Bab 99- Kaki Berbulu

1.8K 36 0
                                    

  Dalam irama pembacaan ayat-ayat suci itu, saya terdengar bunyi orang menumbuk padi dan berpantun. Terdengar kokok ayam dan hidung saya terbau nasi dan bau gulai. Saya dapati diri saya bagaikan berada di tengah-tengah sebuah perkampungan yang jumlah penghuninya bukan sedikit. Para penduduk sentiasa sibuk dan rajin berusaha. Taat pada perintah Allah. Semua yang saya rasakan itu tidak dapat saya lihat dengan mata kasar.
"Beberapa orang anak-anak cucu aku patah kaki dan tangan dan luka akibat perbuatan orang-orang yang kau ajak berjudi di sini", tambah Agam.
Sebaik sahaja Agam selesai bercakap terdengar suara budak-budak menangis menahan kesakitan.
"Kamu sihir aku", bantah Amjal Kamal.
"Tidak, kami makhluk Allah seperti kamu, kami minta sesuatu dari Allah", suara Agam lemah.
"Bohong", sergah Amjal Kamal.
"Ya, aku buktikan lihat sekarang", Agam meluruskan jari telunjuknya ke sebelah kanan.
"Ajaib sungguh", keluh saya dalam hati. Najib tidak berkata apa-apa. Amjal Kamal bagaikan terpegun melihat apa yang wujud di depan matanya. Semuanya terjadi tanpa diduga. Saya gosok kelopak mata dua tiga kali hingga terasa pedih. Bagaikan mimpi rasanya, melihat sebuah perkampungan yang besar, lengkap dengan masjid dan rumah yang bentuknya seperti rumah orang-orang Melayu, berdinding tepas dan beratapkan rumbia. Keliling kawasan rumah terdapat pokok pisang, cabai dan terung. Binatang ternakan seperti ayam, itik dan kerbau.
Para penghuni kampung tersebut, kebanyakannya berkulit cerah. Sama ada lelaki atau perempuan, bentuk tubuh mereka tetap besar dan tinggi. Sukar untuk mencari yang rendah. Pada hemat saya, rata-rata mereka berukuran sekitar lima kaki sepuluh inci atau lebih. Mereka nampak ramah sekali. Kanak-kanak yang berusia sekitar enam tahun, berkumpul di surau belajar membaca Quran. Mereka juga belajar hukum-hukum agama secara terperinci dari seorang lelaki yang berjubah hitam.
Hampir semua orang lelaki memakai jubah warna putih bersih, ada juga yang memakai serban dan songkok dibuat dari kain putih. Semua orang perempuan di perkampungan tersebut memakai mini telekung putih. Baju dan kain juga dari kain putih. Suasana sekitar kampung terasa damai. Semuanya kelihatan bersih, setiap halaman rumah sukar untuk mencari daun. Orang-orang tua duduk di anjung rumah membaca Quran atau berkasidah memuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.
"Ini perkampungan, Islam", demikian hati kecil saya membuat kesimpulan. Saya segera bangun.
"Nak ke mana Tamar?" Najib terkejut.
"Aku nak masuk ke kampung tu, aku nak berkenalan dengan orang-orangnya", jelas saya.
"Jangan", Najib segera memaut tangan kanan saya.
"Kenapa?"
"Boleh jadi apa yang kita lihat tu, hanya bayangan saja. Kau mesti ingat kita berada dalam hutan. Dalam hutan begini macam-macam boleh jadi", Najib mengingatkan saya.
"Ah, aku nak pergi", saya membuat keputusan yang amat nekad. Saya cuba melangkah, tiba-tiba sahaja pangkal paha sebelah kanan saya terasa sakit. Kedua-dua belah bahu saya seperti dihempap dengan benda berat. Saya tidak terdaya berdiri dan terus jatuh. Apa yang saya alami, tidak mematahkan niat saya untuk pergi ke tempat tersebut. Makin berkobar-kobar semangat saya mahu pergi ke kampung tersebut, makin hebat sakit di pangkal paha kanan saya.
Bila saya membatalkan niat tersebut. Semua sakit yang saya deritai terus hilang. Perasaan saya terasa lapang dan lega. Jadi, saya mengambil keputusan melupakan terus hasrat yang bersarang dalam dada. Bila melihat saya pulih, Najib mengucapkan syukur pada Allah beberapa kali. Dia mengajak saya pulang. Ajakannya itu saya bantah terus, Najib terpaksa tunduk pada kemahuan saya.
"Kita tengok apa yang akan terjadi selanjutnya, Najib."
"Merbahaya, Tamar."
"Kita cuma tengok saja, bukan nak buat apa-apa."
"OK, aku mengikut saja."
"Bagus", bahu kanan Najib saya tepuk beberapa kali. Saya dongakkan kepala ke langit. Matahari sudah beransur condong. Berpandukan pada kedudukan matahari di langit, saya kira waktu itu dah hampir pukul empat petang. Tetapi, saya tidak merasa jemu atau bosan berdepan dengan peristiwa yang pada tanggapan saya amat menyeronokkan. Dan jarang-jarang pula terjadi.
"Apa yang kamu ingini, sudah aku buktikan. Aku tidak berbohong dengan kamu. Aku bercakap sesuatu yang benar", terdengar suara Agam cukup lantang. Saya dan Najib tumpukan perhatian pada dirinya dan Amjal Kamal.
"Kamu tak puas hati lagi?", tanya Agam.
"Hum...", suara Amjal Kamal mendengus macam orang marah.
HILANG
Perkampungan di tengah hutan itu terus hilang. Kawasan tersebut segera ditumbuhi pokok-pokok kecil seperti pokok paku, pokok senduduk dan rumput-rampai yang menjalar menutup bumi. Kawasan yang ditumbuhi pokok kecil itu cukup luas.
Di kiri kanan kawasan tersebut dipagari dengan pokok-pokok besar yang digayuti dengan akar, tempat monyet bergantung atau melompat. Amjal Kamal menolak kenyataan yang wujud di depan matanya. Dendamnya belum berakhir. Dia berusaha untuk memusnahkan Agam yang pada hematnya cuba mencabar kebolehan dan kehandalan dirinya, cuba
menghalang segala cita-citanya. Amjal Kamal mengeluarkan seketul batu kecil dari saku seluar sebelah kanannya. Batu kecil itu diletakkan atas telapak tangannya.
Amjal Kamal hembus batu itu tiga kali berturut-turut. Beberapa detik kemudian terdengar bunyi deru angin yang kuat. Ribut besar pun berlaku di sekitar kawasan tersebut. Dahan pokok terus patah malah ada pokok tumbang. Saya dan Najib segera memeluk pokok di depan. Andainya kami tidak memeluk pokok besar kemungkinan tubuh kami akan diterbangkan oleh angin. Walaupun ada pokok yang tumbang tetapi, Agam tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
Setengah jam kemudian, ribut besar yang menggila itu terus berhenti. Agam masih berada di tempatnya tetapi, Amjal Kamal terus hilang entah ke mana. Saya terdengar suara ganjil dari sebelah kiri. Saya amati suara tersebut dan saya pasti suara itu adalah suara beruang.
Ramalan saya tidak tepat. Itu bukan suara beruang tetapi, suara Amjal Kamal yang sudah berubah wajah dan bentuk. Seluruh wajahnya ditumbuhi bulu tebal yang berwarna kemerah-merahan. Begitu juga dengan rambutnya. Sepasang mata Amjal Kamal bertukar jadi macam mata harimau dan bahagian mulut bertukar bentuk seperti mulut orang hutan. Sepasang kakinya berbulu hitam. Bahagian badannya berbelang macam belang harimau.
Sepasang tangannya memiliki kuku, seperti kuku harimau. Amjal Kamal yang berubah rupa itu terus melompat, kedua belah tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan. Mencakar dan mematah apa sahaja yang tersentuh oleh tangannya.
Agam segera memanggil nama saya. Tanpa membuang masa saya terus mendekatinya. Badan saya terus berpeluh. Macam-macam yang datang dalam fikiran saya.
"Kamu berubah dari situ, orang ini terlalu akrab dengan syaitan dan boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan setiap orang yang percayakan kewujudan Allah", itu perintah Agam.
"Baiklah", balas saya.
"Sekarang pindah", Agam mengamati saya.
"Pindah ke tempat Iain Jib."
"Pindah ke mana Tamar?", tanya Najlb.
"Sebelah sana, kita berlindung balik pokok kempas besar."
"Baiklah", sahut Najib. Kami pun berubah tempat. Saya gembira tempat yang saya pilih terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Pokok kempas yang saya pilih sebagai tempat berlindung cukup besar. Kawasan di bahagian perdunya bersih dan lapang. Mudah untuk melihat gerak-geri Agam dan Amjal Kamal. Dari perdu kempas saya lihat Amjal Kamal mendekati Agam yang berdiri tegap. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Tak usahlah bergaduh, tinggalkan saja tempat ini. Itu saya permintaan aku. Bermusuh bukanlah tujuan hidup aku", Agam berusaha menenangkan perasaan Amjal Kamal. Sayang, Amjal Kamal yang sudah bertukar rupa itu tidak dapat berkata-kata. Setiap kali Agam bersuara dia akan mencabut anak-anak pokok yang berdekatan.
Amjal Kamal menerpa ke arah Agam. Dengan tenang Agam menantinya. Kedua belah bibir Agam kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Ketika Amjal Kamal mahu mencakar mukanya, Agam segera menegakkan ibu jari kirinya.
Saya terkejut bila melihat Amjal Kamal jatuh dengan tiba-tlba. Dia berguling-guling atas tanah. Amjal Kamal bertempik dengan sekuat hatinya. Seluruh bulu yang melekat di tubuh Amjal Kamal gugur dengan sendirinya dan akhirnya terus hilang. Tubuh Amjal Kamal kembali dalam bentuk biasa. Terkapar di bumi, tidak terdaya mahu menggerakkan tangan dan kaki.
Dalam keadaan hati saya yang cemas dan takut itu saya lihat empat orang lelaki muncul di kiri kanan Agam. Keempat-empat lelaki itu segera mengangkat Amjal Kamal lalu diletakkan di pangkal pokok jelutung. Tubuh Amjal Kamal lalu ditutup dengan daun pisang. Empat lelaki yang mengusung Amjal Kamal terus ghaib.
"Ke mari Tamar", perintah Agam. Saya dan Najib segera mendekatinya.
"Jangan apa-apakan kami", saya merayu.
"Aku tidak akan apa apakan kamu berdua, kamu datang sekadar mahu melihat bukannya bermaksud jahat."
"Kalau begitu biarlah kami balik dulu", Najib merayu.
"Nanti dulu, aku nak bercerita pada kamu tentang Amjal Kamal", kata Agam. Serentak saya dan Najib anggukkan kepala.
Agam pun bercerita. Memang sudah lama dia berusaha mengusir Amjal Kamal dan kuncu kuncunya yang membuka gelanggang sabung ayam ditempat tersebut. Cara yang dlilakukan oleh Agam ialah dengan melepaskan kerbau clan kambing setiap kali perjudian itu diadakan.
Kadang-kadang dia sendiri memunculkan diri dalam bentuk manusia yang bertubuh besar dan hitam legam. Tetapi semua yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan. Amjal Kamal cukup keras kepala.
SEPIT
Bila sudah tersepit, Amjal Kamal akan menggunakan ilmu kebatinan yang dituntutnya dari orang-orang yang melakukan pertapaan di kaki gunung Hlmalaya. Memang datuk nenek Amjal Kamal berasal dan Nepal. Ayahnya dulu berkhidmat dalam Tentera British di cawangan Pasukan Gurkha.
Dalam masa darurat sekitar 1948, pasukan yang dianggotai oleh ayahnya ditempatkan di bandar Sungai Petani, Kedah. Dengan kehendak Allah, ayahnya bertemu jodoh dengan perempuan rakyat Malaya berketurunan Bangladesh. Ayahnya memeluk Islam lalu memilih nama Abdul Kamal.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 7 ) (COMPLETE)Where stories live. Discover now