilik tersebut.


May mendapat katil di bahagian atas katil yang kosong di bawahnya itu apabila kalah 'jush' dengan teman-temannya. Menyebabkan dia jauh daripada kipas angin yang ada dalam bilik tersebut.

Sehari, dua hari, tiga hari, dia masih boleh bertahan lagi. Hari yang keempat dia sudah tidak tahan lagi akan kepanasan tersebut. Kerna angin dari kipas tersebut tidak sampai di atas katilnya. Dia mengambil keputusan untuk tidur di bawah katil tersebut.

Delilah dan Noraina terkejut dengan tindakan May. Mereka menegur May. Namun May tidak mengendahkan nasihat teman-temannya dan terlelap di sana. Kincaran kipas tersebut betul-betul kena dengan tubuh May dan membuatkannya selesa.

Keesokan harinya, asrama itu tergempar dengan kehilangan pelajar. Di atas katil yang ditiduri oleh May di basahi dengan darah yang banyak dan ada kesan bayangan merah yang terlekat pada cadar katil tersebut. Sepertinya meronta-ronta.

Berapa kali di cuci juga tidak hilang bayangan tersebut.

Manakala, May pula sampai ke hari ini tidak di temui dan bilik asrama itu ditutup selepas kejadian itu berlaku.


SHORT HORROR STORY COLLECTION 2018Where stories live. Discover now