🍁82

4K 195 8
                                    

Adam dikejutkan dengan suara tangisan Adani, dengan mata yang separuh terbuka dia mendapatkan anak kecilnya itu.

"Ya, sayang? Kenapa menangis ni? Babah ada ni." belakang Adani ditepuk perlahan untuk memujuk si kecil itu.

Namun, tangisan Adani semakin kuat. Diberi susu pun masih juga dia tidak berhenti menangis.

"kenapa sayang? Dani rindu Ibu ke? Babah pun rindu Ibu juga." kata Adam sayu. Ubun-ubun Adani dikucup lembut.

Tasneem yang sedang terbaring tidak sedarkan diri dipandangnya sayu. Adani terdiam apabila melihat jasad kaku ibunya.

"Babah dah banyak buat Ibu menderita. Kalau Babah lepaskan Ibu boleh buat Ibu bahagia, tapi Babah perlukan kamu berdua. Babah tak boleh hidup tanpa Dani dan Ibu."

Adani melentokkan kepalanya di bahu Adam.

"Tidurlah, sayang. Kita doakan Ibu cepat sedar." Punggung kecil Adani ditepuk lembut untuk mendodoikan si kecil itu.

Pintu bilik Tasneem dikuak. Puan Aisya dan Datin Syahida masuk ke dalam bilik itu.

"Adam baliklah berehat, biar Mama dengan Ummi yang jaga. Tak perlu bawa Adani, biar Mama jaga." ujar Datin Syahida. Kasihan dia melihat anak lelakinya itu yang sudah tidak terurus.

"Tak apalah, Ma. Adam tak nak balik, Adam nak pergi ke bilik rehat je. Adam nak solat sekejap lepas tu Adam datang sini balik." Adam tetap berdegil tidak mahu pulang.

"Adam, sudah tiga hari Adam jaga Adani dan Humaira. Ummi tahu Adam belum makan. Muka kamu pucat, nak. Ummi tak nak Adam pula jatuh sakit. Biar Ummi dan Mama pula jaga Humaira dan Adani." sampuk Puan Aisya risau.

"Adam tak boleh tinggalkan Humaira. Adam tak nak apa-apa jadi pada Humaira lagi dah. Adam pergi solat dulu, ya." Adani diserahkan kepada Puan Aisya lalu dia pergi meninggalkan bilik itu.

"Degil betul budak ni! Haish!" Datin Syahida menggelengkan kepalanya.




                               •••••••

Seminggu kemudian.

Keadaan Tan Sri Kamal beransur pulih cuma dia masih belum mampu berjalan.

Dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana.

Khaira membawa masuk dulang berisi makanan buat bapa mertuanya.

Dulang makanan diletakkan di atas meja di sebelah katil Tan Sri Kamal.

"Papa, Khaira ada buatkan bubur. Papa makan dulu ya? Lepas tu Papa makan ubat eh?" kata Khaira sambil tersenyum.

Tan Sri Kamal merenung Khaira tajam.

"Aku tak nak! Kau ni sampai bila nak paksa aku makan apa yang kau masak? Kau letak racun kan dalam makanan tu? Kau jangan nak berpura-pura baik dengan aku!" herdik Tan Sri Kamal dengan penuh kebencian.

"Papa, sanggup Papa tuduh Khaira macam tu. Khaira tahu Papa benci Khaira tapi Khaira tak tergamak nak buat macam tu pada Papa. Papa makan ya? Sikit pun tak apa." Kata Khaira cuba memujuk Tan Sri Kamal.
Sesudu bubur didekatkan pada bibir Tan Sri Kamal.

'P R A N G G!'

Mangkuk yang dipegang Khaira ditepis kuat lalu jatuh pecah ke lantai. Bubur yang dibuat Khaira habis bersepah di lantai.

Khaira terkedu.

"Pergi! Aku benci tengok muka kau!" tubuh Khaira ditolak kuat sehingga Khaira jatuh terduduk ke lantai.

"Allahu!" Dahi Khaira berkerut menahan kesakitan di bahagian perutnya. Cecair pekat merah mula mengalir dari celahan pehanya.

Tan Sri Kamal mula cuak dan gelabah.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now