Teddy Bear

767 39 0
                                    


Lolita baru sahaja dihadiahkan sebuah patung beruang yang sederhana besar berwarna merah jambu dari pak ciknya pada hari kelahirannya.
Patung itu adalah temannya dan ke mana sahaja dia pergi dia akan membawa patung tersebut.

Sudah setahun berlalu, patung itu masih bersama Lolita setiap saat.


Lolita juga selalu mengurungkan diri di dalam biliknya dan ada kalanya dia bercakap dan ketawa seorang diri. Ibunya berasa ada sesuatu yang tak kena. Masa Lolita ke sekolah dia masuk ke dalam bilik tersebut dan memeriksa bilik anaknya Namun tiada satupun yang mencurigakan. Tapi dia masih tidak berpuas hati.

Malam itu, dia masuk semula ke dalam bilik anaknya sambil dia jalan perlahan-lahan dan menghendap.

Alangkah terkejutnya dia melihat menerusi lubang kecil dari pintu anaknya. Patung itu boleh berjalan dan berdiri. Wajahnya juga sangat mengerikan. Ibu Lolita mulai ketakutan dan tidak keruan. Suara Lolita pula tidak kedengaran pada malam itu. Ibunya mengambil keputusan bahwa esok dia akan membuang patung tersebut.

Keesokan harinya, awal pagi lagi dia naik ke atas masuk ke dalam bilik anaknya. Namun apabila sahaja dia masuk, patung teddy bear itu sudah tidak ada.

"Mama? Cari apa? Saya dah buang teddy. Jangan risau lagi. ;)" kata Lolita sambil tersenyum. Namun senyumannya sangat mengerikan.

Cara dia menatap ibunya itu membuatkan ibu Lolita curiga.
Tidak seperti biasanya.

Dia dapat rasakan bahwa Lolita yang ada di depannya itu bukan anaknya lagi.


SHORT HORROR STORY COLLECTION 2018Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ