Epilog Tanpa Prolog

3.1K 122 26
                                    


      Selepas 2 tahun kes itu dibicarakan di mahkamah. Pada suatu hari, semasa di penjara. 

    Rashid didatangi tetamu yang ingin berjumpa dengan dirinya. Tetamu itu ialah dukun yang membantu melepaskan dendam jin itu pada anaknya.

    Mereka berbual dari balik palang penjara menggunakan telefon yang disediakan di situ. "Ada apa dukun datang jumpa saya?"

    "Terima kasih, sebab kau mengaku tentang perbuatan kau."

     Rashid tersenyum. "Eh patutnya saya yang berterima kasih pada dukun, kalau dukun tak bagitahu apa yang patut saya buat, mungkin anak saya akan hidup terseksa."

    "Aku abang Sofea."

    Rashid tergamam. "Apa yang dukun cakap ni?"

    Dukun itu tersenyum sinis. "Aku abang Sofea."

    Rashid menelan air liur. "Jadi?"

    "Jadi ye, aku yang rancang semua ni."

     Dukun itu bercerita, semasa kes kehilangan adiknya berlansung dia berada di Indonesia untuk menuntut ilmu sihir. Dia tidak tahu yang adiknya hilang.

    Selepas 7 tahun, baru dia pulang tapi semuanya sudah terlambat. Kes pencarian adiknya telah ditutup. Dia tidak tahu apa yang berlaku.

    Jadi dia mempertingkatkan ilmu sihirnya untuk mengetahui perkara sebenar. Setelah berpuluh tahun, akhirnya perkara sebenar diketahuinya. Tapi dia tahu, dia tidak cukup bukti atau saksi untuk meletakkan Rashid ke muka pengadilan.

   Oleh itu dia membuat rancangan supaya anak perempuannya di ganggu oleh makhluk ghaib yang kononnya pada pokok di dalam rumah usang itu.

    Adira sebenarnya tidak pernah pergi ke rumah kosong itu bersama rakan-rakannya. Semua itu berlaku di dalam mimpi yang dihantar oleh dukun itu. Kerana mimpi itu seperti kelihatan benar, Adira ingat ianya benar-benar berlaku.

    Jin yang mengganggu Adira bukan dari pokok itu tapi jin itu milik Dukun.

   Rashid terkejut. "Tapi kenapa anak aku?"

    "Sebab kau sayangkan anak kau, kalau kau yang diganggu. Kau mungkin tidak akan kesah terseksa. Tapi kau mesti tidak mampu melihat anak kau terseksa."

    Rashid kecewa.

    Dukun itu ketawa dan meninggalkan Rashid. Misinya selesai. Pembunuhan adik kandungnya dapat dibela.

      TAMAT

DENDAM Where stories live. Discover now