🍁41

4.6K 271 131
                                    

Tasneem yang sedang menangis ditarik ke dalam pelukannya. Rambur Tasneem diusap lembut.

"Terima kasih , abang sebab setia melayan karenah Maira yang selalu menyusahkan abang. Maira tak sangka abang sanggup tunggu seharian semata-mata nak dapatkan tiket ni untuk Maira." Wajahnya disembamkan pada dada Adam.

Adam tersenyum. Kalau dah mengamuk macam tu siapa aje yang berani abaikan permintaan dia.

"Sama-sama,sayang. Ini kewajipan abang memenuhi segala permintaan isteri abang."

"Kebaikan apalah yang Maira dah buat sampaikan Maira dah dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang macam abang. Maira bersyukur." ujar Tasneem dengan penuh kesyukuran.

Adam ketawa kecil.

"kalau abang tak belikan tiket tu, tak rasa bertuah la?" duga Adam.

PAP!

Lengannya ditampar oleh Tasneem.

"Apa abang cakap macam tu? Jahatlah abang ni! Abang tak belikan pun Maira rasa bertuah sebab abang tak pernah jemu layan Maira." terbit senyuman kecil di bibirnya.

"Betul ke? Kalau macam tu, abang jual baliklah tiket tu, Humaira tak marah kan?" usik Adam cuba menguji isterinya.

Tidak semena-mena dia mendapat renungan tajam daripada Tasneem. Adam ketawa.

"Amboi marah betul eh? Abang gurau je. Nanti kita pergi sama-sama ya?" pipi Tasneem dicubit lembut.

Tasneem mengangguk gembira.



                            •••••••

Rayyan merenung dua keping tiket Burn The Stage The Movie yang dia tak sengaja beli semalam.

Dia mengeluh. Nak buat apa dengan tiket tu? Nak jual balik siapa je yang nak.

Tiba-tiba terbit satu senyuman kecil di bibirnya. Seseorang sedang bermain di fikirannya.

Telefon bimbitnya dicapai.

"apahal kau?"

Dengar suara dia pun dah gerun inikan pula nak berdepan dengan dia.

Rayyan menelan liur.

"boleh tak kita jumpa waktu lunch sekejap lagi? Aku ada halㅡ"

"aku tak ada apa nak dibincangkan dengan kau!"

"Please? Sekejap je. Aku belanja kau makan. Ini betul-betul penting." rayu Rayyan.

Dia terdengar keluhan di hujung talian.

"Yela. Jumpa tengahari nanti."

Panggilan terus dimatikan. Rayyan tersenyum lebar.

"YES!" Soraknya teruja.







Tepat jam 12.30 tengahari, Rayyan sudah terpacak di sebuah restoran berhampiran bangunan JK Holding. Bukan Jung Kook Holding ya, tapi Jaya Keusahawanan Holding.

Dia menunggu kedatangan seseorang yang dihubungi pagi tadi.

Hatinya berdebar, rasa seperti dia menghadiri temu janji buta pula.

"Apahal kau nak jumpa aku ni?" soalnya dingin kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Rayyan.

Amboi! Bagusnya adab dia~ Salam apa pun tak terus terjah.

"Kau pesanlah apa yang kau nak, aku belanja." Rayyan tersengih sumbing.

"Aku tak ada selera. Cepatlah cakap apa kau nak cakap." dia berpeluk tubuh sambil merenung Rayyan.

"kau pergi tengok Burn The Stage?" soalan yang sudah lama tersimpan akhirnya keluar dari mulutnya.

"Tak. Tiket habis. Kau apahal tiba-tiba je tanya?" keningnya terangkat.

Rayyan menolak dua keping tiket Burn The Stage di atas meja.

"Khaira, sudi tak kau pergi tengok movie ni dengan aku?" takut-takut dia memandang mata Khaira.

Gadis itu masih lagi memandangnya tajam.

Keadaan menjadi sunyi. Rayyan hanya mampu menunduk. Malu! Nak ajak date tapi kena reject mentah-mentah.

"Seriuslah Rayyan?! Kau belanja aku tiket Burn The Stage?! Bapak ah! Kau memang terbaik ah Rayyan! Gila kau tak nak!! Mestilah aku nak!" kata Khaira dengan teruja.

Tiket itu diambil dan ditenungnya sambil tersenyum.

Rayyan menggaru kepalanya yang tak gatal. Syukurlah Khaira mahu.

"Err kau tak nak pesan makanan ke?" soal Rayyan.

"Nak! Bro, kueytiaw tomyam satu. Kurang pedas eh! Teh ais satu!" pekik Khaira.

Merah muka Rayyan menahan malu apabila orang di sekeliling memerhatikannya.

Takpe la, asalkan Khaira bahagia aku pun bahagia. Getus hatinya.






                             ••••••••••

Syafiq tersenyum apabila seseorang keluar dari bangunan Mega Holding. Gadis itu masuk ke dalam kereta Syafiq.

"Hello baby girl~ Long time no see." pipi gadis itu dicuit.

"Janganlah , Syafiq. Aku rimas!" tangan Syafiq ditepis kasar.

Syafiq tertawa halus.

"Kenapa? Kau ada masalah?" soal Syafiq. Kakinya mula memijak pedal minyak.

Keretanya meluncur keluar dari kawasan Mega Holding.

Gadis itu nampak serabut macam ada sesuatu yang mengganggunya.

"Syafiq, aku tak tahan dah. Aku nakkan Adam, tolong aku dapatkan Adam boleh?" pintanya sambil menghadap Syafiq.

Syafiq berdecit.

"Kau apahal nak suami orang? Tak ada lelaki lain dah ke dalam dunia ni?" matanya hanya tumpu ke hadapan.

Gadis itu tersenyum sinis tak ubah seperti seorang psycho.

"Kau pun apa kurangnya? Kau fikir aku tak tahu ke Syafiq? Macam ni la, apa kata kau tolong aku dapatkan abang kau dan aku tolong dapatkan apa yang kau nak. Deal?" gadis itu memberi cadangan.

Syafiq diam tidak memberi sebarang respons. Namun, dari riak wajahnya dia sedang memikirkan cadangan gadis itu.






Hello sayang² semua❤ Kembali bersiaran dengan sis lagi .. acewahh! Acah retis pulak😂 Sis nak bagitahu ni, beberapa jam yang lalu sis ada publish novel baru tau .. gatal tak sis? hahahah

Gatal otak memikir, gatal tangan menaip~ Tajuknya 'Imamku, Jeon Jungkook" ini bukan fanfiction merapu tapi ini adalah novel berbentuk islamiah. Dengan berbekalkan sedikit ilmu agama, sis gagahkan jua untuk buat novel tu.

Kat sini je la sis boleh promote, takde orang nak promote😭 saja buat sedih~

Okayy, please checkout my new story okay?? Love you❤ By the way, konflik kedua dah nak bermula. Prepared your mind and heart ~ muahahaha😏

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now