Janji 2

24 1 0
                                    

Haniq berjalan menuju ke tingkat atas. Sekarang ini dia ada perhitungan! Tak kiralah apa yang terjadi, asalkan Anisa tidak terjebak dengan lelaki macam Khai. Sejak semalam lagi dia menahan amarahnya.

"Kelas Khairul Iman mana?" Tanya Haniq pada seorang lelaki yang sedang bersidai di bangunan sekolah. Budak lelaki tersebut terus menunjukkan arah kelas hujung di tingkat 3.

"Terima kasih." Dia terus beralih arah menuju ke kelas yang ditunjuk oleh budak lelaki itu.

Dia melihat nama kelas tersebut. 4AP. Makin tersenyum girang dia. Tak sangka pandai juga budak lelaki yang bernama Khairul Iman ni. Tanpa ragu dan salam, dia terus memasuki kelas tersebut yang hanya tinggal beberapa lelaki sahaja.

"Siapa Khairul Iman?" Tanyanya sambil memandang tepat pada lelaki tinggi dan putih itu. Bukan dia tidak tahu yang mana satu. Sebut sahaja muka, ketinggian mahupun bentuk badan, dia pasti dapat kenal.

"Aku. Kenapa Abang pengawas?" Jawab Khai selamba. Inilah yang dinantikan oleh Khai selama ini. Tak sangka pun ada.

"Apa masalah kau!!! Kau fikir, Aku tak tahu niat kau?" Tangan Haniq sudah mula menggengam keras kolar baju Khai. Banyak tangan yang cuba menghalang perbuatan Haniq tetapi tidak dapat.

"Aku buat apa?"

"Jangan buat buat bodoh. Dengar sini eh, sekali lagi aku nampak kau ganggu atau cuba permainkan Anisa, engkau memang nahas." Genggaman Haniq mula di lepaskan. Bulat mata Haniq memandang Khai di hadapannya. Dia terus melangkah keluar.

"Kalau aku kata tak nak?" Langkah Haniq terhenti tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Khai. Laju sahaja Haniq menoleh berhadapan semula dengan Khai. Dipandangnya dari atas sampai bawah.

"Kau fikir aku takut?" Bisik Khai sekali lagi. Senyuman sinis dilemparkan kepada Haniq. Nafas Haniq naik turun ketika ini. Entah kenapa ini seakan akan mempermainkan amarannya.

Tangan Haniq mengenggam kuat kolar baju Khai." Bila hal ni ada kaitan dengan Anisa, aku tak pernah cakap kosong." Genggaman itu mula terlerai. Haniq meninggalkan Khai yang masih lagi panas.

"Dahlah Khai. Aku dah kata jangan cari pasal dengan budak perempuan tu kan. Kalau ye pun nak mainkan tengok tengokla." Mata Khai membulat mendengar nasihat yang diberi oleh Rian itu. Orang tengah sakit hati boleh pula nasihat.

"Aku takkan lepaskan mamat tu. Sayang sangat dengan awek dia kan." Desis Khai dengan geramnya.

🌻🌻🌻🌻🌻

Jam di tangan dilihatnya.Berapa lama lagilah dia kena menunggu Anisa bersiap. Orang nak pergi tuisyen bukannya shopping mall. Naik kejung kakinya berdiri lama di hadapan pagar ni.

"Sorry Haniq. Perut aku meragamlah." Ucap Anisa yang baru sahaja keluar dari pintu rumah.  Sempat lagi diamembetulkan tudung bawalnya.

"Hmm cepatlah. Kang aku suruh kau jalan sendiri, banyaklah alasan kau. Takutlah apalah."

"Memanglah takut. Aku kan anak dara. Cantik dan manis pula tu." Puji Anisa sambil tersenyum sendiri. Bebola mata Haniq sudah mula dinaik keatas. Kembang tekaknya adalah.

"Lalu shortcut nak tak? " Tanya Anisa memandang Haniq.

"Bahaya."

Anisa melepaskan keluhan berat. Apa yang bahayanya? Lalu terus ikut taman lepastu sampai kat rumah Cikgu Hasmah.

"Jomlah. Jauh lalu jalan utama ni. Aku penat tau tak?" Pujuk Anisa dengan memuncungkan bibirnya. Sengaja mahu menguji Haniq. Terpedaya atau tidak?

"Haihh gelaplah. Dahlah ada banyak pokok. Kau tak takut kalau kalau ada benda bertenggek?" Soalnya. Macamlah dia tidak tahu Anisa ni penakut orangnya. Perasan berani konon.

Janji💕💕Where stories live. Discover now