🍁67

4K 226 66
                                    

Tasneem menundukkan wajahnya apabila Adam merenungnya tajam.

"Sejak bila pandai keluar rumah tak minta izin suami?" soal Adam dingin.

"Maafkan Maira, Abang." pinta Tasneem sayu. Dia tak mampu memandang wajah bengis Adam.

Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi pada Adam. Suaminya tiba-tiba berubah menjadi dingin.

"Itu je yang awak tahu. Minta maaf, menangis. Kalau apa-apa jadi pada awak, siapa yang susah?" Adam berpeluk tubuh sambil merenung Tasneem yang sedang menangis.

"Maira dah telefon abang banyak kali tadi, tapi abang tak jawab jadi Maira terus pergi sendiri." jelas Tasneem tersedu-sedan.

"oh, kalau awak telefon saya dan saya tak jawab kiranya awak dah dapat keizinanlah? Macam tu? Belajar tinggi-tinggi, otak letak mana? Tak pandai guna Whatsapp? Mesej tak boleh?" herdik Adam.

"Maira minta maaf sebab dah menyusahkan abang." Tasneem terus bangun dan berjalan ke tangga untuk naik ke bilik.

"Bagus sangat perangai tu, suami tak habis cakap lagi awak terus pergi macam tu. Kenapa melampau sangat ni, Humaira?!" suara Adam naik seoktaf membuatkan Tasneem tersentak.

"Abang, sudah-sudahlah tu. Kak Humaira dah minta maaf, kan? Biarlah kakak naik atas berehat." Syalili yang hanya melihat dari tadi akhirnya bersuara.

Adam merengus kasar.

"Pergi naik bilik dan rehat. Kali ni saya lepaskan awak, tapi kalau sekali lagi awak keluar tanpa kebenaran saya, siap awak saya kerjakan!" Adam memberi amaran.

"Baik, abang. Maira naik atas dulu." Tasneem menaiki anak tangga perlahan-lahan tanpa memandang Adam.

"Abang, Sya lapar. Jom keluar dinner?" rengek Syalili dengan suara manja.

"Okay. Mari pergi." Adam menuruti permintaan Syalili sambil tersenyum.



                              •••••••

Seminggu sudah berlalu, Adam langsung tak balik ke rumah Tasneem. Setiap hari Tasneem menunggu kepulangannya namun apa yang dia dapat hanyalah kekecewaan.

Tasneem berbaring di atas sofa sambil menonton rancangan Music Bank. Selalunya Adam akan teman dia menonton rancangan itu tapi kali ini dia berseorangan.

Walaupun kumpulan Kpop kegemarannya sedang membuat persembahan, dia langsung tak teruja. Hatinya sedih dan sunyi.

Dia mematikan televisyen lalu telefon bimbitnya dicapai. Dia membuka fail lagu. Lagu Ending scene nyanyian IU dan dinyanyikan semula oleh Jungkook dimainkan.

Suara Jungkook yang begitu merdu dan menusuk ke kalbu membuatkan air matanya mengalir. Mungkin juga kerana lagu itu mengisahkan tentang perpisahan, lagi menambahkan kesedihan di hatinya.

Wanita kesunyian itu akhirnya tertidur dalam tangisan. Dia berharap apabila dia terjaga dari tidurnya, semua akan kembali seperti biasa. Suaminya akan menjadi lelaki penyayang semula. Lebih tepat, dia berharap semua itu hanya mimpi buruknya.









Telinganya menangkap suara seseorang sedang menjerit memanggil namanya. Matanya segera dicelikkan.

Wajah bengis suaminya menjadi tatapan pertama setelah matanya terbuka. Segera Tasneem bangun dan berdiri.

"Bila abang balik?" soal Tasneem terkebil-kebil.

"Seronok tidur sampai suami balik pun tak sedar? Dengar suara mamat Kpop tu menyanyi sampai tidur lena ya." sindir Adam.

"Maaf, Maira tak perasan." Tasneem tertunduk memandang lantai. Dia terfikirkan mimpinya sebentar tadi.

Adam mengelus pipinya sambil tersenyum. Jari-jemari Adam bermain dengan anak rambutnya lalu kucupan hangat dihadiahkan di bibir mugil Tasneem.

Mimpi itu hilang setelah dia terdengar suara Adam yang memekik memanggilnya.

"Masak apa hari ni? Pergi sediakan makanan, saya nak makan." kata Adam.

"Maaf, abang. Maira fikir abang tak balik, jadi Maira tak masak apa-apa pun." beritahu Tasneem takut-takut.

"Nak tunggu saya balik dulu ke baru nak masak? Isteri jenis apa awak ni? Selama ni saya balik atau tak balik, boleh je awak masak. Sekarang ni dah jadi pemalas pula?!" herdik Adam.

"Pergi masak sekarang sebelum saya naik angin. Awak fikir dengan berdiri macam tu boleh kenyangkan perut suami awak?" tambah Adam.

"Bㅡbaiklah." Tasneem mula mengatur langkah ke dapur.

"Adam Haikal! Macam ni ke kamu layan Humaira selama ni?" satu suara membuatkan Adam dan Tasneem menoleh.

"Mama, Papa!" mereka terkejut dengan kehadiran Dato' Azran dan Datin Syahida.

"Tak, Mama. Maira yang salah, Maira tak masak untuk Abang Adam tadi, memang patut Abang Adam marah." kata Tasneem cuba membela suaminya.

"Humaira, kamu ni terlalu baik sangat. Tak perlulah kamu bela suami kamu, kami dengar semuanya." kata Dato' Azran.

"Sejak dah jatuh sayang dengan si Syalili tu, Humaira kamu layan macam ni ya, Adam! Kalau susah sangat, biar Humaira duduk rumah Papa dan Mama. Kamu pergilah duduk dengan isteri muda kamu tu, nanti dah menyesal baru cari isteri kamu yang kamu benci ni! Jangan sampai mama benci kamu, Adam. Mama kenal Humaira ni macam mana." Wajah Adam dijeling tajam.

Adam terdiam tak berkutik.

"Abang, Sya dah sampaiㅡ Eh, Mama dan Papa buat apa disini?" senyuman Syalili mati sebaik melihat ibubapa mertuanya disitu.

"Ni apahal yang sampai datang rumah madu kamu? Seminggu Adam dengan kamu tak puas lagi ke Syalili?" herdik Datin Syahida. Syalili hanya mendiamkan diri.

"Humaira, mari kita pergi sayang. Kamu tak perlukan suami tak guna macam ni. Sanggup dia abaikan kamu yang tengah sarat mengandung ni." Tangan Tasneem digenggam erat.

"Mama tolong jangan bawa Humaira pergi. Adam tak boleh hidup tanpa Humaira." Rayu Adam sambil tangannya cuba meleraikan  genggaman tangan Datin Syahida pada tangan Tasneem.

"Mama, Maira perlu ada dengan suami Maira." ujar Tasneem sayu.

"Mama tak akan larang dia berjumpa kamu , sayang. Mama cuma nak tengok kalau-kalau isteri kedua dia boleh jaga makan pakai dia macam mana Humaira buat selama ni." kata Datin Syahida.

"Ida, awak tak boleh buat macam ni. Humaira perlu dengar cakap suami dia." Dato' Azran cuba menasihati isterinya.

"Abang, saya buat macam ni bukan suka-suka. Saya lagi sakit tengok Adam buat Humaira macam ni. Kalau dia naik tangan pada Humaira macam mana? Humaira tengah mengandung. Saya tak nak apa-apa jadi pada menantu dan cucu kita. Mari sayang, tinggalkan lelaki tak guna ni." Tangan Tasneem ditarik.

"Humaira, jangan tinggalkan abang. Sayang, please!" Adam cuba menghalang Humaira.

"Mama, Maira merayu. Maira tak boleh tinggalkan suami Maira." pipinya sudah dibasahi air mata.

"Maafkan Mama, sayang. Mari pergi." Tasneem terus dibawa pergi dari situ.

"Humaira!!" jerit Adam sambil melutut di lantai.

"Abang." Syalili memegang bahu Adam untuk memujuk lelaki itu.

"Jangan sentuh saya!!" herdik Adam. Syalili terkedu.

"Humaira! Jangan tinggalkan abang!" raung Adam.

Kereta Dato' Azran terus hilang dari pandangannya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now