Boss

11K 338 2
                                    

Cukup setahun sudah nana kerja disini. Dan perangai Adam masih sama.

"Assalamuaikum" kata Nana sambil masuk ke dalam rumah agung 3 tingkat itu. Namun tiada balasan. Mungkin semua sedang tidur fikir nana memandangkan dia datang lebih awal pada hari ini. Nana melangkah ke dapur dan mulakan memasak sarapan untuk keluarga itu. Selesai memasak, ada orang mengetuk pintu. Nana hairan, lalu pergi membuka pintu.

"Assalamualaikum. Saya dari pejabat agama. Saya dapat laporan yang awak sedang berdua-duaan dengan anak lelaki di dalam rumah ini" kata seorang pakcik yang berusia dalam lingkungan 50an itu.

"Waalaikumussalam. Eh tak-tak. Ada orang lain je dalam rumah ni. Tuan rumah dia ada Encik" Kelam kabut nana dibuatnya. Dalam hati berdoa agar dijauhkan perkara sebegitu.

"Boleh kami masuk untuk melakukan pemeriksaan?" Kata wanita yang berada di sebelah pakcik tadi. Nana hanya mengganguk. Habis satu rumah mereka berjalan. Nana hairan. Di manakah Puan Tiara dan Tuan Ismail. Adam?! Allahu. Ya allah, mintak-mintak la Adam pun tidak ada di dalam rumah ini doa nana di dalam hatinya. Tiba di bilik adam,wanita itu membuka pintu dan alangkah terkejutnya apabila melihat Adam sedang tidur dengan berpakaian singlet dan seluar pendek. Nana jatuh terduduk. Adam yang perasan pintunya terbuka, terkejut dengan beberapa orang yang sedang memerhatinya.

"Saya memohon supaya Cik dan Encik mengikut kami sekarang ke pejabat agama." Kata Pakcik itu.

"Pakcik, saya betul-betul tak tahu yang Tuan rumah ni tak ada pakcik. Kalau saya tahu saya tak kan masuk rumah ni pakcik. Tolong la pakcik. Saya ni pembantu rumah ni je pakcik. Saya baru je datang. Tolong pakcik" rayu Nana. Sungguh nana tidak sangka perkara begitu berlaku. Dia begitu takut sekarang. Ya takut dengan Adam. Adam sejak tadi melihat dia dengan tajam seperti mahu makan.

"Macam ni la pakcik. Saya tak teringin langsung dekat dia dan saya pun tak sedar yang dia datang. Normally saya tidur sampai tengahari and parents saya mesti dah balik kan? So tak ada masalah pun. Pakcik balik jela. " kata Adam dengan bengang. 'Kau ingad aku tak tahu ke trick kau tu perempuan?' gumam hati adam kepada nana.

"Tak kisah la kamu teringin ke tak dengan dia. Yang penting sekarang kamu berdua-duaan dalam satu rumah dan ia boleh timbulkan perasaan syahwat. Sekarang kami nak awak berdua ikut kami sekarang." Kata wanita yang berada di sebelah pakcik itu. Akhirnya nana dan adam akur. Puan Tiara dan Tuan ismail terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Adam itu.

"Ma,tolong adam ma. Adam tak nak kahwin dengan perempuan kampung ni." Kata Adam sebaik sahaja Puan Tiara dan Tuan Ismail sampai ke  pejabat agama.

"Adam sabar okay? Macam mana benda ni boleh berlaku nana? Adam?"
Tanya Puan Tiara.

Baru sahaja nana ingin membuka mulut, Adam memintas.

"Ni semua sebab perempuan ni ma. Dia nak kaya cepat sebab tu dia perangkap adam macam ni. Woi perempuan ! Kau dengar sini. Kalau aku terpaksa kahwin dengan kau , aku akan pastikan hidup kau macam  dalam neraka. Faham?!!!" Kata adam sambil memegang dagu Nana dengan kasar lalu meghempas sehingga nana terjatuh.

"Adam!! Macam mana pun sabar. Kita tak dengar lagi penjelasan Nana. Papa tak mahu berita ni sampai ke syarikat papa. Kalau syarikat lain tahu pasal ni, mereka tak akan bekerjasama lagi dengan papa. So kalau mereka dapat tahu tentang perkara ni , no more excuses , you need to marry her." Kata Tuan ismail lembut tapi tegas. Puan Tiara sudah terdiam seribu bahasa.

"Puan Tiara , Tuan ismail. Saya sumpah saya tak tahu pasal ni. Saya betul-betul ingat yang Puan dan Tuan ada dekat rumah. Sumpah Puan Tiara. Saya tak tipu Tuan." Ngadu Nana sambil tersendu-sedan. Air mata nana langsung tidak berhenti mengalir.

"No matter what, korang berdua kena kahwin. Mana mama nak letak muka mama kalau kawan-kawan mama tahu tentang ni? If betul apa yang Nana cakap ni. Mungkin orang yang perangkap kamu berdua ialah musuh papa." Kata puan Tiara. Puan Tiara yakin itu bukan kerja Nana. Nana seorang yang baik hati dan jujur. Tak mungkin nana akan buat kerja begitu. Kalau nana hendak perangkap, pasti dari dulu lagi. Tapi mengapa sekarang?

"Kita akan adakan perkahwinan ni secepat mungkin" kata Tuan Ismail. Sungguh nana tidak menyangka ini akan berlaku. Adam? Dalam hati dia bernekad akan membuat Nana menderita.

Lovely maid.Where stories live. Discover now