QN 4

2.7K 117 1
                                    

Qaid masih lagi bersembunyi di sebalik kotak. Dia tersenyum sendiri dengan kelakuannya yang macam budak-
budak baru habis sekolah. Mungkin sebab bertemu dengan Nuryn kut.

Mengapa dia mesti sembunyikan diri daripada Nuryn? Dia sendiri tidak dapat jawapan. Apa yang dia tahu dia amat berdebar-debar apabila bertemu dengan Nuryn.

Dahulu dia dan Nuryn tidak pernah sekepala. Ada saja perkara yang membolehkan mereka bergaduh. Dia sendiri tidak tahu kenapa Nuryn suka berlawan cakap dengannya tetapi lama
kelamaan dia rasa terhibur dengan telatah Nuryn.

Setiap hari dia akan cari pasal dengan Nuryn semata-mata untuk melihat Nuryn mengamuk. Mengenangkan perkara itu membuatkan Qaid rindu nak bergaduh lagi dengan Nuryn.

"Ni dah kenapa duk senyum sorang-sorang, jom ikut aku hantar barang kat line supervisor kecil comel lote tu." Kai tegur Qaid yang sedang ralit berangan.

"Kau ajak orang lain boleh? Tiba-tiba aku sakit perut la." Qaid memberi alasan supaya dia tidak bertemu dengan Nuryn.

"No problem. Kalau aku dapat mengorat supervisor tu, kau jangan terkilan pula."

"Ikut kaulah."

Qaid tidak kisah jika Kai hendak mengorat Nuryn sebab dia kenal Nuryn lebih dahulu daripada Kai. Dia sendiri tidak ada perasaan terhadap Nuryn.

Nuryn masih lagi memikirkan nama yang disebut Johan tadi. Takkan hanya seorang bernama Qaid di Malaysia ini. Ini mesti Qaid yang lain.

Qaid yang dia kenal tidak mungkin bekerja di kilang kerana apa yang dia tahu Qaid Uzair melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Mesti dia kerja besar sekarang seperti sahabat karibnya Anita Wardah. Qaid dan Anita merupakan pasangan kekasih ketika di sekolah. Demi Anita, Nuryn sanggup melupakan Qaid.

Sehingga hari ini Anita tidak tahu bahawa Nuryn juga turut menyukai Qaid. Rahsia hati Nuryn terpendam ketat tanpa siapa pun menyedarinya.

"Nuryn, barang dah sampai. Nak letak kat mana?"

Nuryn berpaling apabila mendengar suara menyebut namanya. Dia melihat Malik dan Kai sedang mengangkut kotak berisi barangan yang perlu diperiksa semula.

"Haa Malik, letak atas meja hujung tu."

Setelah siap Malik dan Kai ingin beredar tetapi dihalang oleh Nuryn.

"Terima kasih Malik dan maaf ya saya belum kenal lagi sorang ni. Awak baru kerja kan."

"Sama-sama Nuryn, dah memamg kerja kami. Haa memang dia baru kerja, nama dia Kai." jelas Malik.

"Kai EXO? Rupa pun ada iras-iras. Minat k-pop ka?"

"Minatlah juga Cik Nuryn. Cik Nuryn minat juga ka?"

"Tak tapi saya minat Ji Chang Wook."

"Ooo..ada kawan saya dulu minat sangat dekat Lee Min Ho."

"Okaylah Nuryn, kami nak sambung kerja dulu ni."

"Nanti.. saya nak tanya..awak kenal..."

"Nuryn come here. We need to do this inspection immediately." Mr.Samy melaung memanggil Nuryn.

"Okay sir, I'm coming. Maaf ya saya pergi dulu."

Nuryn berlalu sebelum sempat bertanya mengenai Qaid. Akhirnya persoalan mengenai Qaid hilang begitu sahaja.

Ketika Nuryn dan Abby sedang sibuk membuat pemeriksaan keatas barang yang direject, muncul pemilik kilang itu Takahashi Saeki.

Mr.Saeki rajin turun padang melihat pekerja-pekerjanya. Seorang jejaka mengikuti rapat Mr.Saeki tersenyum kearah Nuryn dan Abby.

Melihat Mr.Saeki hampir ke tempat kerja mereka segera bangun dan memberi hormat kepada Mr.Saeki dan tetamunya.

"Good afternoon, Mr.Saeki."

"Good afternoon, how are you? I see you
are busy."

Mr.Saeki bertanya kepada Nuryn. Bunyi bahasa Inggerisnya ada pelat sikit jadi kena dengar betul-betul.

"We're fine thank you Mr.Saeki."

Abby hanya tersengih. Dia hanya membiarkan Nuryn berkomunikasi dengan Mr.Saeki sebab dia kurang mahir bercakap bahasa Inggeris. Hanya Nuryn yang cekap berbahasa Inggeris di sini sebab itu dia cepat naik pangkat menjadi supervisor.

Siapa kata kerja kilang low class. Komunikasi di sini hampir 90% dalam bahasa Inggeris. Semua dokumen dalam bahasa Inggeris sebab perlu berurusan dengan negara luar.

"Oh! I want to introduce to you. This is my son, Shinji. He will replace me. I going back to Japan."

"Hait. My name is Takahashi Shinji. Nice to meet you."

Shinji menunduk sedikit ketika memperkenalkan diri. Biasalah adat orang Jepun kena tunduk bila jumpa orang. Nuryn dan Abby turut menunduk hormat, meraikan tetamu aka bos baru mereka.

Selesai berbicara sedikit sebanyak mengenai perjalanan di line itu, Mr.Saeki dan Shinji berlalu untuk ke bahagian lain pula. Sebelum beredar Shinji berpaling dan mengenyit matanya kepada Nuryn.

Nuryn terpaku tidak tahu hendak bereaksi macam mana melihat kenakalan anak Mr.Saeki itu. Dia hanya   mampu tersenyum hambar. Abby yang terlihat telatah Shinji, menyorak suka.
Suka kerana Nuryn bakal mendapat pengganti.

"Apa yang kau suka sangat ni?"

"Aku terbau nasi minyak dengan sushi tak lama lagi."

"Apa yang kau merepek ni? Dah pergi sambung kerja."

Abby mencicit lari ke tempat kerjanya. Apabila suara Nuryn sudah naik seoktaf, lebih baik berundur sebelum ribut taufan datang melanda.   


Balik ke rumah, Nuryn menghempas-
kan badannya di atas katil. Badan letih tak terkata setelah bekerja 12 jam hari ini. Mereka perlu memeriksa semula barangan yang telah direject dengan kadar segera.

Baru sahaja dia hendak mencapai kain tuala di penyidai,namanya dipanggil dengan kuat dari bawah.

"Nuryn Farhanah, mandi dak lagi?
Mai turun sat, mak ada benda nak cakap ni."

Tudia speaker Mak Yam dah berbunyi. Kalau perlahan tak apa juga tapi volume dah habis maksima.

"Haa..sat Yin turun." Nuryn tak jadi mandi. Lebih baik dia mengadap Mak Yam dulu.

Nuryn tidak pernah membantah kata ibunya walaupun ramai yang kata Mak Yam selalu cemburukan Nuryn kerana dia anak emas bapanya. Nuryn tidak peduli semua itu kerana ibunya hanyalah satu. Syurganya juga.

"Ada apa mak?"

"Ni tadi tok telefon, dia suruh balik minggu ni."

"Pasai apa?"

"Tok tak habaq. Dia suruh kita balik ja."

"Penting ka mak? Tok sakit ka? Nak bagi harta kat pak dah ka?"

"Ishh mulut cabui betui. Dengar kat pak Yin dia jentik mulut tu baru tau."

Nuryn ketawa besar. Garang-garang Mak Yam pun dia cukup takut dengan ibu mertuanya. Mak Yam kata bukan takut tapi hormat orang tua. Kalau Mak Yam Nuryn panggil queen, tok pula Nuryn panggil maharani.

Nuryn pernah tinggal bersama toknya sehingga habis SPM. Dia kembali tinggal bersama ibubapanya apabila dia menyambung pelajaran di tingkatan enam.

Memang tok marah tapi Nuryn beri alasan untuk tinggal bersama keluarganya pula. Sebenarnya dia amat rindukan bapanya dan dia ingin berbakti kepada kedua ibubapa pula.

Hmm tok suruh balik nak buat apa ya.
Persoalan yang bermain di kepalanya.
Tiada jawapan Nuryn terus masuk mandi. Eee busuk. Keluhnya sendiri.


************************************

Kalau tok panggil balik sebab apa?

Fikir..fikir..

Thank you for reading and vote.

CikInzzz.









 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now