Episode 85

1.5K 124 0
                                    

"Nenek kenapa semua orang tinggalkan Diane?"tanya dia pada neneknya yang sedang nazak di atas katil. Berwajah pucat dan aura dekat sekeliling badan tu malap seperti lilin yang mahu padam cahaya apinya.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Ibu...ayah...kawan Diane...dan sekarang nenek pulak...betul ke makcik-makcik dekat jiran sebelah cakap Diane ni hanya bawa malang dan nasib buruk pada semua orang?"dia yang baru berusia 12 tahun ini masih tak faham kenapa sepanjang dia besar sekalipun dia tak pernah Nampak orang senyum pada dia apa lagi menyenangi kehadiran dia di mana-mana.

Dan sekarang melihatkan keadaan neneknya, insan yang satu-satu mahu tersenyum kepadanya bakal meninggalkan dirinya seperti orang lain lakukan.

"Diane...kamu seorang anak yang baik. Apa orang kata ianya tak benar. Percaya la cu. Nenek pergi bukan kerana kamu, tapi sudah sampai masanya untuk nenek pergi."

Dia yang tak dapat nak berkata apa-apa, hanya diam menggengam tangan yang semakin dingin seperti embun malam.

"Ingat ya...bila kamu dah besar, serta faham apa yang berlaku. Nenek nak pesan, tak kira apa sekalipun apa orang katakan kepada kamu dan sakiti kamu secara fizikal...nenek minta kamu jangan salahkan mereka. Jangan marahkan mereka. Atau balas semula apa yang mereka lakukan pada kamu dengan kejahatan. Tapi balas la dengan kebaikan.Sebab kamu seorang yang baik..."

Sambil tutup pintu bilik dengan berhati-hati, Diane angkat peti pakaiannya dengan tangan sebelah kiri. Bersama wajah mendung sedih dan berat hati dia mula menyusuri koridor gelap asrama pelajar perempuan itu selangkah demi selangkah. Menghitung dalam hati setiap langkahnya itu.

Selepas beberapa hari merancang, akhirnya malam ini jugak mereka selinap keluar dari asrama masing-masing. Untuk pergi dari sini. Kembali ke tempat dimana mereka berasal dan selayaknya berada selama ini,

Tak lama berjalan, Diane tiba di titik pertemuan mereka. Iaitu di depan pintu masuk akademi. Tempat asal dimana Kaiser munculkan diri pada kali pertama beberapa bulan yang lalu dengan barang masing-masing di tangan.

Diane yang memakai dress labuh biru gelap dan bermantel merah berdiri sendirian sewaktu Kaiser muncul dengan pakaian serba hitam lengan panjang dan kolar cekak leher tak lama selepas itu.

"Lama kau tunggu?"tanya Kaiser semasa tunduk mengikat tali mantelnya sebaik berdiri sebelah Diane.

Diane berpaling. DIa hadapkan badannya ke Kaiser untuk bantu lelaki tu betulkan kain mantel yang terlipat di bahu itu. "Baru je sampai"jawabnya sambil tu.

Melihat tangan Diane naik membantu dia ikat tali mantel, Kaiser pun angkat kepala dari tunduknya.Dia pandang muka cantik depannya dengan kening mencerlung serba salah. "Kau sure ke kau nak pergi macam tu je tanpa pamit pada semua orang terutama sekali ibu kau?"soalnya.

Buat beberapa saat, tangan Diane berhenti dari memintal tali mantel tu. Dia termenung memandang tali berwarna hitam di tangannya dengan hati yang hiba dan bibir terketap sekejap. "Bawa beza ke?" ia angkat matanya memandang Kaiser selepas itu. "Sama ada aku ucap selamat tinggal atau tidak. Tempat aku bukan dekat sini"beritahu dia dengan lirih.

"Ya la. Kalau macam tu jom kita gerak."ajak Kaiser sebelum tunduk memegang peti pakaian Diane lalu di angkat dari situ.

Diane ikut tunduk memandang Kaiser semasa lelaki tu mencapai bagasinya. Dia berterima kasih dekat Kaiser sebab sentiasa ada di sisi dia selama ini. Waktu dia susah mahupun sakit. Dan sekarang dia faham, macam mana Kaiser sekarang, macam ni agaknya sikap ayahnya sewaktu hidup dulu. Kan Kaiser beritahu, sejak kecil lagi Kaiser di besarkan dengan ayahnya. Itu bermakna ayahnya telah didik dan ajar Kaiser untuk menjadi sebaik-baik lelaki. Sebab itu dia ambil keputusan untuk ikut Kaiser pergi dari sini.

Kaiser pandang Diane dengan muka blur lepas perasan Diane perhatikan dia macam ada sesuatu yang aneh tumbuh dekat kepala dia. "Ada apa kau pandang aku macam tu?"tanya dia lepas tu berkerut kening tak faham.

Diane tersenyum nipis lalu menggeleng kepala kecil. "Tak ada apa-apa"dia lingkarkan tangannya ke lengan Kaiser yang tidak memegang apa-apa itu dengan erat lalu di pegang dengan satu lagi tangan.

"Kita pergi sekarang"maklum Kaiser sewaktu mula munculkan pentagram teleportasinya di bawah tanah tempat mereka berdiri.

Dan sesaat itu, Diane ambil peluang untuk toleh ke belakang buat kali terakhir. Akademi yang telah tempatkan dia belajar dan perlindungan selama 8 tahun berturut-turut tanpa gagalnya di pandang dia dengan perasaan berat hati. Nampaknya sampai di sini sahaja perjalanan hidup dia di Alvano Nova. Dan dia harap semua orang di sini gembira dan bahagia tanpa kewujudannya di sini lagi.

Deru angin bertiup dari bawah kaki mereka sewaktu gravity menarik mereka ke dalam pentagram bercahaya di situ sebelum kedua-dua itu lesap dalam beberapa saat kemudian.

Meninggalkan kesunyian malam yang hening seperti tiada apa-apa yang berlaku di laman depan pintu masuk Utama akademi ini.

18. The KingdomHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin