1 : Mimpi

7.5K 220 23
                                    

    
      Adira terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi guruh berdentam-dentum di luar rumah.

     Dia lihat keadaan biliknya gelap gelita. Tiba-tiba petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan.

     "Hujan ke?" Kata Adira tidak tenang.

     Adira sangat takut dengan bunyi guruh walaupun sudah berusia 25 tahun. Lagi-lagi sekarang dia berseorangan dan keadaan sekelilingnya gelap-gelita.

     Dia bingkas bangun dari atas katil hentak pergi ke bilik ibu bapanya.

     Pintu dibuka perlahan-lahan, kelihatan ruang tamu rumah juga gelap-gelita.

     Dentuman guruh muncul lagi dan membuatkan dirinya tersentak.

     Dia menutup pintu bilik dan ingin berjalan menuju ke arah bilik ibu bapanya.

     Di luar rumah, rintik-rintik hujan semakin deras membasahi bumi.

     Semasa dia sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke tujuannya, tiba-tiba langkahnya terhenti.

     Kedengaran bunyi suara perempuan menangis.

     Adira menelan air liur, bulu romanya meremang mendengar tangisan itu.

     Tangisan yang mendayu-dayu dalam keadaan hujan lebat berserta guruh dan persekitaran yang gelap gelita menambahkan aroma seram dalam diri Adira.

     Dia tahu suara tangisan itu ada di hadapan sofa. Dia tidak mahu memandang ke arah itu meneruskan langkahnya.

     Tapi suara tangisan itu bertukar menjadi suara memanggil. "Adira.. , Adira.. , Adira.."

     Adira terpaku.

     Perlahan-lahan dia memandang ke arah itu dan dia menjerit.

     Kelihatan seorang perempuan sedang duduk bercangkung yang wajahnya penuh dengan luka, lidahnya terjelir keluar, Matanya terbeliak berpakaian putih dengan rambut panjang.

     Perempuan itu memanggilnya lalu dia merangkak pantas ingin menerkam Adira.

     Adira menjerit ketakutan sehingga dia tersedar dari mimpi.

     Rupanya itu hanya mimpi. Badan Adira berpeluh.

     Tapi itu bukan pertama kali dia mimpi sedemikan rupa.

      Sekarang sudah masuk 6 kali dia mimpi benda yang sama.

     Apakah maksud mimpi itu?

     Adakah itu petanda yang perempuan itu ada di dalam rumahnya?

DENDAM Where stories live. Discover now