Episode 77

1.5K 143 4
                                    

Wajah pucat dan tangan berbalut itu di pandang lama dengan perasaan berat dan rasa bersalah. Dah dua hari orang itu terlantar tidak sedarkan diri.

Dan termasuklah seorang lagi itu. Perlahan-lahan jari jemari runcing itu di gengam. Menyalurkan tenaga yang ada di dalam terasnya untuk kesembuhan orang ini.

"Nampaknya lelaki ini penting buat kamu?" tanya seseorang dengan tiba-tiba dari belakang.

Diane tidak berpaling. Sebab dia tahu siapa empunya suara. Malah dia hanya diam memandang wajah Frost dengan kening mencerlung. Hatinya dirundung pilu. Sakit dan sendu. Melihatkan orang yang dia sayang dan cintakan terluka gara-garanya, buatkan Diane berfikir, adakah dia tidak layak rasa bahagia atau bersama dengan sesiapa?

Doktor Abiel berdiri disebelah Diane lepas tegurannya tidak di balas. Dia pandamg tangam Diane yang sedang mencengkam jari jemari runcing tu dengan senyuman nipis.

"Ya. Dia penting buat saya. Sampaikan saya rasa, saya tak layak buat dia..."balas Diane dengan perlahan semasa mengeratkan gengamannya pada tangan Frost.

Doktor Abiel memegang bahu Diane. Mengurut lembut untuk melegakan perasaan gadis itu.

"Saya tahu saya tak berhak minta perkara ni pada kamu Diane....tapi kalau boleh maafkan lah apa yang Luisa telah lakukan kepada kamu." minta Abiel setelah itu.

Senyuman nipis terukir di bibir Diane. Gadis itu tunduk memandang tangan Frost. Putih dan bersih. Dan dia harap dia dapat terus pegamg tangan ni sampai bila-bila.

Tapi tak. Diane tahu, lepas apa yang menimpa dirinya, dia tidak mahu lagi Frost letakkan diri dalam bahaya kerana dia. Untuk itu dia akan lepaskan Frost dalam rela yang terpaksa.

"Tiada apa-apa yang patut doktor rasa serba salah kan....dah memang begini nasib saya sejak azali lagi. Kelahiran terlarang hanyalah satu nasib malang buat orang macam saya. Bukan bawa kebaikan tapi hanya keburukan. Sampaikan ibu kandung saya sendiri sanggup tinggalkan saya dalam dunia yang kejam ni..." luah Diane dengan nada suara sebak nak menangis.

Abiel yang dengar terkesima, terasa dengan kata-kata Diane. Jela_-jelas wajah mendung Diane beritahu dia yang anak ini benar-benar terluka.

"Diane....kenapa kamu berkata begitu....kamu sendiri tahu yang kamu-"

Diane bangun dari duduknya lekas-lekas. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Abiel. Sebab dia dah tahu semuanya. Kalau dia dengar sendiri dari mulut Abiel, ianya ibarat tabur garam di atas luka yang sedang berdarah.

Sakit yang jerih!

Abiel tersentak sendiri, dia katup bibirnya bila Diane bangun mendadak dari situ seakan marah.

Setelah berdiri Diane menghadap Abiel bersama senyuman terpaksa di bibir. Dia pandang wajah Abiel yang selama ni dia anggap sebagai angel dalam hidupnya. Tak disangka lain pula ceritanya! Rasa sebu dan sedih mulai menerpa. Matanya pula terasa hangat.

"Jangan...."tegahnya sambil menggeleng kepala perlahan-lahan. Betapa sedihnya dia sekarang ni!"Tolong jangan katakan apa-apa lagi tentang saya. Saya tak nak dengar. Doktor tak perlu jelaskan kepada saya.....sebab saya dah tahu semuanya."luah Diane bersama linangan air mata di pipi. Namun dia sempat lagi tersenyum pada Abiel. Sakit tu memang sakit. Tapi nak buat macam mana benda dah terjadi. Bukannya dia boleh balik kepada asal kalau dia marah dan hamun Abiel.

Abiel cuba mendekati Diane, namun Diane menjarakkan diri. Gadis itu memandang tangan Abiel sambil menggeleng kepala tak mahu.

"Diane..."sebut Abiel terketar-ketar sambil angkat tangan mahu memegang Diane. "Maafkan... ibu nak."lafaz Abiel dengan sebak. Keningnya berkerut-kerut sedih. "Ibu tak pernah terlintas ingin tinggalkan kamu dan biarkan kamu hidup terseksa macam ni...." akhirnya terluah jugak apa yang dia simpan selama ini.

Semakin lebat la air mata turun ke pipi Diane  sebaik mendengar perkataan itu keluar dari bibir Abiel. Rasa sesak dan sakit seperti di hempap membuatkan deru nafasnya tidak menentu.

Diane menggeleng kepala sambil buat muka merayu menangisnya. Bukan salah sesiapa. Semua ni salah dia sebab lahir dekat dunia ni dah bawa bala kepada semua orang yang ada di sisinya termasuk ibu dan ayahnya sendiri.

"Tolong jangan....jangan minta maaf..."geleng Diane. "Saya merayu...jangan minta maaf lagi..." minta Diane dengan bersungguh. Air mata jatuh mengalir turun ke bawah dagu sebelum jatuh menitik ke lantai.

Abiel mencebik sebelum menangis. Dia cuba mendekati Diane namun Diane menolaknya jauh.

"Diane...jangan macam ni. Ibu tahu ibu salah... maafkan ibu. Ibu betul-betul menyesal.semuanya kerana kepentingan ibu...maafkan ibu." rayu Abiel dengan terdesak yang amat sambil mencapai tangan Diane namun Diane menarik kasar tangan tu jauh dari.

"Cukup! Saya cakap cukup! Berhenti sebut perkataan tu....berhenti!!!"Diane menekup telinganya."Hentikan semua yang doktor cuba katakan...sebab saya tak nak dengar satu pun. Jadi tolonglah berhenti. Biarkan keadaan macam ni....jangan panjangkannya!" nangis Diane dengan marah.

Abiel menangis sebak, dia memegang tangannya sendiri, sejuk dan menggeletar kerana begitu terkejut dengan reaksi Diane yang kelihatan marah dan benci!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now