Madam

10.7K 322 11
                                    

"Aku terima nikahnya nana ilyana binti zahid dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunaii". Kini Nana sudah bertukar gelaran. Adiknya Farah?

Farah   :  kenapa kak buat macam ni kat farah? Kenapa kak? Malu tau tak dekat orang kampung! Farah dah cakap kan , farah akan buat hidup kita senang. Tapi kenapa akak guna cara ni? Kenapa kak? Akak tak ada maruah ke? Akak sendiri yang cakap, mental kena kuat kat sini. Tapi tengok sekarang? Biar miskin kak, asalkan maruah kita letak tinggi .Farah malu dengan akak.

Ya,Nana dihina oleh adiknya sendiri dan adiknya sendiri tidak mempercayai dirinya. Buah-buah mulut orang kampung yang sedang mengumpat langsung Nana tidak hiraukan , tetapi kalau adiknya, satu-satunya keluarga yang dia ada sekarang mengumpat sebegitu , sumpah dia tak sanggup menjalani hidup.

"Nana. Nana. Cium tangan suami tu" teguran lembut dari Puan Tiara membuat Nana tersedar dari lamunannya. Lantas nana mencium tangan Adam. Belum sempat mulut Nana mendarat di tangan Adam, terus  Adam menarik tangannya kembali. Adam terasa jijik apabila nana menyentuhnya.

'Sabar Nana,Sabar. Allah bersama dengan orang yang sabar' gumam hati Nana.

"You!!!! Apa you buat ni? You kata nak kawin dengan I. Ni sapa you? I tak restu dengan perkahwinan ni." Jerit Afrina.

"Afrina , please. Ini masjid. Show some respect" tegur Puan Tiara. Puan Tiara tidak berkenan dengan anak saudaranya yang berpakaian seksi dan berkulit sawo matang itu. Afrina sangat rapat dengan Adam sebab diorang cousins dari kecik.

"Tapi Auntie , kenapa tak beritahu langsung tentang ni dekat rina? Kenapa Auntie buat macam ni kat rina?" Kata Afrina sambil berpura-pura mengurut kepala. Sakit kepala latu?

"Rina let's have a talk"kata adam sambil menarik tangan Afrina keluar dari masjid. Nana terdiam. Ya, dia malu sekarang. Apa kata imam apabila suaminya menarik tangan perempuan lain didepan matanya?

"Nana, jum balik dengan mama. Papa ada kerja dekat pejabat." Ajak puan Tiara.

"Baik Puan" baju semua aku sudah pindahkan ke rumah agung, itu pun disebabkan paksaan Puan Tiara.

"Call me mama not Puan. Nana dah jadi menantu mama dah pun" kata Puan Tiara sambil tersenyum manis. Dia lebih menyanyangi Nana berbanding Afrina yang memakai baju tidak cukup kain. Nana tahu tentang selok belok agama ,afrina? pakai tudung pun tak pernah.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

"Mulai harini, ni bilik Nana okey?" Kata puan Tiara dengan riang.

"Tapi ni bilik Encik Adam. Taknakla puan. Saya okey je kalau duduk bilik tepi stor tu puan. Nak solat pun boleh kat situ" tolak nana perlahan. Ngeri dia apabila memikirkan muka Adam yang bengis itu.

"Tak apela. Adam yang suruh nana duduk sini. Dia nak perbaiki hubungan dengan kamu, lagipun benda dah jadi kan? Mama yakin adam dah berubah sejak lihat muka nana yang cantik tadi tu."

"Saya minta maaf mama. Saya betul-betul tak sangka yang benda ni akan terjadi. " mohon nana. Air mata mula mengalir.

"Laaaa. Takde apela. Lagipun mama lagi suka nana jadi menantu mama. Berbanding rina tu. Baju tak cukup kain. Kalau putih macam nana tak ape. Ni kulit dia tu sawo matang. " kata Puan Tiara. Nana hanya senyum hambar sambil berlalu masuk ke dalam bilik yang besar itu. Bilik adam disertakan dengan bilik air.

Dan bilik air itu diduduki oleh Nana selama beberapa jam. Nana terduduk di mangkuk jamban. Nasib baikla jamban jenis jamban duduk bukan jamban cangkung. Tiba-tiba Nana perasan pintu bilik Adam dibuka. Perasaan takut mula menguasai diri.

'Aku akan pastikan hidup kau macam dalam neraka' terngiang-ngiang ayat itu di telinga nana. Terus dia menangis. Umi , Ayah.

"Woi perempuan! Kau bukak pintu ni. Kau tengah melantak ke apa duk dalam bilik air? " jerkah Adam sambil mengetuk pintu dengan kuat.

Perlahan-lahan nana membuka pintu.
"Ya encik adam?" mata nana melihat di bawah. Langsung tidak mengangkat wajahnya menghadap Adam.

"Wah wah wah. Ayu eh kau? Kenapa nak jadi setan ke duduk lama-lama dalam bilik air tu? Ouhh lupa , kau memang setan dah pun. Sanggup musnahkan kebahagiaan orang lain untuk kepentingan kau. " kata adam sambil tersenyum senget. Kau tunggu la. Aku akan buat hidup kau merana. Itu nekad adam. Nana diam seribu bahasa.

"Kau ingad janji aku dekat kau? Malam ni aku taknak kau tidur. Aku nak kau berdiri kat tepi almari tu sampai esok pagi. Lepastu esok pagi tu, aku nak kau masak,cuci rumah, mop,sapu..hah semualah. Lepastu aku nak kau basuh baju semua orang dalam rumah ni. Dan aku tak nak kau rehat sekejap pun walaupun kau letih. Boleh?" Kata Adam. Nana masih diam.

"Boleh ke tidak?!!" Kata adam sambil memegang dagu nana dan menghempas dengan kuat. Membuatkan nana terjatuh. Nana mula menangis.

"Kau ni takde perasaan ke apa hah? Kalau takde perasaan pun takkan pendengaran pun takde? Bodoh betul la kau ni" jerit adam. Perlahan-lahan Nana mengganguk.

Lovely maid.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon