3 : Kebenaran

3.2K 117 9
                                    

     Tapi pada suatu hari, datang seorang dukun ingin menghulurkan bantuan.

     "Aku nampak status facebook kau tentang gangguan anak kau. Aku rasa aku boleh tolong." Kata dukun itu.

     "Wah terima kasih, tolong bantu anak saya. Saya sanggup bayar berapa pun."

     "Bayaran tu aku tak kesah, yang penting semua ni dapat diselesaikan." Balas dukun itu dengan yakin.

     Khamis malam jumaat. Rashid, Adira dan Dukun itu berada di hadapan pokok besar yang ada di dalam rumah kosong itu.

     Rashid dan Adira rasa sangat berdebar berada di situ. Bulu roma mereka sudah merinding.

     Dukun itu mahu mengadakan upacara bagi memutus dendam antara Adira dan jin itu. Dia bersila dan mula membaca sesuatu.

    Terkumat kamit mulutnya.

     Angin yang kuat entah dari mana muncul membuatkan Adira dan Rashid berasa sangat takut.

     "Ayah apa tu!!!?" Adira menjerit kerana nama Adira yang terukir pada pokok itu tiba-tiba mengalir darah keluar.

     Dia memeluk ayahnya kerana ketakutan.

     Dukun itu masih membaca sesuatu dengan bahasa yang tidak difahami.

     Muncul suara perempuan menangis menambahkan lagi aroma seram. Tiba-tiba suara itu seperti semakin hampir dengan mereka.

     Adira dan Rashid tersentak seorang perempuan dengan wajah penuh luka, mata terjojol, lidah terjelir muncul dari arah belakang pokok.

    Mereka berdua menggigil ketakutan.
"Ayah!!" Bentak Adira tidak dapat menahan rasa lagi.

    Tiba-tiba Adira tidak dapat mengawal tubuh badannya ingin mencederakan dirinya ke dinding rumah. Dia menghentak kepalanya beberapa kali sehingga berdarah.

     "Dukun, kenapa ni?" Tanya Rashid cuba menghalang anaknya tapi tidak berjaya.

    "Dia kena minta maaf pada jin itu, bagitahu perkara sebenar baru dendam ini diputuskan dan dia tidak akan mengganggu anak kau lagi." Ujar Dukun itu.

    Adira mula meminta maaf. "Saya minta maaf sebab ukir nama saya pada pokok tu."

    Tapi kepalanya masih tidak berhenti mencederakan diri pada dinding. Adira merayu meminta maaf lagi. Tapi tiada hasil.

    Rashid jadi hilang sabar memarahi dukun. "Anak saya dah minta maaf tapi kenapa dia masih macamni?"

    Dukun itu dengan pandangan tajam. "Maksudnya ada benda lain yang membuatkan jin itu berdendam pada anak kau. Kalau tiada kebenaran, anak kau mungkin akan mati kerana menghentak dinding. Anak kau harus meminta maaf pada perkara itu."

     Adira mula buntu, dia tidak tahu akan kesalahannya yang mana. Kepala sangat sakit hendak berfikir.

     Rashid mula mengalirkan air mata melihat anak gadisnya terseksa dan mungkin akan mati kerana pendarahan yang teruk pada kepala.

     Tiba-tiba Rashid bersuara. "Aku minta maaf sebab bunuh kau, 30 tahun yang lalu!!"

     Dukun itu tergamam mendengar pengakuan Rashid. Adira tidak lagi mencederakan dirinya, maksudnya pengakuan itu benar.

     Rashid jatuh terduduk wajahnya hiba. "Aku minta maaf sebab bunuh kau, Sofea. Jangan cederakan anak aku lagi."

    Makhluk ghaib perempuan itu matanya keluar darah dan hilang dari pandangan.

    Adira yang sakit di bahagian kepala mendekati ayahnya. "Ayah apa semua ni?"

     Rashid mula bercerita, 30 tahun yang lalu. Dia bercinta dengan seorang gadis yang bernama Sofea. Tapi Sofea memutuskan hubungan mereka kerana Rashid tidak cukup duit untuk perkahwinan mereka yang akan datang. Jadi berlaku pergaduhan sehingga Rashid tidak sengaja telah terbunuh Sofea.

     Rashid menanam Sofea di dalam rumah kosong ini, sekarang mayat Sofea berada di bawah pokok besar ini.

    Pokok besar ini tumbuh dan membesar selepas kematian Sofea. Sejak itu tiada siapa yang menjumpai mayat Sofea. Dia dilaporkan hilang dan masih tidak dijumpai lagi.

     Adira rasa kecewa mendengar pengakuan dari ayahnya.

    Dukun itu bangun dari bersila. "Rashid, Dia mungkin akan datang semula. Jadi kalau kau sayangkan anak kau. Kau kena serahkan diri pada pihak polis dan mengaku tentang pembunuhan ni. Dia akan tenang dan tidak akan mengganggu anak kau lagi."

     Rashid akur, dia ke balai polis dan menyerah diri. Kes 30 tahun dibuka semula dan diadili. Rashid kini berada di dalam penjara.

     Adira tidak lagi diganggu oleh jin dari pokok itu.


DENDAM Where stories live. Discover now