BAB 2

1K 103 12
                                    

[Iffah]

Iffah ukir senyum sebaik sahaja dia terjaga dari tidur pagi itu. Rasa macam dah lama dia tak balik ke kampung.

Tapi memang lama pun. Dulu, sewaktu dia masuk ke sekolah asrama penuh di Johor- dia dapat berita yang abah naik pangkat dan bakal ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Bila cuti sekolah bermula, dia dah tak pulang ke Kampung Semerah. Rindunya tak terkata tapi waktu tu dia cuma seorang remaja yang baru nak kenal dunia. Dia masih belum ada keupayaan untuk ke sana ke sini tanpa ibu bapanya.

"Kakak, dah bangun ke?"

Bunyi ketukan pintu buat Iffah lekas-lekas bangun, "Ya, ibu! Kakak bangun dah ni."

"Cepat mandi, solat. Dah pukul enam setengah dah ni," lembut saja suara ibunya memberi arahan buat Iffah tersenyum sendiri.

"Baik, ibu!" Laung Iffah sebelum dia capai getah rambut di meja tepi katil lalu rambutnya diikat kemas.

Dia kemudiannya melipat selimut yang dia gunakan malam tadi. Selesai merapikan katil, dia bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri.

Beberapa ketika kemudian, Iffah keluar dari bilik air dan terus menunaikan solat Subuh.

Selesai menunaikan solat, Iffah bergerak ke tingkap biliknya. Tingkap kayu itu ditarik selaknya sebelum tingkap itu ditolak ke luar.

Bau sawah yang basah buat Iffah memejamkan matanya dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.

Dia memerhati keadaan sekeliling sebelum matanya melekat pada satu susuk tubuh yang sedang duduk di anjung rumah yang tak berapa jauh dari rumahnya. Gayanya seperti baru pulang dari surau.

"Muhammad Farhan, mai tolong mak kukoq nyok sat!"

Hampir melompat Iffah bila suara itu memekik. Iffah ketawa kecil kemudiannya, Mak Munah ni... dari dulu sampai sekarang suaranya macam halilintar!

Susuk tubuh yang duduk di anjung tadi sudah berdiri dan masuk ke dalam rumah.

Iffah ukir senyum nipis. Paan, awak ingat kita lagi tak?



Iffah memberi signal ke kiri sebelum memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Enjin dimatikan dan dia terus keluar dari kereta. Usai mengunci kereta, dia segera atur langkah ke gerai Mak Cah yang cukup terkenal di Kampung Semerah dek kerana nasi lemak dan nasi campurnya.

"Assalamualaikum," perlahan dia memberi salam pada Mak Cah yang sedang melayan seorang wanita muda yang sedang mengipas wajah.

Mak Cah hanya senyum dan mengangguk sikit. Tangannya sibuk membungkus lauk yang dimahukan oleh wanita bergaya di depannya.

"Mak cik, you boleh cepat sikit tak bungkus makanan tu? Panas tau tak! Bungkus makanan pun lambat ke?"

Rungutan wanita muda yang sedang mengipas wajahnya buat Iffah tersenyum kecil. Tak biasa berpanas agaknya...

"Eh, macam kenal...? If... Iffah kan?"

Iffah yang sedang melihat lauk berpaling ke kanan bila namanya disebut oleh wanita muda itu, "Er... siapa?"

"I lah! Eliana! Syarifah Eliana, kita satu sekolah menengah dulu! Takkan tak ingat?"

Berkerut dahi Iffah sebelum dia angguk kepala, "Ipah cucu Tok Syed, kan? Sorry, saya tak cam tadi."

Berubah sikit muka Syarifah bila Iffah sebut nama panggilan yang dicipta oleh atuknya, "Syar. Call me Syar. Tak sukalah Ipah, kampung sangat..."

"Maaf. Awak memang duduk kampung ke sekarang?"

Syarifah geleng kepala sebelum dia mengeluh, "Atuk I suruh tinggal dengan dia sekejap. You buat apa sekarang? Kalau tengok cara you berpakaian, you jadi cikgu ke?"

Iffah angguk kepala, masih lagi dengan senyuman, "Haah, saya cikgu sekarang. Syar?"

"Cikgu je? Bukan you student paling cemerlang ke dulu? What happen to you?" Syarifah bertanya dengan gaya sarkastik.

"Kenapa? Salah ke kalau saya jadi cikgu nak didik anak bangsa?" Masih dengan senyuman, Iffah bertanya.

"Taklah salah!" Perlahan Syarifah menjawab sebelum dia pandang Mak Cah, "Dah siap ke belum?"

"Sudah, cik. Semuanya tujuh belas ringgit," jawab Mak Cah, mesra.

Not oren yang dipegang dihulurkan pada wanita tua di depannya, "Keep the change!"

Mak Cah tercengang. Tak sempat dia nak menghalang, Syarifah sudah pun berlalu selepas berpamitan dengan Iffah.

"Bye, Iffah. Jumpa lagi."

Iffah hanya senyum dan mengangguk.

"Anak ni kenal ke dengan cucu Tok Syed tu?" Tanya Mak Cah tiba-tiba.

Iffah berpaling memandang Mak Cah lalu dia mengangguk, "Kenal, Mak Cah."

"Eh, awak kenal Mak Cah?" Berkerut dahi orang tua itu bila Iffah  menyebut namanya.

"Mak Cah dah lupakan saya? Saya ni pelanggan tetap Mak Cah tau dulu. Sebelum pergi sekolah, saya singgah beli nasi lemak lauk ayam. Balik sekolah, saya singgah beli nasi putih lauk telur goreng sambal Mak Cah. Sampai hati Mak Cah dah lupakan saya..." Iffah ukir senyum mengusik.

Mak Cah pantas menekup mulutnya, dek kerana terkejut, "Pah ke ni?"

Iffah angguk kepala, "Sayalah, Mak Cah. Pah Tembun..."

Mak Cah laju keluar dari gerainya sebelum tubuh Iffah dipeluk, "Allahuakbar! Apa jadi dengan kamu, Pah? Mana pipi tembun kamu? Duduk bandar tak makan ke? Hari tu ibu kamu datang, cakap kamu nak balik duduk sini. Ingat lambat lagi kamu nak balik duduk sini!"

Iffah ketawa sebelum dia membalas pelukan Mak Cah, "Makan tapi makanan sana tak sesedap masakan Mak Cah!"

Ketawa besar Mak Cah dengan jawapan Iffah. Tak sangka, anak gadis yang suka beli makanan di gerainya sudah menjadi anak dara sunti...

Bersambung...

Pah KusayangWhere stories live. Discover now