Janji 3

17 0 0
                                    

Tangisan? Aku sendiri sudah terlupa. Cinta? Perkataan yang sudah lama terkubur dalam hati aku.
Rindu? Aku tak dapat ungkapkan betapa rindunya aku pada kau.
Janji? Cinta kau sudah jauh bersama Ilahi.

Ingatan aku masih segar apabila terkenang kau. Bertahun aku mencari pengganti kau tetapi tiada siapa yang serupa dengan kau wahai khadijah.

Gambar khadijah bersamanya menjadi tatapan.

"Luqman. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau tak sayangkan diri kau ke?" Khadijah dihadapan ditatapnya. Ya Allah rindunya dia terhadap wajah itu.

"Aku rindukan kau Khadijah. Aku cuba cari pengganti kau tapi susah Khadijah. Susah!! Takde siapapun dapat gantikan kau." Air mata luqman mengalir laju.

"Tak. Kau salah luqman."

"Jangan cari cinta melalui aku. Cari cinta melalui keikhlasan hati kau terhadap Dia. Aku percaya cinta Dia wujud di hati kau. Melalui cinta Dia, kau akan berjumpa seseorang yang di nanti."

Luqman terjaga dari tidurnya. Mimpi itu seolah olah realiti buatnya. Cepat cepat luqman membangunkan diri dan mengambil wuduk.
.
.
.
.
.
.
.
.
Perkataan yang diucap khadijah terlintas di kepala.

" Tak mudah untuk aku khadijah." Dia menghela nafas panjang. Sejadah yang masih terbentang di tatapnya. Apa lagi yang perlu dia buat. Hatinya tetap tidak dapat melupakan khadijah. Sukar dan perit. Beban yang dia tanggung kini lebih berat.
.
.
.
.
.

"Cinta itu mudah Kan?" Luqman terdiam. Khadijah tersenyum kecil memandangnya.

"Apa maksud kau? Mudah apanya? Susahlah.."

"Mudah sebab...manusia selalu ucap dan rasa. Tapi, diaorang tak tahu cinta yang paling mudah adalah sewaktu kita sujud padaNya."  Luqman semakin keliru. Khadijah Di sebelahnya ditatap pelik. Apa yang dikatakan khadijah menjadi tanda tanya.

Luqman tersentak dari lamunannya.

"Kau memang kan. Suka buat aku tertanya. Tapi, pada akhirnya kau tetap suruh aku cari Dia." Luqman tersenyum kecil. Rambutnya dielus lembut.
.
.
.
.
.
.
.
.
Matanya memandang Al- Quran di atas meja. Dadanya seolah olah terasa sebak. Sudah berapa lama dia tidak membukanya? Fikirnya sambil ketawa. Kalau dahulu tidak pernah sekalipun dia meninggalkan kitab suci tersebut.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
             Surah Al Baqarah ayat 286

Maksud surah tersebut memberi kesan di hati Luqman. Entah mengapa dia teringat akan kata kata khadijah dahulu. Sama. Ayat itulah yang sering diucap khadijah sewaktu dia sakit. Dia ketawa kecil. Air matanya mula membasahi pipi.

"Allah..."
.
.
.
.
.
.

Selesai sahaja solat isyak berjemaah, luqman bersalam dengan para jemaah surau. Kakinya laju sahaja melangkah keluar dari surau. Seliparnya dicari. Namun, satu kelibat wanita menjadi tumpuannya. Hatinya berdebar. Seolah olah dia bertemu khadijah.

Wanita bersarungkan telekung di hadapannya ditatap. Air matanya mula mengalir.

"Assalammualaikum....khadijah.." panggilnya. Air matanya mula membasahi. Wanita tersebut menoleh memandangnya.

Tersentak luqman melihat muka gadis itu. Persis khadijah. Dia tersenyum memandang gadis tersebut.

"Waalaikumsalam...Encik panggil saya ke?" Tanya wanita itu. Luqman diam membatu. Tidak dapat dia gambarkan betapa gembiranya dia dapat melihat gadis tersebut. Dia sendiri tidak tahu mahu berkata apa.

"Maaf...saya salah orang. Nama cik apa?" Soal luqman sambil mengesat air matanya.

"Ainul mardhiyah." Ucapnya lalu berlalu pergi.
.
.
.
.
.
.
.
Gadis berbaju putih dan berpurdah itu ditatapnya. Senyuman di bibir mulai terukir. Alhamdulillah ya Allah. Kau pertemukan aku dengan dia. Cukuplah permata indah ini kau hadiahkan untuk aku. Sesungguhnya tiada apa lagi aku inginkan selain membimbingnya ke syurgamu.

Dahi wanita itu dikucup lembut. Hatinya mula terasa sebak apabila melihat bayangan khadijah tersenyum manis di hadapannya.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku tahu luqman...kau boleh teruskan janji kita tanpa aku. Kau dah jumpa dia....terima kasih Allah."

                         "Khadijah, kau ingat lagi tak? Janji janji kita? Kau janji nak kahwin dengan Aku...tapi aku rasa janji kita terhenti di situ. Aku harap kau mampu jadi bidadari syurga di sisi Allah. Kau doakan Aku ye."










You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Janji💕💕Where stories live. Discover now