Episode 70

1.6K 150 1
                                    

Rehat di antara kelas tu, para pelajar luangkan masa untuk beriadah dekat laman berumput belakang akademi.

Laman tu sangat luas, terdapat banyak pokok renek dan sebuah tasik dekat situ. Redup dan terlindung dari cahaya matahari.

Ramai-ramai pelajar yang ada di situ, ada yang duduk bersila sambil keluarkan kuasa magis mereka, ada yang gunakan tanah untuk berlatih menggunakan teras elemen tanah, ada yang kawal angin supaya awan tetap memayungi mereka dekat atas, dan ada juga yang hanya duduk tidak berbuat apa-apa.

Di bawah pokol rendang, duduknya Diane di situ.

Kaki berkasut kulit highcut warna hitam dipadankan dengan seluar skinny hitam dan kemeja putih itu hayun kanan dan kiri senang hati sewaktu pemiliknya duduk melunjur di atas rumput memerhati orang yang ada di sekeliling dengan senyuman di bibir.

Angin yang bertiup itu menerbangkan rambutnya yang berwarna merun red velvet terbang ke belakang sebelum jari jemari tu naik menguak anak rambut ke belakang telinga.

Tidak jauh dari tempat dia duduk, Sarah yang biasanya kelihatan murung dan tertekan telah berubah  menjadi ceria semula seperti tidak pernah berlaku apa-apa dalam hidupnya. Malah lebih bersemangat dari sebelumnya.

Melihatkan perubahan itu, mengundang senyuman di bibir Diane. Namun tak lama, senyuman itu jatuh menjadi murung. Tiba-tiba dia berasa bersalah.

Kalau bukan di sebabkan dia, pasti Sarah tidak akan kehilangan Daniel.

Dan Daniel tidak akan mati kalau botol berisi racun tu dia tak letak atas meja.

Kalau  la dia tidak ambil minuman itu dari Frost pasti semua kejadian buruk ni takkan berlaku.

Berasa kesal dan bengang dengan apa yang dirasai, Diane pun melepaskan hela panjang kerana letih. Entah bila nak habis semua ni.

Tidak semena, ada yang bersuara dari sebelahnya.

"Sudah-sudahlah mengenang benda yang dah lepas. Bukannya kau boleh patah balik masa dan betulkan semua tu...,"tegur Kaiser yang baring di sebelahnya, muka di tutup dengan buku untuk elakkan silau.

Diane palingkan kepala ke kirinya. tunduk memandang orang yang baring berbantalkan lengan itu. Ihh...sibuk je. Orang nak tangkap feeling pun tak boleh.

"Apa maksud kau...tiba-tiba je. Aku ada cakap apa-apa ke?"tanya dia.

Kaiser mengalihkan buku itu dari muka sebelum baring mengiring dengan kepala di topang dengan tangan. Dia pandang Diane dengan muka tidak ada perasaan.

"Sorry not sorry, but I can read your mind actually..."maklumnya.

Mata Diane terbeliak. "Excuse you?" Dia pandang terkejut ke Kaiser. Rahangnya jatuh tergamam.

What the hell!

"Kau boleh baca fikiran aku?"Diane tercengang. "Jadi selama ni kau-"tak terkata dia dibuatnya. Mulutnya tutup bukak seperti ikan sebab terlalu bingung nak cakap apa.

Kaiser ketap garis nipis di bibir sambil buat muka menengokkan reaksi Diane.Drama queen betul.Bukannya hal besar pun. "Apa-apa je lah...so sekarang aku nak kau jangan fikir banyak sangat....okay!"Kaiser kembali baring terlentang. Buku tadi di bawa ke wajahnya semula. Dia tak peduli apa reaksi Diane. Apa dia tahu Diane dah dengar apa dia kata dan Diane perlu berhenti berfikir dengan banyak sebab semua ni peningkan kepala dia.

Diane pandang tak percaya dengan sikap selamba badak Kaiser.

Berani betul lelaki ni! Siapa izinkan untuk ceroboh privasi minda dia! Eh-eh sesedap cukup rasa betul!Buku dekat muka Kaiser di angkatnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now