B89

5.2K 538 36
                                    

DUA MINGGU sudah berlalu, namun masih tiada lagi sebarang respon positif daripada Yasmeen. Yaseer pula makin lama, terasa makin hilang kekuatannya. Dia perlahan-lahan jadi lemah semula. Namun, alhamdulillah lemahnya bukan menangis membuang masa di dalam bilik, kemurungan macam tu. Tapi, kebanyakan masanya menangis di atas tikar sejadah ataupun mana-mana masjid yang dia singgah.

Dalam hilang semangat dan kuat itu, masih lagi dia ingat pada pesan Yusrah serta keluarganya. Allah itu... dia tak akan pernah sia-sia kan doa hamba-hamba-Nya.

Hari ini, hari kelima belas, dan apa yang menyapa Yaseer tatkala pintu wad Yasmeen dibuka adalah tubuh lemah dan tidak bergerak Yasmeen.

Yaseer mengorak langkah masuk ke dalam wad itu dengan senyuman yang sedikit hambar. Dia tahu, walaupun Yasmeen koma, wanita itu dapat tahu bagaimana keadaan sekelilingnya.

"Assalamualaikum, isteri Ahmed Yaseer yang kacak." Yaseer menyapa sebaik sahaja dia labuhkan duduk di atas kerusi yang ada bersebelahan katil Yasmeen.

"Ini... kalau kau terjaga, mesti muka tu dah menyampah dengar ayat aku." Yaseer berborak walaupun dia tahu takkan ada respon dari Yasmeen. Takpelah. Biar hilang sikit rindu Yasmeen pada dia dan biar dia sahaja yang menanggung rindu itu.

Tangan Yasmeen dicapai dan dia elus perlahan.

"Kau tahu... hari ni, ramai sangat pesakit. Tak menang tangan aku tolong Doktor Helmi rawat pesakit. Ini... balik ni... baru aku dapat rehat sekejap." Macam biasa, Yaseer akan berbual tentang rutin hariannya kepada Yasmeen.

Yaseer senyum kecil dan belakang tangan Yasmeen dia kucup lama.

"Kan bagus, kalau Allah bagi keajaiban sekarang. Hilang penat aku tengok kau sambut aku." Nada Yaseer sedikit berbisik ketika menuturkan kata itu. Air mata yang bertakung, cepat-cepat dia tahan. Tak mahu lemah walaupun hakikatnya dia dah terlalu lemah.

Senyuman hambar diukir sebelum dia gelak halus dan berdeham kecil.

"Okay, enough with the sadness." Yaseer pujuk hati sendiri. Pantas sahaja dia kucup belakang tangan Yasmeen sebelum dia berlalu ke tandas. Niatnya hanya satu. Ingin ambil wudhu' yang membolehkan dia menunaikan solat sunat hajat serta membaca Yaasin.

Keluar dari tandas setelah selesai berwudhu', Yaseer pandang Yasmeen lama sebelum dia ambil sejadah dan bentangkannya menghadap kiblat.

"Allahu Akbar!" Penuh berharap dia tika itu. Allah Maha Besar!

Selesai sahaja Yaseer memberi salam, badannya kembali tunduk sujud di atas sejadah. Penuh berharap ketika itu agar Allah menunjukkan kuasa-Nya. Dia sangat mahu Allah kabulkan doanya sekarang. Tidak, hari ini. Namun, kalau tidak dapat pun, syukur tetap dipanjatkan kerana Yasmeen masih lagi diberi nyawa. Nikmat itu pun tak terkira rasanya.

Usai berdoa dalam sujudnya, Yaseer meraup wajahnya perlahan. Nafas ditarik dalam, ditahan sebelum dia lepaskannya perlahan-lahan.

Dari bawah, Yasmeen yang terbaring tidak sedarkan diri itu dipandang.

"Ya Allah... aku mohon pada-Mu." Bisik Yaseer perlahan. Mata ditutup sebelum dibuka kembali.

Tiada apa yang jadi. Yasmeen tak sedar lagi. Tak mengapa. Esok masih ada lagi peluang. Syukur.

Sejadah dilipat sebelum dia sangkutkannya di kerusi. Buku Yaasin diambil dan dibuka. Perlahan-lahan, rutin hariannya sejak dua minggu lalu dimulai dengan tenang.

'Ya Allah...'

KUN FAYAKUN. Kun fayakun. Yasmeen yang dikelilingi dengan Doktor Faiz dan beberapa orang nurse dia pandang. Bibir bawah digigit tidak mahu melepaskan senyuman lebarnya. Mata pula tidak lepas memamdang Yasmeen yang hanya menurut arahan Doktor Faiz dengan lemah di atas katil sana.

Tangan dinaik meraup wajah dengan penuh syukur. Alhamdulillah, Yasmeen dah sedar.

Memang kuasa Allah itu kita tak boleh jangka! Tadi, sewaktu dia sedang membaca Yaasin, bila sampai pad ayat kedua terakhir sebelum perkataan 'Kun Fayakun', dia doa supaya Allah sedarkan Yasmeen. Allah tunjukkan kekuasaan-Nya. Dan sudah itu, dia sempurnakan bacaannya dengan penuh yakin yang Allah akan kabulkan doanya. Allah akan bantu dia.

Bacaan doa kemudiannya bermula dan bila dia selesai meraup wajah sebaik sahaja doa habis dibaca, apa yang dia nampak bila pandang Yasmeen adalah mata lemah Yasmeen yang memandang ke arahnya. Ingatkan khayalan tapi bila jari-jemari Yasmeen bergerak perlahan, tahulah dia ini relaiti. Bukan khayalan mahupun mimpinya.

Yasmeen yang mulai tersenyum lemah itu dia pandang. Ya Allah. Sungguh dia sangat rindu untuk melihat senyuman itu. Tanpa dapat ditahan, bibir Yaseer turut menarik senyum. Senyum lebar. Boleh nampak dia gembira dan bahagia sekarang.

Senyum makin lebar bila dia nampak sepasang mata berkilau Yasmeen memandangnya terus ke dalam mata. Oh, sungguh dia dapat rasa perutnya mengecut kegelian sekarang.

Dia jatuh cinta! Lagi dan lagi!

Dipandang pula pada Doktor Faiz. Dan tika itu, dia perasan senyum hambar Doktor Faiz. Tapi, dia malas mahu fikir pasal senyum Doktor Faiz. Yang dia mahu fikir, mahu simpulkan, mahu lihat adalah senyuman Yasmeen.

Senyuman Yasmeen. Mata Yasmeen. Tawa Yasmeen. Itu yang penting. Sepenting Yasmeen.

'Terima kasih, Allah!'

PINTU bilik wad dikuak perlahan. Bukaan sedikit pintu wad itu membolehkan Yaseer mendengar keriuhan di dalam wad yang diduduki Yasmeen itu. Namun, keriuhan itu bagakkan suara angin lalu sahaja di telinganya.

Kaki menapak penuh lambat, penuh lemah. Begitu juga dengan pandangan yang dia halakan pada semua orang yang ada di dalam bilik wad itu.

Puan Zulin. Puan Yusnita. Encik Yusuf. Laila. Nuqman. Yusrah. Yatee. Yameen. Dan... Yasmeen.

Yaseer pandang kosong wajah Yasmeen yang sedang bergelak ketawa dengan yang lain. Senyuman itu berseri, macam biasa. Tapi sekarang, ia tak nampak berseri pada pandangan Yaseer.

Tepukan di bahu buat Yaseer menoleh memandang belakang. Encik Zulkifli hanya senyum dan mengangguk kecik serta mengusap bahunya lembut, cuba untuk memberi kekuatan.

Yaseer ketap gigi. Air mata yang nak jatuh dia seka cepat. Sungguh... ini menghibakannya.

Kaki dilangkah sepenuhnya. Dan bila seisi bilik perasan akan kehadirannya, langkah Yaseer mati terus. Mata terpaku pada Yasmeen yang sedang senyum lebar ke arahnya sambil melambai kecil.

Yaseer senyum hambar.

"Ahmed Yaseer!"

"Alhamdulillah, isteri encik dah sedar. Tapi..."

"Nura Yasmeen." Ucap Yaseer lemah.

Yasmeen senyum makin lebar.

"Aku rindu kau, my best frienemy!"

"She's back to seventeen when we ask her back then."

Semua ini... ada hikmah kan?

*Asal author ni? Depression ke? Hahahaha

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now