Maid

18.8K 384 3
                                    

Tengku Adam merupakan seorang kaki perempuan,kaki minum dan kaki menipu. Biasala anak orang kaya. Ayahnya pula Tengku Ismail ,  antara pemegang saham terbesar di Malaysia . Setelah dipaksa oleh Tengku Ismail dan Tuanku Tiara , akhirnya Adam bersetuju untuk mengikut jejak langkah bapanya. Tuanku Tiara merupakan seorang yang lemah-lembut dan penyayang.

Nana ilyana pula merupakan seorang anak yatim. Ibu-bapanya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan yang tragis. Nana seorang gadis kecik molek, berkulit putih kemerahan, gigi teratur, mempunyai bulu mata yang melentik dan mempunyai senyuman yang sangat manis. Pendek kata nana merupakan seorang yang sangat sempurna. Nana bekerja di rumah tengku Ismail untuk menanggung pembelanjaan adiknya yang sedang belajar. Baginya, biarlah dia seorang sahaja yang tidak sambung belajar tetapi adiknya harus sambung belajar. Di samping itu, nana memperoleh duit dengan menyanyi di  media sosial. Tidak dapat diakui lagi, nana mempunyai suara yang sangat merdu.

---------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Puan Tiara. " panggil nana sebaik menjejak kaki ke alam rumah agung yang besar. Tuanku Tiara yang menyuruh Nana memanggil Puan Tiara. Katanya akan menjadi lebih akrab.

"Waalaikumussalam nana. Eh awai pula nana datang hari ini." Puan Tiara seorang yang baik hati. Pangkatnya yang dia ada di dunia langsung dia tidak sombongkannya. Bukan seperti anaknya, tengku Adam. Sentiasa sombong dan bongkak. Sedangkan hartanya milik Tengku Ismail bukan milik Tengku Adam.

"Mama. Am keluar jap" kata Tengku Adam sambil menyelit di antara Nana dan Puan Tiara.

"Adehh" adu nana apabila bahunya dilanggar kasar oleh Adam. Adam yang perasan keluhan Nana itu langsung tidak memohon maaf apatah lagi menoleh. Itulah Adam anak Tengku Ismail. Sombong, panas baran dan bongkak. Dalam hati Nana sudah membengkak memarahi Adam. 'Kenapa la Adam tak turun perangai mak dia?' Kata nana dalam hati.

Puan Tiara kelihatan penat dengan anaknya yang seorang itu. Mahu dipesan, sudah berjuta kali. Mahu dikurung, sudah besar. Sungguh Puan Tiara tidak berkenan dengan perangai Adam yang sebegitu. Rasanya Tengku Ismail sudah berikan cukup ajaran tentang agama.

Nana memulakan kerjanya. Seperti biasa, Nana akan memasak tengahari dahulu untuk Puan Tiara dan dirinya. Tengku Ismail memang tidak akan pulang ke rumah. Dia selalunya akan berehat di syarikatnya sendiri. Adam pula? Entahla. Selesai memasak, Nana pergi mengemop lantai. Selesai mengemop Nana pergi menyiram pokok pula. Itulah kehidupan seorang pembantu rumah.

Adam yang baru hendak memasuki pintu rumah tergelincir akibat kesan mop yang belum kering. Hati Adam mula panas. "Woii pompuan!!" Jerit Adam yang seperti separuh gila.

Nana yang sedang menyiram pokok agak terkejut dengan jerkahan itu. Cepat-cepat dia berlari ke Adam. "Ya Encik?" Sungguh Nana takut ketika ini dengan muka Adam yang sedang merah menyala.

"Eh kau ni bodoh ke apa hah?! Dah tau aku nak balik, tak payah la nak mop bagai. Kalau nak mop, tak reti nak bukak kipas ke? Bodoh tu simpan sikit. Semak aku tengok muka kau! " bentak Adam. Langsung tidak ada budi bahasa.

"Hey kenapa ni Adam? Hm? Kenapa marah-marah ni?" Tanya Puan Tiara. Ternyata Puan Tiara juga terkejut dengan jerkahan Adam.

"Mama, apa kata mama buang je perempuan ni. Dia ni terlampau bodoh la. Mop tak reti nak bukak kipas. Pastu biar orang jatuh. Macam mana kalau mama yang jatuh?" Kasar bahasa Adam. Nana sudah berasa sebak apabila dipanggil bodoh sedangkan ibu-bapanya tidak pernah mengelar Nana sebegitu.

"Kalau ya pun , jangan la maki..." tegur Puan Tiara.

"Eh tak apa Puan. Salah Nana juga. Maafkan saya Encik Adam, Puan Tiara. Saya betul-betul terlupa nak bukakan kipas tadi. Saya janji kesilapan ni takkan berulang lagi." Sungguh Nana tidak tahan dengan ketajaman lidah Adam. Kenapa tidak tegur dengan baik-baik? Kenapa perlu maki? Kenapa tidak baik seperti Puan Tiara dan Encik Ismail? Kenapa sombong sedangkan tu bukan harta kau? Semua pertanyaan itu Nana simpan di dalam hati sahaja.

"Janji kau boleh blah laa." Terus Adam berlalu pergi. Air mata akhirnya mengalir. Puan Tiara yang perasan Nana sedang menangis terus pergi memujuk.

"Maafkan Adam ya Nana. Adam memang begitu. Sentiasa mencari kesalahan orang lain. Saya harap Nana maafkan dia ya?" Puan Tiara begitu faham dengan perasaan Nana. Sabarlah Nana. Nana hanya tersenyum hambar dan meneruskan kerjanya.

Kring-kring!

Nana - Assalamualaikum Adik!!

Farah - Walaikumussalam kakak!! Sihat?

Nana - Alhamdulillah sihat. Adik sihat tak? Dah makan ke belum ni? Study ok? Duit cukup tak?

Farah - nak jawab mana satu ni? Hahaha. Sihat Alhamdulilah kak. Baru je makan. Akak? Farah exam minggu depan. Doakan yaa. Duit ada dalam Rm 100 lagi. Cukupla sampai bulan depan. Sebab farah pun ada buat kerja sambilan kat sini.

Nana - Kan akak dah cakap, tak payah buat kerja sambilan. Akak boleh bagi. Focus je dekat study tu.

Farah - Takkan farah nak bergantung kat akak je? Akak pun ada komitmen kan? Akak okey tak? Farah janji kita akan hidup senang oke?

Nana - Hurm. Akak okey cuma mental kena kuat la duduk sini. Farah faham kan? Okehla. Saja akak nak tanya khabar. Akak nak gi sambung kerja ni. Assalmualaikum.

Farah - Farah faham. Sabar yaa? Waalaikumussalam.

Lovely maid.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora