Janji 1

92 4 0
                                    

Apakah perasaan seseorang seperti aku yang bakal kehilangan orang yang bermakna? Sedih? Aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku tahu, aku tak kuat hadapinya. Jadi, boleh tak kita buat perjanjian? Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku.

Kau dah janji. Tepati janji kau. Aku akan sentiasa sokong kau. Asalkan kau sihat dan mampu jaga janji kita, itu sudah cukup untuk aku. Tolong kuatkan diri kau, demi janji kita.

"Luqman. Bila kau nak sihat ni? Aku rindukan kaulah."kejut Khadijah yang melihat luqman terbaring di atas katil di sebuah wad hospital. Tiada jawapan daripada luqman. Luluh hatinya melihat kawan baiknya sebegitu. Air mata khadijah hampir mengalir tetapi dikesatnya secepat mungkin. Khadijah mesti kuat tak kira dimana sekalipun kerana luqman tak suka melihat khadijah menangis ataupun sakit.

"Janji dengan aku, jangan pernah menangis kalau aku dah tak ada."pesan luqman pada khadijah sebelum luqman koma. Pesanan yang diberi, khadijah ingat sampai sekarang. Apa yang dia tahu, dia perlu kuat. Dia yakin luqman takkan tinggalkannya sendiri. Luqman sudah sepakat kotakan janjinya. Apa yang dia buat hanyalah menanti keajaiban bakal berlaku.

Pintu bilik wad dikuak. Sebelum pergi, sempat lagi khadijah berbisik di telinga luqman.

"Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku."dia tersenyum kelat. Apakan daya, air mata yang di tahan mengalir jua. Luqman, kau tak lupa janji kita kan? Tolong luqman.

Laju khadijah berjalan meninggalkan wad tersebut. Susah untuk dia bertahan. "Aku tak kuat luqman" perkataan yang sering diucap olehnya. Hanya tangisan sahaja meneman saat duka dan laranya. Selain itu, tiada lagi.

"Ya Allah aku tak kuat. Mengapa dia yang harus engkau uji? Mengapa bukan aku? Aku sanggup terima semuanya asalkan dia tidak meninggalkan aku."jeritnya di dalam hati. Dengan bersandaran dinding dan orang di sekeliling melihat, khadijah meratapi ujian yang diterima.

Perlahan lahan khadijah membangunkan diri untuk berjalan meninggalkan hospital tersebut.

Apabila teksi berdekatan dengan hospital tersebut sampai, khadijah memasuki dirinya ke dalam perut teksi tersebut. Matanya sembap. Dirinya seperti tidak terurus. Hanya kerana luqman dia jadi sebegini.

"Cik nak pergi mana?"Tanya pemandu tersebut sebelum bergerak.

"Kampung melayu"jawabnya sepatah. Dia penat. Dia mahu rehat. Apa yang sentiasa berada di fikiran ialah luqman. Biarpun esok khadijah bersekolah tapi dia sanggup bersusah payah datang menjenguk luqman. Kalau boleh dia mahu menjenguknya setiap hari.

Setelah berberapa minit berlalu, akhirnya khadijah sampai di hadapan rumahnya. Duit tambang dibayar lalu dia keluar daripada teksi tersebut. Tidak lupa juga, khadijah sempat mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut. Pintu pagar rumahnya dibuka. Kunci di dalam beg sandang dicari. Pintu rumahnya di buka dan dia laju memasukinya. Seperti menjadi kebiasaan baginya, rumah tiada sesiapa. Kakaknya sibuk berkerja. Ibu bapanya berada di bandar tetapi khadijah tidak mahu menetap bersama orang tuanya.

Dalam umur 15 tahun ini, khadijah mampu berdikari tanpa ibu bapanya. Tekad keputusan khadijah untuk menetap di sini sehingga dia habis bersekolah. Kerana dia tahu, dia akan berjauhan dari luqman. Dia tidak mahu kerana takut takut luqman mencarinya selepas sedar dari koma.

Khadijah merehatkan dirinya di atas sebuah sofa. Dia terlena di buai mimpi. Perasaannya yang bercampur baur diharap akan menghilang.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Janji💕💕Where stories live. Discover now