Janji 2

34 0 0
                                    

Setelah janji itu sudah tiada, apa lagi yang harus dilakukan selain meneruskan hidup. Tetapi, sampai sekarang diri ini percaya bahawa janji tidak dapat dimungkiri.

Untuk beberapa tahun akan datang hati ini tetap berjanji bahawa Aku tiada siapa siapa lagi, Aku cuma ada kau. Jadi, tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku. Sampai sekarang aku akan menunggu penantian tersebut walaupun bertahun.

"Iqbal? Aku suka kau!" Pengakuan berani mati Anisa ditolak mentah mentah oleh Iqbal. Sakit hati? Sudah semestinya. Malu pun ada meh. Tapi dia tetap tidak mengalah kerana ini adalah perjuangannya.

"Oiii dah dahlah tu. Sampai bila kau nak harapkan cinta Iqbal tu. Tak penat ke apa?" Tanya Haniq sambil menjeling Anisa yang sedang ralit memandang Iqbal dari jauh. Naik menyampah pun ada.

"Seribu tahun pun aku takkan penat." Balas Anisa selamba sambil memasukkan roti coklat ke dalam mulutnya. Haniq yang berada di sebelahnya juga penat melihat perangai tak senonoh Anisa. Tak ada rupa anak dara langsung! Rupa beruk ganas adalah.

"Makan tu proper la sikit. Bukan Iqbal je mungkin reject kau, aku sendiri tak hingin." Anisa memandang tajam Haniq di sebelahnya. Mulutnya masih penuh dengan roti yang disumbat terus. Masya Allah buruk rupanya!!

"Siapa je nak kau? Perasan." Ucap Anisa membebel panjang lebar tetapi satu apa pun tidak difahamnya.

"Wei, belikan aku air kotak boleh tak? Tercekik ni." Haniq mengeluh panjang bergerak menuju ke koperasi sekolah. Anisa masih lagi ralit melihat Iqbal yang sedang bertugas di situ. Bukan nak tersenyum saja, nak terkentut pun ada. Haihh manisnya yini cinta.

Sekumpulan lelaki menengah atas berjalan di hadapannya sambil ketawa terbahak bahak. Kacau line brader. Tak nampak crush ni.

"Wei kau tengok minah tu. Tak habis habis usya Iqbal. Muka dahlah tak senonoh ada hati nak usya Iqbal."

"Dia kena friend zone la." Ucap seorang lelaki sambil mereka tergelak riang.

"Balik cermin muka!" Perli seorang lelaki dari kumpulan tersebut. Panas sahaja telinga Anisa mendengar tohmahan tohmahan tersebut.

Tetapi apabila dia terfikirkan balik, ada betulnya apa yang dikatakan oleh sekumpulan lelaki itu. Bukan sahaja Iqbal, semua lelaki mungkin akan lari sekiranya melihat dia.

"Abaikan jelah apa diaorang semua cakap. Jangan ambil hati tahu tak?" Jerit Haniq dari jauh sambil memerhatikan tingkah laku Anisa yang sudah merendah diri.

"Nah." Haniq menghulurkan air kotak kegemaran Anisa iaitu Orange. Sedikit sebanyak senyuman Anisa semakin kelihatan.

"Minum cepat. Jangan sampai aku tangkap kau lambat masuk kelas sudah. Ni dah cukup baik aku bagi chance." Pesan Haniq selaku pengawas sekolah. Terselah dua batang gigi arnab milik Haniq apabila melihat Anisa tersenyum.

Kelibat Haniq hilang dari pandangan Anisa. Sesungguhnya dia teramat gembira mempunyai kawan baik seperti Haniq walaupun berbeza umur. Kadang kadang dia sering terfikir apa yang akan terjadi sekiranya Haniq tamat sekolah dan meninggalkkannya.

Jurang umur sudahlah 3 tahun. Dia form 2 manakala Haniq form 4. Haihhh kusut kepalanya memikirkannya. Siapa nak cover dia kalau lambat datang sekolah?

Kring!!!

Loceng sudah berbunyi dan pengumuman sudah mula dibuat. Sudah tiba masanya dia perlu masuk ke kelas.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻

"Bila kau nak balik ni!! Cepatlah Haniq!" Rungut Anisa sambil menunggu di bawah pondok bas. Sudah hampir 30 minit dia menunggu kedatangan Haniq tetapi tidak muncul muncul juga.

Janji💕💕Where stories live. Discover now