2 : Dendam

4.1K 124 1
                                    


Adira sudah tidak tahan dengan mimpi ngeri yang dialaminya.

Kadang-kadang dia jadi takut hendak tidur kerana risau mengalami mimpi yang sama.

Dia mengadu pada ayahnya iaitu Rashid.

Setelah mendengar penjelasan Adira. Rashid membalas. "Mimpi tu mainan tidur, tu lah kamu suka tengok baca-baca novel seram sebelum tidur."

Adira bengang. "Ish mana ada."

"Tu atas meja kamu tu." Kelihatan novel abstrakim iaitu Dunia Plot Twist.

"Apa kena mengena, buku tu Dira dah habis baca lama da." Balas Adira.

Rashid bangun dari duduk. "Dah lah, lain kali tidur basuh kaki. Ayah ada kerja ni."

Adira tidak puas hati dengan balasan dari ayahnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Mimpi ngeri itu masih mengganggu Adira.

Akhirnya keadaan bertambah teruk.

Malam itu, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Rashid terjaga dari tidur.

Dia terdengar bunyi suara orang ketawa.

Dia rasa aneh. Dia lihat isterinya masih tidur dengan nyenyak.

Dia melangkah turun dan keluar dari bilik.

Rumahnya yang gelap gelita membuatkan suara ketawa itu kendengaran menyeramkan.

Jantungnya sudah berdegup kencang. Keluar peluh dari tubuhnya.

Dia mengenal pasti suara ketawa itu datang dari bilik anak perempuannya.

Tiba-tiba dari ketawa. Suara itu bertukar menjadi suara perempuan mengilai.

"Adira, kenapa tu?" Tanya Rashid yang sudah ketakutan.

Perasaan takut semakin membuak-buak.

Dia semakin menghampiri bilik a anak gadisnya.

Perasaan berdebar semakin memuncak.

Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan.

Apabila pintu bilik dibuka, Rashid terkejut.

kelihatan anaknya sedang mencederakan kakinya dengan pisau.

"Adira!!!!" Jerit Rashid mendapatkan anak perempuannya.

Apabila dia memegang tubuh Adira. Adira pengsan tidak sedarkan diri.

Rashid mengangkat anaknya untuk dibawa ke Hospital.

Masa berlalu pantas, selesai mendapatkan rawatan. Adira sedar.

Adira rasa kakinya sangat sakit.

"Kenapa Adira cederakan kaki Adira guna pisau?" Tanya Rashid inginkan jawapan.

"Mana ada, Adira tak sedar."

Mendengar jawapan Adira, Rashid tahu ini ada kena mengena dengan perkara ghaib.

Dia berhubung dengan seorang ustaz untuk menyelesaikan masalahnya.

"Anak awak sampai mencederakan dirinya sendiri, ini masalah besar." Bilang Ustaz itu.

"Kenapa Ustaz?"

"Maksudnya Jin yang mengganggu anak awak ni bukan ganggu suka-suka. Dia benci pada anak awak."

"Benci!!" Rashid terkejut.

"Ye mungkin ada makhluk ghaib yang berdendam dengan anak awak. Mungkin ada sesuatu yang telah dia lakukan."

Rashid pulang ke rumah dan menyoal siasat anak gadisnya.

Setelah di provok berkali-kali. Akhirnya Adira mengaku ada buat sesuatu beberapa malam yang lalu.

Pada malam itu, dia dan kawan-kawan baru pulang dari menonton wayang.

Semasa di dalam kereta. Salah seorang rakanya menonton video paranormal di facebook.

Kerana terpengaruh dengan video itu, mereka mencabar diri untuk pergi ke sebuah rumah kosong yang terletak berhampiran dengan mereka.

Seramai 7 orang, jadi kurang rasa takut dalam diri.

Mereka masuk ke dalam sebuah rumah kosong yang telah usang seperti telah ditinggalkan bertahun-tahun.

Di dalam rumah usang itu ada sebuah pokok besar yang telah tumbuh, Adira yang berlagak berani telah dicabar untuk melakukan sesuatu.

Dia dicabar untuk mengukir namanya pada pokok itu.

Dia terima cabaran, sejak itu, dia sering mengalami mimpi ngeri.

Rashid memarahi Adira atas perbuatannya.

Dia mula mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak tapi Adira masih tidak pulih.

Dendam jin itu pada Adira sangat kuat. Adira sering dirasuk. Tapi...

DENDAM Where stories live. Discover now