SPECIAL BFF

12.2K 725 60
                                    

KAD JEMPUTAN yang baru diterimanya tengah hari tadi, Yasmeen letak di atas meja solek sebelum kaki berjalan menghampiri katil. Nak berjalan laju-laju, tak boleh. Ni. Ada bumper bulat kat depan ni ha. Tunggu masa nak kempis balik aje ni. Dan disebabkan langkah kakinya yang lambat itu, tak sempat sampai katil lagi, Yaseer dah sampai dulu di dalam bilik bersama segelas susu formula di tangan.

"Ha. Nak pergi mana pulak ni? Bukan abang kata duduk diam-diam kat katil ke tadi?" Soal Yaseer sambil laju sahaja dia memimpin Yasmeen menuju ke katil.

Yasmeen senyum sahaja. Dah duduk atas katil pun dia senyum sahaja. Senyumlah bila dapat tengok muka tak puas hati Yaseer ni.

"Abang baru tinggal sekejap. Ayang dah pergi sana sini. Haih." Yaseer yang mula nak membebel itu Yasmeen pandang sahaja.

"Ni... kalau abang tak datang tadi, mesti kaki tu nak melencong ke tempat lain pula kan? Nura Yasmeen kesayangan Ahmed Yaseer, boleh tak duduk diam-diam aje atas katil tu? Tu... baby abang dalam perut tu bila-bila masa aje tau boleh keluar. Buatnya ayang kat tem---"

Chup!

Mati terus bebelan Yaseer saat Yasmeen mengucup lembut bahunya. Terkebil-kebil dia di situ memandang Yasmeen yang sedang tersenyum dengan riak terkejut.

"Apa ni?" Soal Yaseer. Bingung sekejap dengan apa yang berlaku walaupun sepatutnya dia kena tarik sengih gatal waktu ini.

"Abang bising sangatlah. Membebel. Macam mak cik-mak cik dah." Jawab Yasmeen bersama senyuman manisnya.

Yaseer lepaskan nafas berat.

"Hei. Membebel ni bagus tau untuk ayang yang susah sangat nak dengar satu-satunya arahan terpenting abang." Suara Yaseer berjauh sedikit. Orang risau kat dia, dia panggil membebel pula.

Yasmeen senyum. Lengan Yaseer dia rangkul erat dan gelas susu di tangan Yaseer dia ambil.

"Abang ni. Membebel banyak sangat. Saya nak minum susu pun tak boleh." Yasmeen masih selamba menggunakan perkataan 'membebel'. Tak ambil peduli dengan nada jauh hati Yaseer. Mengada lebih aje lelaki ini.

Yaseer jeling panas sahaja Yasmeen yang selamba teguk susu di sebelahnya.

"Dah lah. Sana! Abang kan kuat membebel." Yaseer merajuk. Terus dia nak bangun menjauhkan diri daripada Yasmeen. Dan Yasmeen, dia tahu perkara ini akan berlaku. Sebab itu dia rangkul erat lengan Yaseer tadi.

Ha. Pandai tak dia?

Terus Yasmeen rangkul erat lagi lengan Yaseer buat Yaseer terhalang untuk bangun. Dah cuba beberapa kali, tapi dia tetap juga tak boleh nak berganjak dari sisi Yasmeen. Rangkulan Yasmeen kuat sangat. Sampai lengan dia sakit pun, ya juga.

"Haih." Akhirnya, Yaseer mengalah.

Yasmeen senyum kemenangan. Gelas susu yang sudah kosong dia berikan kepada Yaseer. Yaseer pula menyambut tanpa riak.

"Abang sayang." Panggil Yasmeen tapi Yaseer tak menyahut. Hanya duduk sebelah Yasmeen dan pandang dinding.

Yasmeen julingkan mata. Menyampah betul. Dia yang sarat mengandung, orang sebelah ni pula yang terlebih sensitif. Kadang-kadang, musykil juga dia. Siapa yang tengah angkut baby ni?

"Abang." Yasmeen memanggil lagi. Kali ini tangannya bergerak mencantumkan jemari mereka bersama. Bila bercantum sahaja mereka, Yaseer terus genggam erat tangannya. Yasmeen terus tahan senyum.

'Ceh. Nak merajuk tapi nak menggatal juga.' Desis Yasmeen sendiri di dalam hati.

"Abang Yaseer." Yasmeen sekali lagi menyahut. Kepala dia dah sandarkan pada bahu Yaseer. Dan sekali lagi Yasmeen simpan senyum bila rasa berat kepala Yaseer bersandar di kepalanya juga.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now