B74

6K 560 10
                                    

HARI terakhir di Canopy Tribes datang juga walaupun banyak aktiviti yang mereka lakukan. Pun begitu, sumpah Yasmeen rasa yang trip dia dan Yaseer ini bukanlah satu trip yang boleh dinamakan sebagai 'honeymoon'. Tak rasa honeymoon langsung! Bagitahu dia, ada ke orang honeymoon trekking? Ada ke honeymoon tidur dalam kanopi aje? Ada ke honeymoon mandi air terjun? Fuh, kalau ada, okey... maknanya ini bukan honeymoon yang dibayangkan sebagai seorang perempuan.

Honeymoon yang dia inginkan adalah berjalan di tepi pantai, sambil berpegangan tangan, disirami dengan cahaya purnama serta kilauan ribuan bintang di langit malam. Itu paling kurang lah. Kalau nak yang grand, semestinya bukan di Malaysia.

Ya, Yasmeen high taste. Harap maklum.

"Dah siap berkemas?" Terbang melayang terus angan Yasmeen mendengar pertanyaan Yaseer. Terus jelingan kecil diberikan buat lelaki itu.

"Lagi sikit aje." Jawab Yasmeen sambil tangan bergerak perlahan memasukkan kain baju ke dalam begpack masing-masing.

Yaseer angguk dan dia labuhkan duduk di lantai, bersebelahan dengan Yasmeen. Badan dia sandarkan pada tilam dengan kedua siku ditongkat di belakang. Mata semestinya pandang Yasmeen.

Yasmeen yang padanya hanya berlagak biasa mulai resah dengan pandangan Yaseer yang berterusan. Dia dah mula jeling-jeling.

"Apa benda awak ni? Pandang saya macam tu?" Tanya Yasmeen. Sehelai tudung bawal dah diangkat tinggi menutupi separuh wajahnya. Ala-ala berpurdah gitew.

"Saje. Last day honeymoon kan? Bila lagi aku nak tatap kau macam ni? Lepas ni dah mula kerja, mula sibuk." Yaseer beralasan.

Yasmeen mencebik bila dengar perkataan 'honeymoon'. Ceh, tang mana?

"Honeymoon ek? Okey lah daripada takde. Saya bersyukur jugalah sekurang-kurangnya berjalan juga saya lepas kahwin ni." Kata Yasmeen separuh tenaga.

Yaseer senyum aje. Tahu apa yang Yasmeen rasa. Apa Yasmeen ingat dia pun rasa macam ini honeymoon ke? Silap besarlah. Ini Yaseer lah! Mestilah nak berikan yang terbaik. Ya, dak? Walaupun sebenarnya bagi dia dah cukup terbaik.

"Alhamdulillah." Yaseer melayan.

"Nak keluar pukul berapa ni?" Tanya Yasmeen. Kerja mengemas sudah pun selesai. Begpack mereka diletak di tepi sahaja sebelum dia menoleh memandang Yaseer.

Yaseer betulkan kedudukan. Dia tongkatkan kepala dengan tangan sendiri sambil mata sengaja dia redupkan. Nak bagi Yasmeen debar sikit. Debar kah? Hahaha.

Yasmeen dah mula alihkan pandangan. Apalah mamat ni tengah fikir sampai redup sangat pandangannnya. Ada dia tanya soalan penuh romantis ke tadi?

"Lepas dinner."

Tertoleh terus kepala Yasmeen. Mata dah membulat tak percaya dengan jawapan yang dia dengar tadi.

"Awak biar betul kita nak gerak malam?" Tanya Yasmeen kurang percaya.

Yaseer angguk sambil senyum kacak. Fikir hensem? Okeylah. Hensem.

"Bahayalah. Buatnya awak mengantuk, tak ke sia-sia?" Omel Yasmeen kurang bersetuju. Takutlah dia. Kalau naik kereta, itu okey lagi. Ini naik superbike hitam Yaseer tu.

"Mana ada bahaya."

"Bahayalah dengan cara pemanduan awak tu!"

Dahi Yaseer berkerut. Pelik sekejap dengar komen Yasmeen.

"Kenapa dengan pemanduan aku?"

Yasmeen mencebik. Dasar tak ingat! Dari dulu sampai sekarang tak berubah! Berjalan kaki, laju! Kayuh basikal, laju! Tunggang motor, pun laju! Malah makin laju! Yalah kalau dah seronok pulas aje!

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now