Chapter 2

44 1 0
                                    

'Abang kenapa lambat datang ofis? " Laju jari Arissa menaip mesej untuk dihantar kepada Sufi. Tring Tring Tring..... Bunyi aplikasi whatsapp Sufi memecah sunyi ofis tersebut sambil tangannya melihat telefon bimbitnya yang berada di hadapannya. " Wife abang macam dah syak something dia tak suruh abang gerak awal, dia minta abang hantar qila ke sekolah dulu", laju tangan Sufi membalas pertanyaan Arissa.

Arissa melihat mesej daripada Sufi. Hatinya terasa sakit namun cuba disembunyikan dengan memberi isyarat senyum kepada Sufi yang duduk betul-betul berhadapan mejanya.

" Abang sayang Arissa lagi tak ?" Arissa membalas semula mesej kepada Sufi. " Sayang sangat cuma abang minta sayang bersabar ye untuk masa ni.. abang akan cuba selesaikan semuanya... Abang nak hidup dengan Arissa .. dengan anak2 abang dengan wife abang.. abang akan rasa kosong kalau Arissa takde dalam hidup abang.. sayang kena sabar ye... Nanti abang balik rumah ayah abang bagitahu pasal sayang ... " Sufi membalas semula dengan memberi harapan yang tinggi pada Arissa.

Lega hati Arissa si gadis berbadan gempal itu. Dia tersenyum lebar saat Sufi membalas mesejnya. Ah ! Bodoh sangat rasanya cemburu padahal wife sufi lebih berhak dari dirinya. Arissa bermonolog dalam hati sendiri.

Arissa gadis yang berasal dari borneo tapi berpindah kerja ke HQ tempatnya bekerja. Sufi  adalah orang yang memberi laluan kepada Arissa untuk mencuba nasib bekerja di ibu kota. Sufi pada mulanya hanya sebagai rakan kerja kepada Arissa namun setelah beberapa kali pergi ke cawangan syarikat mereka di borneo disana dia telah jatuh hati akan kebaikan Arissa walaupun dia tidak secantik rakan sekerjanya yang lain. Perwatakan Arissa yang bersahaja yang gemar membuat lawak membuatkan ramai yang senang akan dirinya.

"Erm... Arissa ... aku nak tanya kau something boleh ? " Zalif tiba tiba bersuara.. Arissa yang tengah mengelamun membalas " Ish ... kau ni Zalif tekejut aku ... hehehe .. kau nak tanya apa?" ujar Arissa sambil mengurut dadanya.

"Kau ada apa2 dengan abang Sufi ?" Zalif menyoal dengan penuh tanda tanya. Memandang muka Arissa menunggu jawapan. "Zalif ... kau kenapa tanya aku soalan bonus sangat ni ? " Arissa berseloroh cuba menyembunyikan rahsia. "Aku dengan abang Sufi takde ape.. aku cuma rapat sebab dia yang tarik aku masuk HQ ni ... aku terhutang budi sangat", Arissa bercakap dengan nada yang berbisik takut di dengari oleh orang lain. Zalif cuma mengangguk tapi wajahnya tampak seperti tidak berpuas hati.

"Dahla yer... aku nak siapkan report kang Encik Basri sound aku lagi .. kau tolong aku yer ?? " Arissa memaniskan muka sambil tersengih menunjukkan giginya kepada Zalif.

Zalif seorang berumur lingkungan awal 30an. dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Zalif yang banyak membantu Arissa ketika gadis itu dalam kesusahan. Dia dan isterinya sendiri kenal dengan Arissa yang suka berahsia itu.

Disebalik komputer di hadapan Arissa, Sufi sendiri rasa sakit hati melihat keakraban Arissa dan Zalif. Walaupun dia tau Arissa sayang pada dia namun tetap sahaja matanya sakit melihat kemesraan mereka berdua.

Cinta Ku TerlebihWhere stories live. Discover now