QN 16

2.1K 94 1
                                    

Sejak peristiwa Zakri menumbuk Qaid di dalam store tempohari, Nuryn tidak bersua lagi dengan Qaid. Masing-
masing mengambil keputusan untuk tidak berjumpa atau bercakap untuk sementara waktu. Mereka tidak berjanji tetapi samada Qaid ataupun Nuryn menyedari situasi akan lebih aman jika mereka berbuat begitu.

Nuryn mengelak daripada menjalankan urusan di store dan dia akan menghantar Abby atau Ella untuk ke sana. Akhirnya Qaid dapat tahu juga kenapa Zakri menyerangnya. Puncanya ialah cemburukan Qaid kerana rapat dengan Nuryn.

Walaupun di bahagian store dimonopoli oleh kaum Adam tetapi bab gosip dan membawang pun mereka cukup terror. Dalam sekelip mata tersebar kisah cinta tiga segi antara Nuryn, Qaid dan Zakri. Biasalah cerita sejengkal menjadi sedepa jika disampaikan dari mulut ke mulut. Mereka tidak kisah jika cerita yang disampaikan itu betul atau tidak.

Nuryn dah tak larat nak jawab pertanyaan rakan-rakannya. Akhirnya dia hanya berdiam sahaja. Lama-lama nanti mereka akan jemu, mereka berhenti bercakap. Fikirnya.

Pemergiannya ke Singapura merupakan satu rahmat untuk Nuryn.
Nuryn ke sana dengan Mr. Shinji dan Mr. Samy. Memang dia selalu ke Singapura untuk mesyuarat cawangan kilang Saeki Elektronics. Nuryn amat berharap jika dia pulang nanti kisahnya akan reda atau hilang terus.

Malangnya ketika dalam penerbangan Nuryn tetap tidak boleh lari dari topik tersebut apabila Mr.Shinji dan Mr.Samy tetap bertanya mengenai peristiwa tersebut.

"So Nuryn, I heard you're a big shot in our factory last two days. What happened?" Mr.Shinji pun dah pandai membawang.

"Nothing big happened just there is a crazy guy want to test his punch, that's all." Nuryn dengan nada malas menceritakan kepada Mr.Shinji.

Selesai bercerita, Mr.Shinji dan Mr.Samy ketawa terbahak-bahak. Lucu kerana Zikri kalah dengan Nuryn.

"You're such a tough girl. I like tough and independent girl. That's why I love you," kata Mr.Shinji.

Nuryn hanya ketawa. Dia menganggap kata-kata Mr.Shinji sebagai satu gurauan sahaja. Dia tidak ambil serius dengan kata Mr.Shinji itu. Dia ambil keputusan untuk tidur sahaja walaupun perjalanan dari Pulau Pinang ke Singapura hanya mengambil masa sejam setengah sahaja.

Mereka berada di Singapura selama dua hari. Tak sempat pun nak berjalan-
jalan kerana jadual mereka padat dengan mesyuarat. Habis mesyuarat  mereka terus kembali ke tanahair.

"Nuryn, you balik dengan siapa, nak tumpang I tak?" Mr.Samy pelawa Nuryn untuk balik bersama.

"Oh! No thanks Mr.Samy, I have a date with my father."

"It's okay. Have a good time. See you tomorrow."

Mr.Shinji sudah pulang dengan Mr.Ito.
Nuryn masih menunggu bapanya. Sebelum touchdown, dia sudah beritahu Pak Lang tetapi batang hidung pun tak nampak lagi. Dia mengambil telefon dan membelek alat komunikasi itu. Banyaknya whatsapp dan missed call sepanjang dia berada di Singapura.

"Ya Allah pak ni lambat lagi ka? Dah jadi tukun dah aku tunggu kat sini."
Nuryn merungut marah.

"Hah! Tunggu apa lagi, jomlah balik."

Nuryn yang diterjah sebegitu, hampir terjatuh dari tempat duduknya.

"What the .....! Kau dah kenapa? Selalu kau bagi salam..kenapa hari ni lupa pulak? Eh! Dah kenapa kau pulak yang mai ambil aku ni? Bukan bapak aku ka yang nak ambil?" Nuryn dah tak kisah mereka berada di mana.

Suaranya yang naik beberapa oktaf menarik perhatian pengunjung yang berada di situ. Ada yang tersenyum dan ada yang ketawa kecil. Nuryn menggetapkan bibirnya tanda geram.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now