Influnccer

10.4K 331 2
                                    

Nana pergi ke dalam bilik yang paling kecik yang terdapat di condo. Bilik itu bersebelahan dengan bilik stor. Nana mengemas barangnya dan mengeluarkan satu-satunya benda yang beharga pada dirinya, gitar.

Nana mula rekod nyanyian melalui telefon pintar miliknya.Kebiasaannya, nana akan berkongsi video nyanyiannya di blog dia sendiri.

" Takkan ada yang pisahkan kita. Sekali pun kau telah tiada. Akan ku pastikan ku kan memeluk mencium mu di syurga. Jangan kau pergi tinggalkan aku. Bawa aku kemana kau mahu."

Lagu 'Takkan pisah' itu dinyanyi oleh Nana sambil memetik tali gitar dan dalam keadaan menangis. Tanpa Nana sedar , ada sepasang mata sedang melihatnya.

Hati adam mula terasa bergetar akibat nyanyian nana. Sungguh nana mempunyai suara yang merdu. Terus Adam masuk ke biliknnya. 'Tak mungkin nana pemilik blog Mrs bunny' gumam hati Adam. Hatinya mula merasa gelisah.

Adam sangat-sangat menyukai suara Mrs bunny itu. Dan kalau boleh Adam ingin bertemu dengannya. Malangnya Mrs bunny itu merekod video separa bahu sahaja. Adam menyukai cara Mrs bunny bercakap, berkongsi masalah dan menyanyi. Cuma dia tidak menyangka bahawa Mrs bunny itu ialah Nana.

🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰🐰

Setelah Nana selesai menunaikan solat fardhu subuh, nana dipanggil oleh Adam.

"Nana!" Panggil Adam. Tiada lagi  'woii perempuan'

"Ya Encik?" Kata Nana dengan suara mendatar. Sungguh dia bencikan Adam kerana telah memaki Umi dan ayahnya semalam.

"Aku nak kau masak tomyam seafood dan sayur kailan harini. Buat untuk kau sekali." Suruh Adam dengan suara yang mendatar. Nana hairan Tiada lagi tengkingan, tiada lagi makian,tiada lagi hinaan. 'Mimpi ape mamat ni?' Gumam hati Nana. Namun nana masih mengganguk.

Seusai memasak, dan menghidangkan. Nana ingin berlalu. Namun segera tangannya dipaut dari belakang. Nana menoleh. Adam yang memandangnya tanpa kedip. Hati Nana semakin bergetar. 'Kau takkan jatuh cinta dengan dia Nana' nekad hati nana

"Duduk, makan sekali" arah adam.

"Takpela Encik Adam. Saya taknak makan lagi" tolak Nana.

"Adam. Panggil aku Adam. Aku kata duduk, duduk la. Payah sangat ke nak faham bahasa?" Hati Adam mula baran dengan perangai Nana

'Baik aku duduk sebelum dia maki,hina aku.' Gumam hati Nana. Nana pun akur. Dan duduk berdepanan dengan Adam. Nana tidak mengambil lauk sebaiknya dia mengambil kicap. Dia ingin makan nasi dan kicap sahaja.

"Asal tak ambik lauk tu?" Soal Adam. Pelik dia dengan perangai Nana.

"Takpela Encik. Saya ni miskin kan? Tak layak nak makan benda mahal-mahal ni. Nasi ngan kicap pun dah cukup". Nana memulangkan paku buah keras kepada Adam.

"Kau nak perli aku ke? Aku kata makan , makan jela" arah Adam sambil membubuh tomyam seafood dan sayur ke pinggan Nana.

"Kenapa Encik..." zuppp Adam memasukkan sotong ke dalam mulut nana.

"Kau panggil aku Encik sekali lagi, aku sumbat ketam pulak dalam mulut kau. Nak?" Tanya Adam sambil menjeling tajam pada Nana. Nana terkesima. Putik suatu perasaan di dalam hati Adam. Perasaan apa? Entah dia sendiri pun tidak tahu.

Selesai makan, "Aku nak kau duduk kat bilik no 2. Bilik tepi stor tu bilik baju aku. Kau nak makan apa kat rumah ni, makanla. Aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami je. And aku balik lambat sikit harini." kata Adam dan terus keluar dari condo.

Habis satu rumah ditawaf oleh Nana. Tiba di bilik Adam, dia memerhati satu per satu buku yang terdapat almari. Kemudian Nana terlihat satu foto album. Dia mengambil dan membuka. Tersembul pelbagai posing dan jenis gambar Adam dan Afrina.

'Afrina tu special ke kat adam? Aku ni dah jadi orang ketiga ke? Tapi Adam boleh je ceraikan aku'

Lovely maid.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα