QN 40

2.1K 92 3
                                    

Nuryn masih duduk di dalam kereta..
menunggu..sebenarnya sedang membuat keputusan. Ikut arahan Ghadi atau ikut hati. Kalau ikut arahan Ghadi..dia perlu tunggu di situ sehingga mereka sampai.

Kalau ikut hati..dia akan menjejak mpv tadi. Tak kiralah dia berhenti di mana tetapi Nuryn yakin mesti terdapat rumah di dalam ladang itu. Ladang getah kan mesti ada rumah. Teka Nuryn.

Mungkinkah mereka akan buang mayat di dalam ladang itu? Noo!!!
Nuryn rasa dirinya menggigil apabila dia terfikir kemungkinan tersebut. Tak boleh jadi. Dia tidak mahu tunggu Ghadi untuk mengetahui yang Qaid sudah menjadi mayat.

Nuryn keluar dari kereta. Dia meninggalkan nota kepada Ghadi jika Ghadi menjumpai keretanya. Nuryn melalui lorong yang dilalui oleh mpv Mr.Lim tadi. Sinar bulan yang terang seolah-olah menolong Nuryn..memberi
cahaya menunjukkan jalan kepada Nuryn.

Nuryn menyusur lorong itu sehinggalah dia berjumpa dengan gudang kecil. Dadanya semakin berdebar-debar melihat gudang itu. Dia duduk sebentar di sebalik pokok getah.
Mencari idea bagaimana untuk menghampiri gudang itu.

Dia berasa lega setelah mendapati tiada siapa yang mengawal gudang tersebut. Mungkin mereka tidak menyangka ada orang luar yang akan masuk ke situ. Nuryn berjalan dengan perlahan yang mungkin menghampiri gudang sambil mencari lokasi kemungkinan Qaid diletakkan.

Nuryn tidak tahu bagaimana dia boleh mendapat keberanian sebegitu rupa. Kasihnya kepada Qaid atau pertolongan kepada seorang sahabat.
Cuma dia berharap agar Qaid tidak marah kepadanya apabila mereka bertemu nanti. Mungkinkah?

Ito mengamuk sakan setelah menerima satu panggilan telefon. Mr.Lim, Bard, Murad dan Gary melangkah beberapa tapak ke belakang. Takut jika amukan Ito akan mengenai tubuh badan mereka. Hanya Tatsuya yang tidak berganjak dari kedudukannya.

Amukan Ito bisa membuatkan tubuh mereka cedera parah. Mereka yakin dengan perkara itu dan mereka pernah mengalaminya. Nasib nyawa mereka masih panjang.

Ito meluru ke arah Qaid. Dijambaknya rambut Qaid dan menarik ke belakang sehingga Qaid terlangut. Dia dapat mengagak kenapa Ito amat berang sehingga dia menjadi mangsa amukan Ito. Qaid terseringai apabila Ito menumbuk wajahnya untuk kesekian kalinya.

"Nampaknya kawan-kawan kau dah mula langkah nak musnahkan aku kan.
Ini semua salah kau. Kalau kau tak masuk campur dalam urusan aku, semua ini tak akan berlaku."

Bukk!!! Satu lagi tumbukan hinggap di pipi Qaid. Qaid hanya mampu tersengih. Darah mengalir di tepi bibir tidak dihiraukan malah dia masih dapat tertawa kecil.

"Haha..nampaknya misi aku berjaya juga hapuskan kegiatan kau. Kau dah rosakkan anak bangsa aku..kau ingat aku nak biarkan. Dream on."

"Tak guna!!" Ito meluru kearah Qaid sambil mengeluarkan sebilah wakizashi sejenis katana tetapi versi lebih pendek.

Qaid hanya mampu memejamkan mata. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mulutnya menuturkan kalimah syahadah tidak berhenti. Dia rela mati kerana inilah jihadnya demi bangsa, agama dan negara.

Nuryn yang sedang mengintip di luar gudang pucat wajahnya melihat Ito sudah mengangkat senjata untuk menikam Qaid. Walaupun dia hanya melihat dari celah rekahan dinding tapi kejadian itu jelas di matanya.

Ya Allah..selamatkan Qaid. Ucapnya tidak berhenti di sebalik dinding.

"Nanti Ito..jangan bunuh dia lagi." Mr.Lim melarang Ito daripada membunuh Qaid.

Perbuatan Ito terhenti apabila mendengar suara Mr.Lim sedangkan dia sudah bersedia untuk menghabiskan riwayat Qaid. Dia berpaling kearah Mr.Lim.

"Kenapa?"

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now